Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Thursday, May 25, 2006

25 Mei 2006: Ulangtahun perkahwinanku yang keempat

Hari ini, genap 4 tahun masihi aku berkahwin dgn suamiku... cintaku yg pertama walau pernah ada cinta selepasnya namun, Allah tetap tentukan suamiku itu adalah jodohku... aku redha sbb yakin, ini ketentuan Ilahi. Mungkin, bagi sesetengah orang, hari seperti ini adalah hari utk mengenang semula saat2 indah tapi bagi aku... seawal pagi ini, aku mintak suamiku melepaskan aku kerana aku ingin mengajar suamiku tentang hidup...

Suamiku seorang kakitangan kerajaan, telah dua kali dikenakan tindakan kerana selalu ponteng kerja.. pertama kali sblm berkahwin dgnku dan aku langsung tak tau berkenaan perkara ini. Aku hanya tahu apabila aku berjumpa dgn boss suamiku utk perbincangan semasa suamiku dikenakan tindakan untuk kali kedua, baru-baru ini kerana suami ponteng kerja lagi dan aku tak tau suamiku berbuat perkara yang memalukan itu.... entah lah, mungkin jugak kerana selama hampir 4 thn berkahwin, suamiku tak merasa beratnya beban tgjwb seorang suami dan ayah.... segala perbelanjaan utk keperluan rumahtangga ditanggung sebahagian besarnya oleh aku... gaji bersih suamiku tak cukup dan aku tak kisah membantu suamiku kerana aku tahu ketidakmampuan suamiku itu sejak sblm berkahwin tetapi jika malas bekerja.... aku kena fikirkan byk perkara.... semua itu aku luahkan kepada boss suamiku... mengenangkan aku dan anak2.... boss suamiku bersedia memberikan peluang sekali lagi....

Apa daya, kalau diri sendiri enggan berubah, bagaimanan Allah nak ubah nasib diri seseorang kan? Seminggu slps peluang kedua, aku dapat panggilan dari boss suamiku menyatakan suamiku ponteng kerja lagi.... Allahhhh.... Kau maha mengetahui betapa sedihnya hati ini... aku mengharapkan bahagia dgn perkahwinan ini kerana aku tidak mampu mengenal erti kasih yg sebenar drpd keluargaku terutama ibuku.... tapi, kenapa aku masih gagal menerima kasih sejati drpd suami....

Suamiku bukan saja malas bekerja malahan tidak menghargai diriku.... wang kuberikan kpdnya melalui kerja yang aku lakukan dgn penuh minat dan tumpuan sampai ada masanya aku terpaksa pulang lewat dan kelewatan itu menjadi punca suamiku memarahi aku sesuka hatinya.... bukan sekadar mengherdik, suamiku juga pandai menipu.... byk perkara... terkini, pasal kerja, konon beliau menghadiri satu sesi latihan olahraga lalu pagi isnin baru ni, aku khabarkan kpd bossnya bhw beliau terlibat dgn olahraga. Jawapan yg aku terima: suamiku tak tersenarai sbg peserta.... Allahhhhh. Bukan sahaja menipu tentang tidak bekerja tetapi suamiku turut menipu tentang byrn insurans motosikal yang akhirnya, motosikal kini ditahan pihak berkuasa.... padahnya, aku yg terima....

Akhirnya, setelah bersabar selama 4 thn, hari ni... sblm aku keluar bekerja, aku luahkan kpd suamiku, aku ingin dia lepaskan aku dgn baik, aku mintak dia keluar dr rumahku hujung minggu ini dan hiduplah sendiri... aku tak minta apa2... aku tak halang dia berjumpa dgn anak2 kerana aku tau, dia memang rapat dgn anak2... tetapi aku pesan, jadilah orang yg tak menyusahkan sesiapa barulah dtg cari anak2... aku bukan benci tapi aku perlu bertindak begini, demi dia, org yg pernah dan masih berbaki sayangku padanya... dan demi anak2 yg makin bijak berkata2.... aku tak mahu anak2ku hilang hormat padanya kerana skrg ini, sejak dia dgn nyatanya tinggal di rumah sdgkan aku keluar bekerja... anak2 mula menilai.... Ibu kerja tpi ayah duk rumah.... moga tindakanku direstui Ilahi dan ada pengajaran yang suami dapat......

8 Comments:

Blogger Syikin said...

hmmmm......kalau sampai tahap anak dpt melihat semua itu, there's something wrong.

ye, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

kekadang perpisahan tu adalah terbaik utk mengajar seseorang menghargai perhubungan yang suci di atas nama suami isteri.

8:37 AM  
Blogger dian said...

Itulah dilema isteri....kongsi pengalaman sendiri. Kalau terjadi sesuatu krisis antara kami, itulah yang terlintas dihati. saya sendiri dah banyak kali minta suami lepaskan. kalau talak tu di tangan saya.....dah berapa puluh talak saya bagi kat dia...Saya terus bagi dia peluang. Sebab saya tahu dia amat menyayangi saya dan anak-anak kami. Amat-amat!
Apa yang saya buat jika ada krisis dengan suami:
Saya jadi dekat dengan Allah. sembahyang hajat dengan air mata yang bercucuran. Doa Allah beri kekuatan. Doa Allah turunkan rahmat dalam keluarga kami.
Saya dapat rasakan...... Allah uji awak,awak dah dapat banyak imune. awak seorang yang tabah dan kuatinsyaAllah awak berjaya.

10:49 AM  
Blogger a.l.a.n.g said...

semoga ada hikmah disebalik perpisahan ini :)

(nak komen lebih2 tak boleh... kiter bujang lagi)

1:18 PM  
Blogger seorang aku said...

to syikin:
Betul... berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul... tapi Alhamdulillah, aku rasa amat kuat utk lafazkan semua tu pagi tadi... dan yg nyata, dia memang agak terkejut sbb selama ini, aku dikenali sebagai seorang yg amat keras dan lasak tetapi berjiwa sensitif, kalau dia wat perangai.. sbg contoh aku tau dia menipu aku lagi... pasti aku luahkan sgl kekecewaan aku dgn air mata... tetapi pagi ini, ntahlah.. agaknya air mata pun dah beku... doakan aku kuat hadapi semua ni

to dian:
Memang penuh dilema... aku bertahan sejak lama... walau baru 4 tahun, aku tau aku tak tersiksa malahan org2 sekeliling, ahli keluargaku sendiri, tak pernah tau apa yg aku alami... sementelah pulak, aku memang tak boleh berkongsi dgn famili sbb aku sendiri bermslh dgn ibuku... semuanya aku luahkan pada sahabatku dan seorang kawan baik yg juga mula mengetahui segalanya... aku juga berkongsi dgn boss di pejabat, bimbang prestasi kerjaku menurun tpi alhamdulillah... makin kuat ujian di dlm rumahtangga, aku makin berjaya di dalam kerjaya... aku baru ja dinaikkan pangkat... seolah2 penawar utkku.... dan sememangnya, Dia yg maha mengetahui sglnya.... aku percaya, semua ini ujianNya spy aku tidak lalai... dan walau seberat ini ujianku, aku percaya, ada hikmah di sebalik semua ini dan aku bersyukur kerana aku percaya, ada org lain yg lebih derita dr aku...

aku jugak bukan jenis yg senang sgt inginkan perpisahan.... keputusan ini kuambil setelah sekian lama... setelah insan lain yg mengetahui kisahku telah beberapa kali mencdgkan perpisahan... namun, keputusan pagi ini bukan atas kehendak sesiapa... aku masih sayangkan suamiku... aku ingin dia berubah... dan cuma satu jalan.. aku perlu biarkan dia hidup sendiri... moga Allah akan mengubah diri suamiku menjadi yg lebih baik, demi anak-anak... tanda kasih kami selama ini...

to a.l.a.n.g:
terima kasih atas doamu... cuma satu yg kuharapkan, walau kau tau ujian org lain di dalam perkahwinan, jgn takut utk memasuki gerbangnya... lelaki tak sama... paling penting, apa yg berlaku, kita terima sebagai ujian yg akan mematangkan tindakan kita...

2:06 PM  
Blogger Moon® said...

A'kum .. pertama kali menyinggah.

Semoga aku tabah menghadapi kehidupan yang seterusnya. Di harapkan perpisahan ini menjadi jalan terbaik untuk anda berdua & mungkin selepas ini suami aku lebih menghargai jasa aku selama ini.

Take Care..

3:06 PM  
Blogger ibuVouge said...

salam aku
IV blog hope dari syikin..
apa yg IV boleh bagi mata untuk membaca,
meh sini IV hug..
kalau itu yg terbaik buatla..

9:43 AM  
Blogger oren said...

datang dari blog syikin...

cerita awak sama ngan saya..dan tarikh ulangtahun perkahwinan kita pun sama..what a coincidence????

1:28 PM  
Blogger seorang aku said...

to moon:
terima kasih atas kunjungan... terima kasih juga atas doa. Aku sentiasa mendoakan keputusan yang aku ambil ini adalah yg terbaik. Moga suamiku akan kembali ke pangkuanku dan anak-anak sbg seorang yg lebih bertanggungjawab. Doakan aku tabah menghadapi semua dugaan ini.... terima kasih.

to IV:
terima kasih IV... selama ini aku hanya berkongsi kisah dgn dua sahabat baik, S dan Z... aku tak boleh berkongsi sgl kedukaan ini bersama keluarga walaupun ibu sendiri... sejak kecil, segalanya aku pendamkan dan setelah usia menjangkau suku abad, barulah aku berjumpa dgn S yg boleh aku kongsi segalanya... kemudian Z turut memahami penderitaan ini... alhamdulillah... dgn adanya blog ini, aku dapat luahkan apa yg terpendam... moga satu hari nanti, akan ada yg mengerti... terima kasih atas sokongan dan 'pelukan'...

to oren:
terima kasih atas kunjungan... mungkin satu kebetulan... moga kita tabah menghadapi semua ujian hidup ini....

8:36 AM  

Post a Comment

<< Home