Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Monday, May 29, 2006

Hadiah Hari Lahir

Semalam, 28hb Mei... ulangtahun kelahiran suamiku yang ke 33. Hadiah yang kuberi? Aku memintanya keluar dari rumah memenuhi permintaanku pada ulangtahun perkahwinan kami yang keempat. Tepat pukul 8.10am, suamiku keluar dari rumah membawa satu beg pakaian sederhana besar. Aku tau, bukan semua pakaian dibawanya... tak mengapalah. Aku bukan menghalaunya.... mungkin perlakuan aku seperti menghalau tetapi bukan itu niat aku yang sebenar. Aku juga tak paksa suamiku melepaskan aku kerana aku bukannya ingin bebas dari ikatan perkahwinan ini, aku hanya inginkan suamiku berubah menjadi yang lebih baik....

Hanya anakku yang kedua bersalam dengan suamiku. Anak pertamaku masih nyenyak tidur. Suamiku kejutkan tapi anakku tak sedar juga. Syukur... aku bimbang jika anak pertamaku sedar semasa suamiku keluar, banyak yang akan dipersoalkannya. Anak keduaku, tak banyak cakap, cuma nak mengikut. Bila aku khabarkan, ayahnya akan pergi jauh dan dia perlu tinggal bersama aku dan kakaknya, senang sahaja beliau menurut. Syukur kepada Ilahi kerana anak keduaku itu tak banyak kerenah seperti selalunya, jika ikut dikatanya, paling kurang aku atau suamiku perlu bawa anakku itu mengelilingi kawasan kejiranan kami dahulu.

Aku bersalam dengan suamiku. Aku kucup tangannya. Aku cium kedua-dua pipinya. Entah kali yang keberapa dalam tempoh tiga hari selepas aku beritahu keputusanku supaya kami berpisah... aku khabarkan: aku lakukan semua ini bukan kerana benci tetapi kerana aku masih sayang... aku amat mengharapkan agar suamiku berubah.... banyak kali aku ulangi: berubahlah... berubahlah... suamiku hanya diam dan mengangguk perlahan... aku perasan matanya merah sedang aku sendiri, air mata telah deras di pipi... namun, aku tabahkan diri, aku perlu lakukan juga... demi kasih sayang kami... demi kebahagiaan rumahtangga kami... pesanku juga, jangan lupakan anak-anak.... dan selepas itu, suamiku hilang dari pandangan mataku... aku tak tau ke mana tujuannya....

Petang semalam, hanya dalam tempoh masa sembilan jam, aku mula rasa kehilangan... memandang anak-anak... air mataku mengalir sebab aku bayangkan kesibukan suamiku melayan anak-anak... sungguh... suamiku memang rapat dengan anak-anak... memang ada kebaikan di dalam dirinya yang aku tak boleh nak nafikan... sebelum ini juga, suamiku rajin membantuku di dapur... ketika aku bercuti sakit kerana keguguran, segala kerja dilakukan oleh suamiku... banyak lagi kebaikannya yang lain... cuma kekurangannya yang amat nyata... sejak hampir setahun kebelakangan ini... beliau enggan bekerja, pernah dikenakan tindakan disiplin dan dipenjarakan selama dua bulan kerana ponteng kerja... wang gajinya yang memang sedikit itu (memang bergaji empat angka bermula 1 tetapi banyak potongan) tidak lagi diserahkan kepadaku... wang tersebut banyak digunakan untuk memenuhi keperluan melaksanakan aktiviti luarnya... aku bukan berkira, sejak sebelum kahwin, memang aku tau kemampuan suamiku... aku tak kisah membantu suamiku dalam menguruskan perbelanjaan tetapi bukan aku menyara beliau sepenuhnya sedangkan beliau tidak mahu bekerja...

Paling menyakitkan hati, suamiku sudah pandai berbohong, banyak kali aku ditipunya... kes kemuncak, berkenaan insurans kenderaan. Katanya, dia akan selesaikan tetapi tiga hari selepas tarikh tamat tempoh, kenderaan kami disita gara-gara tamat tempoh cukai jalan... bila aku soalkan, suamiku hanya diam... sebelum itu, aku ditipu kononnya beliau mempunyai latihan sukan di luar kawasan kerja, bila aku dihubungi oleh pihak pejabat suamiku dan aku nyatakan kata-kata suamiku... jawapan yang kuterima, suami berbohong lagi... beliau tidak terlibat dengan sukan tersebut dan mereka yang terlibat juga, hanya menjalankan latihan di padang bersebelahan kawasan pejabat... sedih... pedih... kenapakah aku ditipu?

Mengenangkan itu semua, aku yakin... keputusanku tanggal 25hb baru ini adalah benar... tambahan pula, awal pagi tadi, aku menerima panggilan dari pejabat suamiku bertanyakan kenapa suamiku masih tidak datang kerja... yang mampu aku katakan: saya dah mintak dia keluar dari rumah... saya dah bagi dia peluang dan dah nasihatkan supaya bekerja tetapi dia enggan... nada suara pegawai yang menelefonku pada awalnya tadi agak tinggi, mula kendur...

Sedih... memang sedih... apa lagi yang mampu aku lakukan selain berdoa... aku masih sayangkan suamiku... doaku, moga suamiku selamat walau di mana atau apa sahaja yang dilakukannya... moga satu hari nanti, suamiku akan kembali ke pangkuanku dan anak-anak sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.... aminnn!!!

9 Comments:

Blogger oren said...

kalau ini yg terbaik utk awak sekeluarga, redha sajalah...dan banyakkan berdoa..Allah takkan duga kita dgn something yang tak mampu kita hadapi..

I know it, because many people did say the same thing to me..

be strong, yaaa...

10:22 AM  
Blogger Jejak said...

kerinduan itu pasti akan tiba, terutama apabila melihat tawa, tangis, riang, rajuk anak-anak. Perlukan kekuatan untuk menolak perasaan itu. cadangan saya nampak macam tidak bagus.....tapi ia berkesan untuk melawan rasa rindu yang mampu menyesakkan perasan IAITU.....SELALU INGAT KEBURUKAN DIA. APA YANG DIA TELAH BUAT SAMPAI KEADAAN INI TERJADI. BUANG SEGALA INGATAN SAAT MANIS BERSAMA DIA JAUH-JAUH. PADAMKAN DARI LUBUK HATI.Ini sekadar waktu permulaan yang saya kira amat tersiksa....

be strong. Hampirkan diri dengan Allah.Dia Maha Mengetahui hikmah disebalik yang tersirat.

1:43 PM  
Blogger Syikin said...

sebak..sebak..sebak..

dpt bayangkan masa aku bersalaman buat kali terakhir ngan suami,kalau saya, mesti itu juga yg berlaku.

berdoalah hari2 moga dia berubah hati menjadi lebih bertanggungjawab, moga dia dpt mencari harga diri yg hilang semula. doalah agar dia tak terjerumus ke lembah kehinaan dan dia rajin bekerja semula.

moga kalian akan bersatu juga satu masa nanti dlm jangkamasa yg terdekat.

12:26 AM  
Blogger a.l.a.n.g said...

Semoga satu hari nanti dia kembali dgn satu perubahan yg akak inginkankan... Amin.

1:29 PM  
Blogger ibuVouge said...

IV baca balasan komen aku untuk entry lepas...IV tak harap jadi teman yg boleh memahami segala luahan aku, tapi my shoulder always for you to lying on.meh IV bagi hug.tepuk dan usap belakang aku
IV speechless..mmg la kita rasa kosong, tapi nak hilangkan perasaan tu, aku kena redha dgn pemergiannya..aku niat dlm hati bahawa tindakan ini untuk kebaikan aku dan anak anak..banyak doa ya!
aku tak penah kesorangan..ingat itu selalu ya...!!!hug again

2:33 PM  
Blogger Alex Lacey said...

hmmm...akak pun tak reti nak cakap apa...mudah2an Tuhan akan bukakan hati suami utk berubah....Aku pulak jgn lupa ikut doa sama...doa isteri tu ada nilainya jugak...

11:29 PM  
Blogger Moon® said...

You're strong that why you make this decision.

Banyak berdoa insya allah hubby akan sedar & berubah. Moga aku & hubby kembali bersama.

6:04 PM  
Blogger seorang aku said...

to oren, syikin, a.l.a.n.g, IV dan moon:

terima kasih atas doa kalian. aku juga sering memohon agar suamiku segera berubah dan kembali bersama aku dan anak-anak....

to ummuhajar:

terima kasih atas cadangan cuma aku tak rasa aku akan melaksanakannya. bagi aku, mengenang keburukan bukan menghalau rindu tetapi menambahkan kebencian dan aku tak pernah bermaksud untuk membenci suamiku... aku masih sayangkannya... apa yang aku lakukan sekadar pengajaran moga suamiku akan jadi lebih baik... suamiku juga bukanlah buruk semuanya, banyak yang baik yang boleh aku kenang dan aku akan tetap kenang semua itu walau kenangan itu membuatkan aku sedih... mungkin jugak, ini salah aku sendiri... Dia lebih tau...

10:50 AM  
Blogger seorang aku said...

to alex lacey:

terima kasih juga... memang ramai yang menyebut demikian. Moga doaku sebagai isteri dimakbulkan juga satu hari nanti...

10:52 AM  

Post a Comment

<< Home