Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Wednesday, May 17, 2006

Kusangka permata...

Aku dilahirkan pada penghujung tahun 1974... 1 tahun 2 hari selepas ibu dan ayahku meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama... itulah butiran yang ada pada sijil kelahiranku... sebagai anak pertama, sudah pasti akulah permata yang amat berharga... namun, sepanjang ingatanku, sejak aku kenal erti sebuah kenangan... segalanya bukan kilauan berharga... wujudku umpama pasir yang tak bermakna.....

Satu tahun 12 hari selepas kelahiranku, aku dikurniakan seorang adik... yang aku ingat, sejak kecil lagi, aku sering diusik sebagai bukan anak ibu dan ayah lantaran rupaku yang mirip anak India... kulitku gelap... ntah lah... mungkin kerana darah India Muslim dari ayah yang ada dalam diri aku... aku biarkan saja, apa lagi yang boleh aku lakukan... aku akui, adikku lebih cantik... kulitnya putih mewarisi kulit ibuku... mungkin kata-kata aku bukan anak ibu dan ayah melekat di kepala hinggakan ketika aku berusia 9 tahun, aku pernah bermimpi... seorang lelaki tua berjanggut dan berjubah putih memberitahuku... aku memang bukan anak ayah dan ibu... cuma setakat itu... mimpi itu ku khabarkan kepada ibu dan kesannya... aku dimarahi dengan teruk sekali....

Hmmmm... inilah permulaan kisahku... walau usia 9 tahun telah lama berlalu, namun setiap peristiwa yang aku alami, tetap kekal di ingatanku hingga ke hari ini...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home