Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Friday, May 19, 2006

Terima hadiah

Ketika keputusan peperiksaan penilaian darjah 5 diumumkan, aku berjaya memperolehi 5A... tika itu, aku tau ibu berbangga denganku kerana ikan yang sedang digoreng di dalam kuali menjadi hangus dek ibu terleka... mungkin juga gembira.... petang itu, aku menerima seutas rantai leher emas... rantai ini memang keinginanku sejak lama... ntah kenapa... yang pasti, hasrat untuk memiliki rantai itu telah aku suarakan kepada ibu selepas adikku menerima sebuah basikal sebagai hadiah mendapat tempat ketiga di dalam peperiksaan akhir tahun... mungkin juga sebagai dendam... ya lah, sejak darjah 1, aku sering mendapat tempat terbaik, paling teruk pun tempat ketiga tetapi tiada sebarang hadiah istimewa yang aku terima.... ibu suruh aku khabarkan kepada ayah... segera aku khabarkan dan kata ayah: kalau peperiksaan penilaian darjah 5 nanti aku dapat keputusan yang baik, sekurang-kurangnya 4A, dia akan belikan...

Alhamdulillah.... akhirnya aku berjaya.... harapanku, kejayaan ini akan dapat menukar kisah hidupku kerana aku kini layak untuk bersekolah di sekolah berasrama... jauh daripada ibu dan adik yang menjadi sainganku....

5 Comments:

Blogger Syikin said...

Assalamualaikum,

first time tinggal jejak :)

9:55 PM  
Blogger Syikin said...

This comment has been removed by a blog administrator.

9:55 PM  
Blogger seorang aku said...

To Syikin:

Waalaikumussalam. Tq. Slmt berkenalan...

8:31 AM  
Blogger a.l.a.n.g said...

Salam kenal...lompat dr blog kak syikin ;)

8:43 AM  
Blogger seorang aku said...

To a.l.a.n.g:

Salam... tq. Melompat pun tak per asal dpt ramai kenalan, boleh jugak kongsi2 cerita....

4:25 PM  

Post a Comment

<< Home