Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Sunday, June 18, 2006

18 Jun 2006

Skrg ni hampir kul 6 ptg, aku masih di ofis, baru saja abis review keseluruhan proposal dan multimedia utk cubaan mendapatkan tender baru. Semua org dah balik, sejak kul 5 tadi, hanya tinggal aku seorang diri di pejabat ini menyiapkan sgl kerja2 akhir sblm diserah kpd boss utk penyerahan sgl dokumen tender, esok pagi. Kejap lagi, aku dah nak balik tpi sementara menunggu adik aku datang ambil sbb hari ni, adik aku bawak anak2 dan pembantu aku jalan2 so, dia antar aku dulu awal pagi tadi, terus ler bawak anak2 aku jalan2. Bukan ke mana pun, setakat pergi taman permainan dan ke pasaraya sbb pembantu aku ada nak beli sedikit brg. Asalnya, aku yg janji nak keluar sekali tapi dah kena kerja, terpaksa lah batalkan. Plan asal tak nak kerja ari ni dan nak pulun siapkan mlm tadi jgk tpi dah tak daya... kul 1 am, aku dan anak2 buah tinggalkan ofis. Apa pun, aku bersyukur, kul 4.30 ptg tadi, semua dah siap.... alhamdulillah!

Pagi tadi, Puteri bising jugak: Ummi cakap nak keluar jalan2... aku terpaksa memujuk: lain kali yer... Ummi kena kerja... adik aku pulak menambah: Ummi kerja cari apa? Cari duit.... kata Puteri... tanya adikku lagi: Cari duit utk apa? Nak beli susu ngan pampers Ayang ngan Adik... lancar jwpn Puteri.... memang itu yg aku ajarkan selama ini. Anak2 perlu tau dan faham keadaan dan kedudukan aku.... insyaAllah, moga satu hari nanti, aku takkan dipersalahkan kerana jarang bersama mereka. Namun, bila ada kesempatan, aku akan gunakan dgn sepenuhnya....

Oh ya... hari ini hari bapa, seawal pagi tadi... sebelum meletakkan kepala kira2 jam 3 pg, aku sms bapaku mengucapkan selamat hari bapa, bimbang aku akan terlewat mengucapkannya gara2 lambat tidur dan penat, mana tau aku terbabas dlm tidur.... kerana saban tahun, akulah anak pertama yg akan mengucapkannya... selaku anak sulung, aku perlu lebih dulu menunjukkan betapa aku menghargai mak dan bapaku... cuma pada hari ibu baru2 ini, aku memang lambat mengucapkan.... ntah lah... mgkin kerana luka yg masih mendalam.... dan kul 6.20am, aku menerima blsn sms dr bapa: terima kasih....

Kpd suamiku pula, aku hanya mampu sampaikan salam di angin lalu... selamat hari bapa, Abang.... walau di mana Abang berada, walau apa yg Abang lakukan, Ana doakan Abang akan bahagia dan hanya satu pinta Ana, berubah lah.... jadilah suami dan Abi yg bertgjwb... Ana tak minta harta, sejak dulu lagi Ana tegaskan, bukan harta yang Ana ingin tapi kejujuran dan keikhlasan Abang.... Ana harap, Abang takkan lupakan Ana dan anak2.....

3 Comments:

Anonymous oren said...

insyaAllah, dia mesti tertunggu2 ucapan 'father's day' dari puteri dan putera..

jgn putus berdoa, yek..

11:26 AM  
Blogger ibuVouge said...

iv terharu baca entry laksa dan talapia..selain dr malas bekerja..huby aku seorg yg baik sgt
iv doa cahaya itu makin cerah
percayalah..insyaALLAH satu hari segala yg aku nak akan jadi milik aku
banyak ..iv blaja dr aku..terima kasih..hug to aku

3:32 PM  
Blogger Jejak said...

moga dia balik suatu hari nanti...akan tiba hari bahagia bersama....

4:46 PM  

Post a Comment

<< Home