Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Monday, June 12, 2006

Adik iparku...

Baru sebentar tadi... aku menerima sms dari adik iparku.... terkejut juga sebab sejak suamiku keluar, inilah kali pertama adik iparku menghubungiku. Adik iparku ini tahu segala yang berlaku malah kata adik iparku itu, dia setuju apa juga tindakanku... hanya dialah yang boleh aku kongsi kisahku kerana aku tidak mempunyai ibu atau ayah mertua...

Adik iparku menanyakan khabar aku dan anak-anak... alhamdulillah, kami semua sihat. Kutanyakan khabarnya dan khabar abangnya, manalah tahu kalau-kalau suamiku ada menghubunginya walau aku tahu, suamiku mungkin takkan berbuat demikian sebab adik iparku itu pernah memarahi sikapnya... tak mustahil jugak suamiku akan menghubungi, ya lah... dah nama saudara sedarah....

Alhamdulillah... menurut adik iparku, suamiku kini berada di seberang laut... Sarawak, tanah kelahirannya... menurut adik iparku, beliau cuba bercakap dengan suamiku tetapi suami enggan... adik iparku yang bongsu yang ada di sana, yang mengkhabarkan kepada adik iparku ini tentang suamiku... konon dia sedang bercuti...

Tak mengapalah... sekurang-kurangnya aku tau... suamiku selamat... alhamdulillah!!!

2 Comments:

Blogger Jejak said...

Alhamdulillah......paling penting boleh rasa lega....tenang dan aman damai. Dia selamat. Moga dia kini sedang berazam membina hidup baru. Bangun dari kesilapan semalam. Bangun dengan penuh azam dan semangat. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk dia.

9:48 AM  
Blogger seorang aku said...

to ummuhajar:
mudah-mudahan....aminnn

2:18 PM  

Post a Comment

<< Home