Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Monday, June 12, 2006

Akukah yang menyusahkan....

Alhamdulillah, aku dah selesaikan janjiku kpd bapa untuk menguruskan rayuan kemasukan adik lelakiku yang bongsu ke pusat matrikulasi. Sebenarnya, adikku itu telah berjaya mendapat tawaran kursus sains 1 tahun di sebuah pusat matrikulasi di selatan tanahair dan perlu mendaftarkan diri tanggal 15hb Mei yang lalu. Malangnya, mungkin dek kerana tidak percayakan aku apatah lagi bila adikku yg ke4 berkeras meyakinkan, akan ada tawaran lain ke IPTA. ... dan mungkin juga kerana tidak mahu terpaksa menunaikan hajat aku tika itu... tawaran tersebut tidak dipedulikan. Semalam, kali pertama, selepas mak mengatakan aku ini selalu menyusahkan orang lain, kira-kira sebulan yang lalu iaitu 5 hari sebelum adikku itu perlu mendaftarkan diri…. aku meng’sms’ bapaku menanyakan khabar di kampung dan menanyakan juga tentang hala tuju adikku yg ke7 itu…. bapaku membalas: Tolong buat rayuan utk Bang Chik.

Pagi ini, aku sampai awal di pejabat semata-mata menunaikan hajat bapaku… moga adikku berjaya ditempatkan semula di pusat tersebut. Walau hatiku terguris semula ptg semalam apabila adik bongsuku yang bersekolah di sebuah sekolah berasrama, juga di selatan tanahair, menyampaikan khabar, dia tidak dibenarkan oleh emakku untuk pulang ke rumahku seperti biasanya pada hujung minggu… malahan cadangan asalnya aku akan menghantarnya ke asrama, juga terpaksa dibatalkan apabila adikku itu diarahkan menaiki bas terus ke selatan.

Aku pasrah, aku terima semua ini sebagai ujian. Memang dari dulu aku sentiasa diuji dengan sikap emakku. Paling ketara, sehari selepas suamiku dibebaskan, adikku yg ke5 (aku adalah anak sulung daripada 8 beradik) yang telah tinggal bersamaku hampir dua bulan setelah tamat pengajian, diarahkan pulang serta merta ke kampung sedangkan tika itu, adikku berjanji malah emakku juga berjanji denganku, adikku akan menjaga anak-anakku sementara mendapat kerja. Dengan janji itu, aku membatalkan penghantaran anak-anakku ke taska sementelah pula, jadual kerjaku yang tak menentu, memang lebih selesa apabila suamiku tiada dan anak-anak dijaga oleh adikku. Janji yang diucap juga, paling minima adikku akan menjaga anak-anakku selama tempoh 3 bulan bermula seminggu selepas suamiku ditahan.

Malangnya, selepas perbicaraan, suamiku dibebaskan selepas hampir dua bulan ditahan dan keesokannya, ketika aku baru masuk ke rumah, adikku memberitahu, dia diarahkan oleh emak supaya balik ke kampung malam itu jugak… sedangkan esoknya hari khamis, aku masih perlu bekerja 2 hari sebeluam cuti hujung minggu dan cuti hujung minggu yang sama juga, aku akan menerima pembantu rumah daripada Indonesia. Aku mohon adikku tunggu hanya untuk 2 hari sahaja lagi, lagipun, aku membayar adikku bukannya sekadar menjaga anak-anakku percuma tetapi adikku tak berani melawan cakap emak. Apa daya, aku faham keadaannya…

Yang aku mampu lakukan, aku sms bertanyakan bapaku: Tidak bolehkah aku mempunyai suami dan keluarga di dalam satu masa? Kenapa adik perlu diarahkan balik segera sedangkan aku masih memerlukannya untuk menjaga anak-anakku? Bapa hanya membalas: Bapa tak tahu… kalau adik nak balik, biarkanlah…. Dan aku hanya mampu menangis pada malam itu…

9hb Mei pula, aku mohon bantuan bapa untuk meminjam kad kreditnya. Bapa ada 4 kad kredit, cuma 1 sahaja yang digunanya untuk mengisi petrol… aku tau itu sebab bapa sendiri yang cakap. Memang aku faham perangai bapa, bapa tak suka berhutang. Aku cuba meminjam kad kredit bapa kerana bulan Mei ini, bajetku akan lari kerana menanggung kos pembantu rumah. Aku tak ada simpanan yg banyak. Aku ingin meminjam pun utk jangkamasa tak sampai sebulan. Penghujung Mei, aku akan dapat bayaran kerja freelance, aku akan pulangkan kad kredit tersebut dgn menyelesaikan segala hutangnya sekali. Aku perlukan kad kredit untuk menampung kos belanja bulan itu terutamanya keperluan anak-anak kerana wang tunaiku, aku peruntukkan untuk menguruskan pembantu rumah.

Hanya kerana itu…. hanya kerana hasrat untuk meminjam kad kredit bapa, adik ke2 (Angah) yang sejak dulu menjadi sainganku menelefon aku dan memarahi aku kerana telah menyusahkan hati bapa… bukan itu sahaja, sampai sahaja di rumah, aku menerima pula panggilan daripada emak. Emak marahkan aku kerana memohon kad kredit bapa… aku hanya menjawab… saya nak pinjam kad kredit dan saya akan bayar semula, kalau tak nak bagi, sudah lah… dah ada orang tu mintak duit ribu-ribu selalu sahaja dapat, saya cuma mintak nak pinjam kad kredit, kalau tak dapat, tak apalah…mungkin kerana jawapanku itu lah, lantang sekali emak menyebut… kau ni selalu sangat menyusahkan orang…. kata-kata itu takkan aku lupa selagi masih ada hayatku di dunia ini….

Memang aku sedih… malah aku marah… akukah yang selalu menyusahkan? Tika sebelum kawin, aku terpaksa menjual namaku sendiri demi menjaga air muka dan nama Angah. Tahun 2001, Angah bertunang tetapi emak mencanangkan bahawa aku yang bertunang. Adikku yang ke4 (Ayza) yang menyampaikan khabar tersebut. Bila kusoal emak, emak mengakui, kata emak, dia perlu buat begitu demi menjaga nama Angah sebab satu kampung dah tau Angah berkawan dgn Ust.K malangnya tiba-tiba Angah bertunang dgn orang lain… Allah! Emak hanya fikir soal Angah, bagaimana dgn aku? Orang kampung tahu aku pernah bertunang, tak lama kemudian, pertunanganku putus dan kini, orang kampung tahu, aku bertunang lagi tiba-tiba ujung tahun ni Angah yang berkahwin… mana aku nak letak muka aku? Emak tak menghiraukan kata-kataku malah menengking, kalau aku pun dah gatal sangat nak kawin… emak akan carikan sorang jantan untuk aku…. Hanya Allah yang memahami hatiku tika itu….

Mei 2002, beberapa hari sebelum aku diijabkabulkan, adikku yg k5 mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej. Bapaku kurang setuju kerana lebih suka adikku menyambung ke tingkatan 6, sementelah keputusan SPM adikku kurang baik dan boleh jika ke kolej tetapi bapaku tidak punya wang yang cukup tika itu… aku dengan rela hati menawarkan untuk membantu dan alhamdulillah, adikku itulah yang mengikut kata ibu, meninggalkan aku dalam keadaan bingung memikirkan siapakah yang akan menjaga anak-anakku… akan memperolehi diplomanya bulan julai ini…

November 2002, emak menghubungi aku, memohon untuk memberikan wang hantaranku kepada Angah. Angah perlukan wang tersebut untuk menyelesaikan ansuran keretanya. Memang sudah acapkali emak membantu Angah melangsaikan ansuran kereta dan kali ini, emak ingin membantu lagi namun emak tak cukup wang dan emak ingin menggunakan wang hantaranku… pemberian suamiku kepadaku, untuk membantu Angah… tak suka banyak bersoal jawab, aku bersetuju… namun, dalam persetujuan itu, hatiku menangis… mengenangkan majlis perkahwinanku yang dirancang akan diadakan pada awal September, selepas majlis akad nikah pada 25 Mei… dibatalkan secara paksa rela dari diriku. Sebulan selepas akad nikah, aku disahkan mengandung… tak lama selepas itulah emak menelefon aku menanyakan tentang cadangan majlis tersebut. Emak mencadangkan agar aku batalkan sahaja kerana bimbang aku akan memalukan diri sendiri… disebabkan aku hamil, emak menggunakan alasan keadaan aku yang mungkin muntah-muntah pada hari itu nanti… bukan sahaja emak, Angah turut menyampuk, tak guna lagi buat majlis jika dah berisi… apa dayaku…. dan dengan alasan Atok yang memang sakit tika itu, emak membatalkan cadangan mengadakan majlis perkahwinanku…. hingga hari ini, kain yang kubeli untuk kujadikan baju pengantin, masih kusimpan rapi… duit hantaran hadiah suamiku, langsung ku tak merasa…


Tahun lepas, seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri, keretaku mengalami kecelakaan. Aku perlu menyediakan RM500 untuk bayaran awal bagi membaiki kereta. Aku tidak punya wang sebanyak itu kerana hari raya makin hampir, duit yang ada telah kugunakan untuk persiapan raya dan untuk perbelanjaan selepas raya. Aku cuba dapatkan bantuan emak dan bapa sebab aku tau, seminggu sebelum ini, ibu telah meminjamkan Angah RM1000 untuk membayar ansuran keretanya… seminggu sebelum itu juga, Angah diberi pinjam RM1000 juga untuk mencukupkan keperluannya membeli satu set PC. Apa daya, bila aku memohon bantuan emak…. bukan wang yang kuterima… emak memberi pelbagai alasan… dan akhirnya, aku pasrah… aku tak mungkin dibantu oleh emak…

RM500, mungkin terlalu banyak untuk aku dibantu oleh emak… sedangkan sebelum ini, tika aku menghadapi masalah tidak menerima gaji lantaran majikanku bermasalah, aku memohon bantuan Ayza untuk berhutang RM100, cuma seratus tetapi ibuku marah, bukan sekadar marah, malah menyatakan tidak akan menghalalkan jika adik aku membantu ku….

Pelik… memang pelik… setiap kali aku perlukan bantuan, aku diherdik, dimarahi… tetapi aku masih menyusahkan????

7 Comments:

Blogger Mamamanja said...

salam kenal.. lompat dari 1 blog ke 1 blog.

saya bersimpati ngan kisah akak. xtau nak komen apa lagi.

1:20 PM  
Blogger Syikin said...

aku, mak suruh adik tu balik k rmh terus sbb agaknya dia tak tau suami awak dah tak duduk ngan awak lagi, kaalu dia tau, mesti dia galakkan sangat adik awak p rmh awak.

apa lagi blh saya katakan, bersabar ajelah..pahala awak pun bertambah..moga satu hari ibu awak akan hargai awak wlwpun mungkin ketika itu awak dah tak de kat muka bumi ini. who knows?

1:29 PM  
Blogger seorang aku said...

to mamamanja:
salam kenal... terima kasih...

to syikin:
SABAR... hanya itu yg ada dlm diriku kini... hanya Putera dan Puteri yang membantu aku untuk terus bersabar....

1:57 PM  
Blogger tomato said...

sabarla kak. berat dada Maz baca luahan akak. Semoga terus tabah. Satu yang Maz perasan..walaupun berapa banyak dugaan dari Tuhan untuk akak...sehingga hari ini akak dapat teruskan hidup kan. Maz yakin akak sebenarnya kuat semangatnya.

Kiranya kalau tak keberatan akak boleh contact Maz..YM mazny75 atau mazny75@yahoo.com.

Boleh kita salaing mengenali..itupun jika sudi. Take care :-)

3:22 PM  
Blogger Jejak said...

tiada lagi kata yang mampu diucap..kalimah biasa tapi keramat...SABAR, SABAR, SABAR terlalu kerap, tapi pasti ia berhikmat.
Ya Allah ya Tuhanku! kasihanilah hambaMu ini, Sesungguhnya engkau maha mengetahui dan Maha Mengasihani...

3:23 PM  
Blogger Jejak said...

tiada lagi kata yang mampu diucap..kalimah biasa tapi keramat...SABAR, SABAR, SABAR terlalu kerap, tapi pasti ia berhikmat.
Ya Allah ya Tuhanku! kasihanilah hambaMu ini, Sesungguhnya engkau maha mengetahui dan Maha Mengasihani...

3:27 PM  
Blogger seorang aku said...

to tomato (MAZ):
terima kasih atas persahatan yg dihulur. InsyaAllah, mgkin satu hari nanti, kita berpeluang utk kenal lebih dekat lagi.. tetapi bukan skrg... maafkan akak... akak belum bersedia utk mengenalkan diri akak kpd umum sbg seorang yg bermslh kerana semua yg kenal akak mengenali akak sbg seorang yg ceria dan mampu menceriakan org lain... cukuplah kita kenal melalui persada blog ini utk sementara waktu ini ya... terima kasih byk2...

to ummuhajar:
terima kasih atas doamu....

1:55 PM  

Post a Comment

<< Home