Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Monday, June 19, 2006

Kutunaikan hajat Bapa

Pagi ni aku sampai awal di pejabat, walau pagi tadi cam susah sgt nak bangun. Mulanya, kukunci jam kul 6am, bila dah bunyi kul 6, aku kunci pulak kul 6.30, bunyi kul 6.30, aku kunci pulak kul 6.40.... alahaii... kalau la aku tak perlu solat pagi ni.... hmmmm

Kul 7.20am, aku dah keluar dr rumah, anak2 masih belum bangun... penat agaknya sbb semalam, adikku bawak anak2ku mandi di Ulu Yam. Bekalku, pembantu dah pun sediakan. Hampir kul 8am, aku dah tiba di pejabat sbb janji dgn boss, nak jumpa kul 8.30am, seperti arahannya ptg semalam. Sementara tunggu boss sampai, aku call Pusat Asasi UM. Adikku, Bg Chik gagal rayuan utk masuk semula ke Pusat Matrikulasi Kuala Pilah. Dah puas aku merayu tapi tak berjaya sbb students sana dah mula belajar hampir sebulan so, adikku dah banyak ketinggalan… apa daya… tika aku khabarkan pada Bapa hari Rabu minggu lepas, Bapa mintak tlg aku uruskan rayuan UPU pulakkk… insyaAllah, aku akan cuba… petangnya, aku ambil adikku Ayza yg memang rapat dgnku dan hanya dia yg tau sgl kisahku dan suami… pergi ke rumahku… masa tu lah Ayza khabarkan, Mak mintak dia uruskan tentang rayuan UPU utk Bg Chik… pelik gak aku, mustahil Mak tak tau Bapa dah mintak aku uruskan….

Tak per lah, aku mudah ja… uruskan laaa… tak lagi aku teruk buat itu ini, aku pun tgh kalut gila dgn kerja2 aku… tapi kata Ayza: mana aku tau nak uruskan semua tu…. Aku diam jaaa… malamnya, aku sms Bapa, tanyakan: saper yg nak urus? Mak dah suruh Ayza, mgkin tak percaya aku boleh uruskan sbb dah gagal sekali… Bapa hanya membalas: Tolong menolong laa… Bapa pun tak tau nak buat apa dah…. So, aku mintak Bapaku bgtau Bg Chik, emelkan padaku kursus2 yg dipohonnya melalui UPU… aku perlu tau utk memudahkan urusanku…

Pagi Jumaat, lum ada emel… biar betul, nak uruskan ke tak nak? Aku telefon Bapa, bgtau lum ada emel… aku bimbang kalau lambat nanti, terlepas lagi… Bapa terkejut sbb dia dah mintak Bg Chik emelkan. Tak lama, aku terima sms: dah emel… ha, baru ada. Pilihan pertama Bg Chik, kursus kejuruteraan di Matrikulasi UIA. Pilihan kedua pula, Sains Fizikal di Pusat Asasi Sains UM. Hmmm… kalau UIA, susah sikit sbb aku tak kenal saper2…. Aku plan nak cuba UM sbb aku sendiri ex-UM dan aku kenal dgn pensyarah dan Pengarah Pusat Asasi Sains tu sbb pernah ada program bersama sblm ini. Aku telefon kawanku yg pensyarah tu dan bgtau kisah adikku. Bila aku bgtau keputusan adikku, dia kata ada peluang dan mintak aku call sendiri ckp dgn Pengarah sbb aku pun dah kenal dgn Pengarah....

Pagi ini… seperti awal kisahku tadi… aku call terus ke Pusat Asasi Sains, mintak bercakap dgn Pengarah Pusat Asasi Sains. Bila aku kenalkan diri, syukur… dia masih ingat dgn aku…. kuceritakan masalah adikku dan mohon bantuannya. Pengarah nak tau keputusan penuh SPM Bg Chik… ku khabarkan secara terperinci… 4A1, 4A2 dan 4B… ok, bawak dia dtg ari ni dan daftar…. Sungguh kah apa yg aku dengar itu? Sungguh aku terkejut…. Tapi adik saya ada di Kedah lagi… ok, kalau cam tuh, daftar pagi esok la…. Alhamdulillah…. Allah saja yang tau betapa gembiranya aku…. berulang kali aku ucapkan terima kasih kpd Pengarah itu dan kemudian, aku serahkan nama dan no. K/P adikku kpdnya…

Tak lama, aku sampaikan khabar gembira ini kpd Bapa… Bapaku ucapkan syukur Alhamdulillah… ceria sekali suaranya…. Aku lagi lah gembira, dapat jugak aku tunaikan hajat Bapa… so, esok aku akan cuti utk membawa adikku itu pergi daftar ke UM… memang aku perlu pergi sbb aku saja yg kenal dgn Pengarah tu… walau ini usahaku dan aku kenal dgn Pengarah, aku yakin… sbb utama jugak kerana adikku sendiri layak dan mgkin ada hikmah di sebalik semua ni…. Ntah laaaaaa

3 Comments:

Blogger Moon® said...

Berbaloi jugak usaha anda itu.. congrats

4:02 PM  
Blogger Jejak said...

ALHAMDULILLAH.....BERBUAT BAIK LAH KEPADA IBU BAPA. TAHNIAH, TERUS MENJADI ANAK YANG SOLEHAH, WALAPUN TIDAK DIHARGAI. TERUSKAN......ALLAH MAHA KAYA.

4:44 PM  
Blogger ibuVouge said...

aku...inilah hadiah hari bapa buat bapa aku..
sabar itu manis akhirnya

12:25 PM  

Post a Comment

<< Home