Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Thursday, June 15, 2006

Laksa dan Ikan Talapia

Dua hari lepas, tika aku baru jer nak jejakkan kaki ke dalam rumah, Puteriku yang memang sedia menunggu di muka pintu setiap kali aku balik kerja, bersuara: Ummi! Ayang nak makan laksa...

Terkejut gak aku... gadis kecil berusia 3 thn 5 bulan meminta laksa. Aku bukan hantu laksa tetapi kalau ada tu, aku makan ja. Walau makan tapi aku jarang-jarang makan laksa. Nak buat tu memang tak ler sebab suami aku memang tak suka laksa. Kalau terasa nak makan, aku beli ja. Dah lama gak aku tak beli laksa. Pelik gak aku bila tiba-tiba Puteri bersuara meminta laksa. Tak per lah... hari ni dah malam. InsyaAllah, esok balik kerja, Ummi belikan yer... itu janjiku kepada Puteri. Di dalam kelapaku, terbayang gerai kakak yang selalu aku beli laksa. Memang sedap laksa dia. Bukan saja laksa, nasi lemak ayam goreng berempah juga menjadi kegemaran aku. Sebelum ini, ketika suamiku masih bersama dan tika aku belum ada pembantu rumah, saban hari, kami akan beli nasi daripada gerai kakak tu. Lebih mudah, aku dan suami ambil anak dari taska pun dah kat kul 9, memang tak sempat dah ler nak masak. Suami aku pun tak kisah. Itulah keistimewaannya, memahami....

Kelmarin, balik dari kerja, aku singgah di gerai kakak tapi malang sekali, gerai ditutup. Puas gak aku pusing di kawasan sekitar, mencari-cari kalau ada gerai lain yang menjual laksa tapi tak ada. Agaknya, malam-malam hari, tak ramai yang menjual laksa. Sampai di rumah, belum sempat kukhabarkan kepada Puteri, dia terlebih dahulu mengambil bekas makananku (aku bawak bekal ke pejabat). Ya Allah ya tuhan, Ummi habiskan semuanya.. ujar Puteri.

Terkejut gak aku dengan kata-katanya. Ya lah, budak berumur 3 thn lebih sahaja. Tapi, tak mustahil kan sebab dia memang banyak meniru gaya percakapanku…. Yang baik, tak per lah mengikut. Jangan yang tak baik, sudah lah dan aku kena berhati-hati. Teringat beberapa hari lepas, aku terlepas cakap perkataan ‘gila’ selepas menyaksikan satu lagak berani di dalam satu cerita tv. Cepat saja Puteri membidas; Ummi, tak baik cakap gila, Awwoh maah (Allah marah)… cepat saja aku menyebut sori… Puteri tersenyum. Aku jugak yang ajar jangan sebut perkataan ‘gila’, kan aku sendiri yang kena.

Kembali ke kisah aku kelmarin. Bila Puteri dah sebut cam tu, aku cakap ler: Itu bekal Ummi bawak gi opis tadi. Laksa tak der lah Ayang. Achik tu tak jual. Achik sakit kut? Puteri lantas menjawab: Oooo… Achik sakit ya Ummi? Agaknya lah… tak per, esok ada pasar malam, Ummi belikan yer… Ooooo, laksa tu malam yer Ummi? Pulakkkkk… aku tergelak sendiri dengan telatah Puteri.

Semalam, aku singgah pasar malam. Alhamdulillah, ada laksa. Aku beli dua bungkus. Satu untuk Puteri, satu untuk pembantu rumahku. Untuk Putera, aku belikan mee rebus. Bimbang Putera tak tahan rasa pedas laksa. Puteri dah aku biasakan makan makanan sedikit pedas. Sampai di rumah, Puteri ceria sekali bila kukhabarkan, aku dah belikan laksa. Tak sangka, Putera pun nak makan laksa. Aku mintak pembantuku letakkan sedikit kuah, tambah dengan sedikit kicap manis. Sebungkus laksa habis dimakan kedua-dua anakku. Pembantuku tak suka laksa, dimakannya mee rebus.

Tugas aku untuk menghabiskan baki sebungkus laksa. Tetapi, aku tak makan seorang. Tika aku makan, Puteri dan Putera nak makan sama tapi aku tak sertakan kuah. Rasanya, separuh dari laksa tu dihabiskan oleh anak-anakku. Syukur kepada Allah, aku mampu menunaikan kehendak anak-anakku.

Teringat kisah kira-kira setahun yang lalu. Tika itu, aku menghadapi masalah apabila majikanku gagal memberikan gaji kepadaku. Bukan aku sahaja malahan semua pekerja. Memang rumit dan agak sukar namun aku bersyukur, aku dan suami masih mampu memberikan anak-anakku makan nasi berlaukkan ikan talapia. Hampir setiap hari, menuku, nasi putih, ikan talapia goreng atau bercili dan sayur. Ikan talapia aku dapat percuma sebabnya suamiku mempunyai hobi memancing. Kebetulan tika itu, kedudukan rumah baruku memang dekat dengan banyak kawasan memancing. Setiap hujung minggu, dia akan habiskan masa dengan memancing.

Jika di rumah lama, suamiku hanya memancing sesekali. Hujung minggu dihabiskan dengan melakukan kerja sambilan mencuci kereta. Sejak berpindah ke rumah baru, aku sendiri yang melarang beliau bekerja sambila. Sebabnya, tak berbaloi. Satu hari bekerja, ada masanya dia akan dapat RM20, ada masanya hanya RM10, kalau rezeki lebih, ada ler RM30. Tapi jarang-jarang sangat nak terima RM20 atau RM30. Jadi, memang tak balik modal, lebih baik aku yang bekerja lebih masa, dua jam aku perolehi RM50. Hmmmm…. Mungkin sikap aku ini jugak yang mengubah sikap suamiku….hmmmm

Apa pun, aku berbangga mempunyai suami seperti suamiku. Sampai ke rumah, selepas makan malam, dia akan keluar memancing. Hampir tengah malam, dia akan pulang membawa hasil. Pernah beberapa kali, peti sejukku tak muat untuk menyimpan ikan-ikan tersebut dan kami berikan ikan-ikan itu kepada jiran.

Alhamdulillah…. aku bersyukur… walau berat dugaan yang kuterima, menghadapi kerenah ibu dan suami…. aku masih mampu membahagiakan anak-anakku… anak-anak sahajalah harta aku sekarang…. merekalah penawar dukaku.

Aku hanya berdoa akan Allah panjangkan umurku dan aku akan dapat menjaga, memelihara, membesarkan dan mendidik anak-anakku menjadi insan yang berguna… aminnnnnnn

3 Comments:

Blogger Jejak said...

aku,

Tanggungjawabmu sungguh besar dalam usaha membesarkan anak2 tanpa suami di sisi. Semoga ketabahan dan kecekalanmu menjadi kekuatan kepada anak2 untuk membesar seperti orang lain, yang mempunyai ayah di sisi sebagai tempat bermanja...

6:14 PM  
Blogger Jejak said...

best nyer ikan talapia.....saya memang suka teramat makan ikan talapia....dan semua ikan sungai. wat masak lemak cili padi. ikan keli bakar pastu masak lomak cili padi,fui!!!!best! best!

11:35 AM  
Anonymous oren said...

laksa???waahhh..minggu nih jadi minggu laksa la jadinya...

apapun, semoga gembira disamping anak2...

1:54 PM  

Post a Comment

<< Home