Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Friday, June 23, 2006

Sayang Ummi, Rindu Ummi

Semalam, sampai sahaja di rumah, aku hulurkan peanut butter stick untuk Puteri dan Putera. Memang begitulah selalunya, pasti ada buah tangan untuk anak-anak yang setia menanti kepulanganku setiap hari. Selepas meletakkan sedikit barang dapur yang dipesan oleh pembantuku, aku berehat sekejap di sofa sebelum naik ke atas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib. Tiba-tiba, Puteri dan Putera yang sedang asyik menjamah peanut butter stick, menerpa ke arahku. Putera mencium pipiku kemudian mengucapkan: ayang ummi….! Tak lama, Puteri pulak melakukan perkara yang sama, pipiku diciumnya kemudian melafazkan: Rindu kat ummi….!

Allahu Akbar…. Bahagianya aku tika itu. Kau mengetahui segalanya Ya Allah. Pantas kepeluk kedua-dua anakku, bergilir-gilir kucium kedua-dua pipi Puteri dan Putera sambil mengucapkan: Ummi pun sayang Ayang ngan Adik, Ummi pun rindu kat Ayang ngan Adik…. Selepas mendengar kata-kataku itu, barulah Puteri dan Putera kembali menjamah makanan mereka.

Aku terkejut sebenarnya… tak sangka aku akan menerima luahan tersebut daripada anak-anakku yang hanya berusia 3 tahun 5 bulan dan 2 tahun 4 bulan…. Allah Maha Kuasa, dalam segala ujian yang terpaksa kuhadapi, Dia masih tidak lupa memberikan aku secebis kebahagiaan… Alhamdulillah….

Sejurus selepas solat, aku menerima sms daripada Ayza, aku tau dia menjenguk Bg Chik di UM tadi… asalnya aku sendiri berjanji dengan Bg Chik nak pergi menjenguk tetapi memandangkan petang semalam hujan lebat, aku sendiri perlu belikan barang untuk pembantuku masakkan makan malam… aku batalkan dan berjanji, selepas selesai temujanji dengan klienku hari Sabtu ini, aku akan menjenguknya. Menurut sms Ayza, Bg Chik nak balik ke rumahku ujung minggu ini. Dia mintak aku yang jemput Bg Chik. Aku tak kisah tapi risau jugak sebab aku dengar Bapa dan Mak pesan kat Bg Chik, jangan selalu sangat balik, lebih baik duduk jer di kolej (asrama).

Aku membalas sms Ayza: Bg Chik tak der program kolej ker? Bapa dah pesan, jangan balik selalu sangat, kalau ada program kena ikut. Ayza membalas: Minggu ni tak der program kolej sebab kebanyakan pelajar balik. Ayza dah cakap dengan Mak. Mak tau Bg Chik nak balik. Kalau cam tu, tak per lah, Along ada temujanji dengan klien hari sabtu, lepas tu lah Along jemput Bg Chik, kalau jemput ptg esok (hari ni la), bimbang Bg Chik tak selesa pulak tinggal dengan pembantuku dan anak-anak sahaja esok. Pada Bg Chik, kukhabarkan perkara yang sama. Baru kejap tadi, klienku menelefon, temujanji esok seperti yang dijadualkan, so, selepas temujanji esoklah, aku akan pergi ke UM menjemput Bg Chik.

Pelik gak aku bila Mak setuju Bg Chik balik ke rumahku. Mungkin jugak Mak kesiankan Bg Chik atau Mak dah berubah. Mungkin betul Mak dah berubah. Baru ni, Mak tak marah-marah suamiku cam selalu bila tau apa yang berlaku kepadaku. Tak lama selepas Mak sampai, Mak tanyakan suamiku. Aku menjawab pendek: Ntah, tak tau gi mana? Mak pelik. Bapa pandang aku. Bg Chik dan dua adik yang turut serta iaitu Bg Ngah (adik lelaki kedua, adikku yang ke6) dan Ina (adikku yang terpaksa balik selepas suamiku bebas) memandang ke arahku. Ayza yang dah tahu segala, juga memandang ke arahku. Aku tau, mereka meminta penjelasan daripadaku.

Aku hanya senyum: Saya suruh dia keluar dari rumah ni 28hb ari tu sebab dia ponteng kerja lagi… ringkas penjelasanku namun memadai kerana aku dah berikan jawapan yang mereka kehendaki. Mak tak cakap apa-apa. Bapa pun tak cakap apa-apa. Adik-adikku juga diam. Tak lama, aku bangun membantu pembantuku menyediakan sarapan. Selepas sarapan, kami bertolak ke UM. Menguruskan pendaftaran Bg Chik. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Sebelum bertolak balik ke Kedah malam tu jugak sebab esoknya Bapaku perlu menghadiri majlis meraikan persaraannya (Bapaku bakal bersara 28hb Jun ini), Mak mengucapkan terima kasih kerana menguruskan kemasukan Bg Chik ke UM. Bapa pun ucapkan terima kasih. Aku hanya membalas: Alah… sikit ja tuh. Ketika bersalam dengan Mak, Mak berpesan: Jaga anak-anak elok-elok ya. Rezeki kau semua ni… aku perasan, suara Mak sebak dan ada air mata bergenang. Mak cium Putera: Duduk dengan Ummi elok-elok ya. Mak cium Puteri: Duduk dengan Ummi elok-elok ya. Jangan gaduh-gaduh dengan Adik tau, nanti Tok datang lagi…

Bersalam dengan Bapa, aku tanya bila nak datang lagi? Jawab Bapa: InsyaAllah, nantilah…. dan hari ini, aku dapat tau, Bapa akan datang lagi ujung bulan ini…

Sampai hari ini, aku masih terbayangkan muka Mak, sepanjang sehari bersama, Mak tak banyak cakap. Wajah Mak muram. Sesekali sahaja Mak senyum. Tidak seperti selalunya, mulut Mak kecoh dengan pelbagai cerita. Mungkin Mak sedih kerana akan berpisah dengan Bg Chik. Atau memang betul Mak dah berubah. Sebelum ini, Mak akan memprotes sikap Abang (bila Mak tau Abang ditahan kerana malas kerja). Tetapi baru-baru ini… Mak tak komen apa-apa.

Atau mungkin Mak terkejut dengan tindakanku. Mak pernah katakan aku terlalu mengikut cakap Abang. Pernah aku akur kehendak Abang balik segera ke ibu kota, sedangkan aku dah dua hari di kampung untuk meraikan majlis perkahwinan sepupuku dan malam itu, ketika malam majlis, Abang menelefon meminta aku balik malam tu jugak… Mak menahan tapi Bapa faham, aku sebagai isteri perlu patuh arahan suami selagi arahannya bukan melawan kehendak syarak. Banyak kali Mak ungkit kisah tersebut, aku tau… Mak terkilan aku tak sempat merasa makanan majlis kenduri, bimbang aku kempunan sebab tika itu, aku mengandungkan Putera 3 bulan…. tapi kali ini, aku meminta suamiku keluar dari rumah...mungkin Mak tak sangka, aku akan bertindak sekeras ini…

Atau mungkin betul kata Z (kawan baikku), Mak mungkin simpati denganku… dia berpengalaman membesarkan anak-anak dan tau betapa sukarnya proses tersebut dan aku, anaknya, perlu menempuh satu sesi yang pernah ditempuhinya bersama suami, berseorangan….. ntah lah... Allah yang mengetahui segalanya..

7 Comments:

Anonymous oren said...

sebab tu, jgn pandang remeh akan kemampuan anak2..mcm anak aku gak, kekadang, takde sebab, dia dtg peluk..kalau aku tgh bersedih, dia la yg datang, peluk dan cium aku..

but, it's nice kan??at least ngko tau, ada 2 orang dlm umah tu yg masih sayangkan ngko..

2:35 PM  
Blogger Syikin said...

sebaknya bila baca kisah dua beradik tu..terbayang pulak anak2 saya buat camtu..syukur dpt anak2 yg menyayangi umminya :). insyaAllah, mereka akan setia kasih pada aku..

ttg mak, mungkin dia rasa guilty gak sbb dulu dia sibuk marah2..tup tup bila camni betul2 terjadi, maybe dia terfikir apa akan jadi pada aku dan anak2 nanti. ada hikmah barangkali

aku...kebolehan anda bercerita menarik..buatlah novel..

12:03 AM  
Blogger Alex Lacey said...

betul kata Syikin tu...mak Aku tersedar kot yg kata2 seorang ibu itu kekadang merupakan doa.....insyaAllah, banyak hikmah dari setiap kejadian kan?

4:30 PM  
Blogger ibuVouge said...

terkesannya baca tindakan putera dan puteri..itulah pintu kebahagian aku kan

ttg mak tu..teruskan doa..moga dia mmg betul betul berubah
hugs untuk aku dan anak anak

12:28 PM  
Blogger Jejak said...

aku,

tiba-tiba je sebak... harap dia (mak AKU) betul-betul dah berubah. Saya setuju, dia mungkin simpati pada nasib AKU.

Moga puteri dan putera terus dilimpahi rahmat dan kasih sayangNYA. Jadi anak yang soleh dan solehah

11:04 AM  
Blogger seorang aku said...

oren:
alhamdulillah, setakat sekarang, aku belum pernah memandang rendah dgn kemampuan anak2ku malah aku berbangga dgn mereka... aku juga akan marah jika adik2 terluah ckp sikap anak2 hampir menyamai sikap suamiku yg tak elok... nauzubillah... doaku, anak2ku akan menjadi pertama hidupku selamanya...

syikin:
menulis novel? hmmm... suatu masa dulu, sblm aku bergelar isteri dan tika aku tak sibuk, aku memang gemar menulis tapi sekadar cerita pendek... nantilah, mungkin satu masa nanti kan... terima kasih.


alex lacey:
betul tu, aku percaya ada hikmah di sebalik semua yg berlaku, paling ketara bagiku adalah hikmah aku keguguran tanggal 1 januari lalu...

IV:
memang Puteri dan Putera lah kebahagiaanku kini... aku bersyukur sgt anak2ku itu tak byk kerenah... nakal kanak2 tu biasalah kan... moga aku mampu membesarkan anak2ku menjadi hambaNya yg soleh dan solehah... aminnnn. terima kasih atas pelukan...

ummuhajar:
terima kasih atas doa... aku ingin mak berubah cuma aku bimbang jika tiba2 suamiku berubah... apakah mak akan kembali berubah? aku hanya mampu mendoakan yg terbaik utkku dan anak2.... aminnn

6:00 PM  
Blogger ibuVouge said...

aku..sihat?
take care ya

9:09 AM  

Post a Comment

<< Home