Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Monday, June 05, 2006

Seminggu berlalu….

Telah seminggu aku menjalani hidup tanpa suami di sisi…. walau pada hari pertama kurasa agak sukar menerima hakikat ini namun aku bersyukur, hari-hari seterusnya, bukanlah hari-hari yang meresahkan aku… mungkin kerana kesibukan kerja. Sungguh…. aku agak sibuk minggu lepas mengejar deadline projek yang ditetapkan oleh klien. Malam hari barulah aku sampai ke rumah… bermain dengan Puteri dan Putera, akhirnya terlelap dan seawal pagi, aku dah keluar untuk ke tempat kerja… berbohonglah namanya jika aku tak ingat langsung atau tak fikir langsung tentang apa yang terjadi tetapi…. aku masih mampu mengawal emosi…. setiap kali emosi mula menguasai, aku terus beralih kepada tugasan kerja dan Alhamdulillah…. walau luka ini amat pedih dan perit, kerja-kerjaku tidak terjejas…. Memang sejak dulu, apa sahaja masalah yang aku hadapi, segala masalah itu akan dapat aku kesampingkan apabila aku memulakan tugasan lain….

Telah seminggu suamiku pergi... entah ke mana… langsung aku tak tau khabar beritanya, telefon bimbitnya juga tak dapat dihubungi…. aku hanya mampu doakan agar suamiku selamat walau di mana sahaja beliau berada dan walau apa jua yang dilakukannya. Puteri pernah bertanyakan, di mana Abi? Ku khabarkan, Abi pergi jauh… Puteri cuma membalas… oooooo… syukur, tiada lagi pertanyaan. Aku bimbang jika lebih banyak yang ditanya Puteri, aku sendiri tak mampu memberikan jawapan. Aku perlu berhati-hati ketika menjawab, bimbang tersalah jawapan, aku akan menyesal di belakang hari. Jika dulu, sewaktu suamiku ditahan, ku khabarkan Abinya pergi kerja dan tak boleh balik dalam tempoh masa yang lama…. Puteri mengerti, sesekali bila berpeluang bercakap dengan suamiku di telefon, Puteri sibuk bertanyakan, bila Abinya akan pulang… tetapi kali ini, tiada panggilan telefon, Puteri pula hanya bertanya dua kali…. Putera? Tak pernah bertanya cuma dua malam lepas… tiba-tiba sahaja Putera membuka pintu rumah, bila ku tanya kenapa? Sepatah sahaja jawapan Putera: Abi…!! Pantas aku memeluk Putera dan khabarkan… itu bukan Abi… belum sempat kupanjangkan khabar…. Puteri lantas menyampuk… Abi pergi jauh la Dik… Allah!! Kau saja yang mengetahui hatiku tika itu…

Telah seminggu juga kegelisahan dan duka ini kutanggung… emak dan bapa di kampung masih tidak tahu semua ini…. aku takkan khabarkan walau sepatah…. sampai masanya, mereka akan tahu jugak…. yang penting, bukan dari lidahku. Aku takkan khabarkan, biar semua ini kutanggung sendiri…. biar apa juga yang terpaksa kuhadapi demi menjaga dan membesarkan anak-anakku…. aku redha. Aku takkan merayu simpati sesiapa walaupun emak dan bapa. Kenapa? Kerana masih jelas di telingaku satu kata-kata keramat yang aku takkan lupa hingga ke akhir hayat: Kau ni tak habis-habis menyusahkan orang lain…. Kerana kata-kata itulah, aku mula jadi keras hati…. bukan merajuk tetapi aku marah. Ya, aku memang marah dan amat sedih. Aku tak pernah menyusahkan sesiapa tetapi aku dikatakan sering menyusahkan…. nantilah, satu masa… akan kuluahkan semuanya…

Tak kisahlah semua tu… yang penting sekarang, aku ada Puteri dan Putera. Aku ada kenangan bersama suami yang masih dan tetap kucinta. Moga satu hari, suamiku akan pulang ke pangkuanku dan anak-anak sebagai insan yang lebih baik…

6 Comments:

Blogger Moon® said...

Aku,
Insya allah semoga jodoh kalian panjang & he will return as a better person. Meanwhile you take care.

1:07 PM  
Blogger oren said...

semoga dikurniakan dgn hati yg tabah..take care..

10:52 AM  
Blogger Syikin said...

lebih kurang macam kata2 moon, moga dia pulang sebagai lelaki bermaruah, tahu tanggungjawab as a husb. n bapa.

doa jgn putus agar dia sentiasa teringat tanggungjawab dia yg menanti di rmh.

9:54 PM  
Blogger Jejak said...

semoga terus tabah menghadapi hari-hari mendatang.....

1:21 PM  
Blogger ibuVouge said...

insyaALLAH aku..sbb niat aku buat mcm tu untuk kebaikan dia, insyaALLAH sbb dia masih adik putera dan puteri yg dikongsi dgn aku
jgn sedih tau...lap air mata tu..hug

10:47 AM  
Blogger seorang aku said...

to moon, oren, syikin, ummuhajar dan iv:

terima kasih atas doa kalian....

1:48 PM  

Post a Comment

<< Home