Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Wednesday, June 28, 2006

Surat pertama untuk Abang

Assalamualaikum wbrt.

Moga Abang sentiasa di dalam keadaan sihat dan dipayungi rahmat dan kasih sayang-Nya…. Aminnn….Ana dan anak-anak sihat sahaja, Alhamdulillah.

Abang, ari ni 28hb Jun, ulangtahun kelahiran Bapa yang ke 56. Ana doakan moga Bapa dipanjangkan umur... Abang tau kan betapa Ana berbangga dengan Bapa. Bapa adalah idola Ana. Bapa lah yang mengajar Ana agar sentiasa tabah dan kuat menghadapi ranjau hidup.

Abang, ari ni jugak genap sebulan Abang pergi… Hmmm... baru sebulan yer? Ana rasakan dah lama, seperti hampir setahun. Khamis lepas, Jiman kawan baik Abang menelefon Ana bertanyakan tentang Abang tapi Ana tak cakap Abang kat Sarawak. Jiman terkejut Abang sepi tanpa khabar. Kata Jiman: Dah dua bulan kan Ana? Ana menjawab: Belum laaa... 28hb ni baru cukup sebulan. Eh! Yer ker? Aku rasa cam dah lama...

Itu luahan hati Jiman, seorang kawan. Bayangkanlah Ana, isteri Abang... yang selama ini tinggal bersama Abang, berkongsi segala kegembiraan dan kesusahan.... sungguh! Sebelum Abang pergi, Abang banyak meninggalkan kenangan manis utk Ana kenang setiap hari... mungkin Abang tak suka perkataan ‘pergi’ sebab Ana yang meminta Abang keluar… maafkan Ana, Bang… seperti yang telah Ana ucapkan pagi 28hb Mei ari tu… juga seperti luahan isi hati Ana di dalam surat yang Ana sisipkan di celah-celah pakaian Abang.. (Abang baca tak?), Ana terpaksa lakukan semua ini demi harga sebuah kasih sayang dan demi keharmonian perkahwinan kita...

Sungguh, Bang… Ana masih sayangkan Abang… hingga saat ini, tak pernah ada rasa benci pada Abang… jauh sekali untuk memohon talak daripada Abang… Ana akan tetap setia menunggu kepulangan Abang ke pangkuan Ana dan anak-anak....

Cuma, Ana yang ragu-ragu… Masih sayangkah Abang pada Ana? Masih adakah rindu untuk Ana? Lupakah Abang pada Ana? Pada anak-anak? Sejak Abang keluar, genap sebulan ari ni… Abang tak pernah tanyakan khabar Ana dan anak-anak…. Abang hilang terus…. selepas dua minggu, barulah Ana dapat tau dari Dik Yah, Abang ada di Sarawak.

Lupakah Abang pada Ana? Lupakah Abang pada anak-anak kita? Atau, bencikah Abang pada Ana kerana tindakan Ana ini…. Ana tau camana nak hubungi Abang. Dik Yah ada berikan nombor yang boleh Ana hubungi tapi Ana tak kan hubungi Abang. Bukan kerana benci, bukan kerana ego tapi Ana nak Abang belajar sesuatu. Sebab Ana yakin, jika Ana mencari Abang… Abang akan lupa diri lagi. Abang tak kan belajar…. walau hakikatnya, Ana ingin sekali mengetahui khabar Abang…..

Abang… Ayang makin bijak berkata-kata. Baru-baru ni, Ana terkena apabila tiba-tiba Ayang menegur Ana: Ummi, tak baik cakap gila... Awwoh maghah... Abang ingat kan? Kita ajar Ayang jangan cakap gila, bodoh dan beberapa perkataan lagi yang tak elok.... ari tu, Ana terlepas cakap 'gila' selepas menyaksikan satu aksi di tv.... dan Ana kena tegur dgn Ayang. Ayang pun dah bijak melafazkan cita-citanya. Bila ditanya, Ayang akan jawab: Ayang nak jadi jiniyer (engineer), Adik jadi doktor... semuanya seperti yang kita tanamkan selama ini.

Adik pun dah banyak cakap. Adik dah tak pakai diapers waktu siang hari tau, Bang. Adik dah pandai cakap kalau nak buang air. Cuma, masa mula-mula belajar tak pakai diapers ari tu, pernah gak terkucil tiba-tiba.... kecoh Ayang gelakkan Adik. Sekarang ni, sejak kebelakangan ini, Ayang suka tidur dengan Yuli, pembantu kita tu. Puncanya, ari tu Ana kena stayback kat ofis dan anak-anak tidur dengan Yuli dulu sebab Ana balik lewat, hampir kul 3 pagi baru sampai ke rumah. Yuli memang pandai mengambil hati anak-anak, Alhamdulillah.

Sejak itulah, Ayang nak tidur dengan Yuli tapi ada selang malam, dia tidur dengan Ana jugak. Ikutkan mood Ayang laa... Adik lak, dah pandai mintak peluk. Bila nak tidur jer, seperti tika Abang masih bersama dulu, Ayang akan kiss kedua-dua pipi Ana, pipi Adik juga.... Adik akan buat perkara yang sama dan kemudian Adik akan cakap: Mi, luk dik.... mulanya Ana tak faham, tapi teringat, malam sebelumnya, Ana peluk Adik tika dia baru nak lelap dan Ana cakap: Ummi peluk Adik ya... ooooo, Adik nak mintak peluk.... bila Ana peluk Adik, Adik akan kiss lagi pipi Ana dan ucap: ayang Ummi.... ada saja gelagat mereka berdua yang membahagiakan Ana, Bang.... seperti mereka tau kedukaan hati Ana....hmmmm

Abang, selepas Abang keluar, hanya dua kali Ayang bertanyakan Abang. Ana hanya mengkhabarkan, Abi pergi jauh…. syukur Bang, Ayang tak banyak bertanya lagi. Tetapi beberapa hari selepas itu, tika Ana balik dari kerja, Ayang bertanya: Abi tak ikut Ummi balik ker? Allah saja yang tahu perasaan Ana tika itu, namun Alhamdulillah, Ana mampu menahan semuanya daripada terluah di depan anak-anak, Ana hanya menjawab: Kan Ummi cakap Abi pergi jauh… Ayang hanya membalas: Oooooooo…..

Adik tak pernah tanya cuma hampir seminggu selepas Abang pergi, tiba-tiba Adik membuka pintu. Bila Ana tanya, sepatah jer jawapan Adik: Abi!!! Ana hanya mampu memeluk Adik dan mengkhabarkan, itu bukan Abi…. Ayang pulak mengambil peranan menjelaskan: Abi pergi jauh la Dik…. hanya itu… hanya setakat hari tu…. sejak itu, tak der lagi persoalan daripada Ayang dan Adik…. mungkin mereka mula mengerti apa erti pergi jauh……

Namun Ana tak pernah izinkan anak-anak melupakan Abang…hampir setiap hari Ana mengingatkan mereka tentang Abang… Ana akan soal: Ayang anak siapa? Selalunya Ayang akan jawab: Anak Ummi… tapi Ana dah ajar… anak Ummi dan anak Abi laaaa… dan sekarang, bila ditanyakan anak siapa? Ayang akan menjawab: Anak Ummi dan anak Abi… begitu jugak dengan Adik… Adik juga sudah lancar menyebut nama Abang walau pelat masih ada….

Barang-barang Abang, masih terjaga… Abang ingat tak, sebelum Abang keluar, Abang ada tinggalkan sehelai seluar panjang jeans dan t-shirt yang Abang pakai hari sebelumnya, di tepi anak tangga tingkat atas? Ana tau, Abang tinggalkan untuk dicuci kan? Tapi Bang, sampai ari ni, baju dan seluar tu tak dicuci lagi…. selepas Abang keluar, Ana naik ke tingkat atas dan perasan baju dan seluar tuh… Ana sidai jer elok-elok… Ana ingat pesan orang tua, kalau anak-anak rindu, bagi anak-anak cium pakaian orang tu, akan terubat rindu, insyaAllah… tapi, anak-anak tak pernah rindu hingga mencapai tahap Ana perlu gunakan pakaian Abang tu… hanya Ana… pernah sekali sebelum Ana tau Abang ada di Sarawak, mungkin tika itu Ana terlalu rindu atau mungkin juga Ana rasa serba salah dan risaukan Abang…. Ana peluk baju Abang… hmmmmmm

Abang… 20hb baru ni, Ana ada baca satu kisah sorang kawan, tentang kematian ayahnya… air mata Ana laju jer keluar…. Ana risau Bang… Ana bimbang kalau-kalau anak-anak kita pun tak berkesempatan berjumpa dengan Abang lagi hinggalah ke hujung nyawa Abang…. Ya Allah!! Panjangkanlah umur suamiku… kembalikanlah suamiku ke pangkuanku dan anak-anak sebagai seorang yang berubah menjadi insan yang bertanggungjawab….

Abang, minggu akan datang, 6hb Julai... tarikh temujanji Adik dengan doktor.... Abang ingat? Temujanji sebelum ini, seminggu selepas Abang ditahan di penjara. Tika itu, Ana terpaksa mengheret Ayang dan Adik menaiki komuter dan teksi utk ke HKL. Ana tau, Abang risau... banyak kali Abang sms bertanyakan khabar. Selepas segalanya selesai dan Alhamdulillah, keadaan Adik bertambah baik dan perlu datang semula untuk check up seterusnya bulan Julai, Ana khabarkan semua itu pada Abang... kata Abang: tak per lah, bulan tujuh ni, kita pergi sama-sama... nampaknya, semua kata-kata Abang itu takkan berlaku.... hmmmmmm

Abang… minggu lepas, pihak pejabat Abang telefon Ana bertanyakan tentang Abang… seperti jawapan Ana pada Jiman, Ana hanya jawab: Saya tak tau… dia tak ada hubungi saya langsung sejak keluar ari tu… Mungkin Abang pelik kenapa Ana menipu…. Ana tak menipu Bang, memang sejak dari awal selepas Ana tau daripada Dik Yah, Abang ada di Sarawak… Ana berdoa, jika aku perlu cakapkan perkara yang sebenar kepada pihak tentera, mudahkanlah… dan yang Ana terima petunjuk-Nya, Ana tak perlu sampaikan berita itu… Cukuplah hukuman yang Ana berikan kepada Abang… Allah lebih tau hukuman seterusnya untuk Abang terima daripada pihak tentera….

Tapi Bang, yang merisaukan Ana, camana Abang nak sara diri? Abang masih menggunakan kad pengenalan tentera, tentu sukar untuk Abang memperolehi kerja lain. Ana risau jugak sbb Mejar pernah bagitau, kalau pihak tentera dapat tahan Abang semula, dia akan tahan kad pengenalan awam Abang dan Abang takkan ada kad pengenalan diri… Allahhhh…. Kau lebih tahu segalanya yang terbaik untuk hamba-Mu…..

Abang… tak kisah lah apa kerja Abang… yang penting, Abang ada kesedaran untuk berubah dan Abang berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab… Abang kena pastikan semua tu dan pastikan juga Ana boleh percayai bahawa Abang dah betul-betul berubah… Ana tak mintak harta… Ana tak mintak kekayaan… seperti isi surat Ana, jika Abang telah menjadi ‘orang yang sebenarnya’, kembali lah… Ana akan terima Abang semula…

Namun, sehingga tiba detik itu… bukan bererti Abang tak boleh menjenguk anak-anak… menanyakan khabar anak-anak… Ana dah cakap kan, jangan sampai anak-anak dah besar panjang, baru nak cari anak-anak… tika itu, jika Abang tak diterima, jangan salahkan Ana dan anak-anak….

Oh ya, Bang... Mak, Bapa dan adik-adik yang lain dah tau kisah kita.... Ana tak cerita tapi Ana terpaksa jelaskan dengan ringkas ketika baru-baru ini mereka datang untuk mendaftarkan Bang Chik ke UM, mereka pelik Abang tak ada di rumah. Bapa seperti selalu... tak cakap apa-apa. Mak pula, agak berubah. Jika selalunya Mak akan komen dan marah-marah, tapi kali ini, Mak juga lebih banyak diam. Mungkin masih terkejut.... atau marah mereka disimpan...

Abang tau kan, memang wajar Mak dan Bapa marahkan Abang sebab Abang dah mungkiri janji Abang untuk menjaga Ana dengan baik... cuma Ana doakan, biarlah mereka marah tetapi jangan sampai mereka membenci Abang.... banyak buruknya nanti....

Abang… dah banyak yang Ana ceritakan walau terasa banyak lagi yang ingin Ana luahkan... cukuplah dulu setakat ini… insyaAllah… Ana akan menulis lagi untuk Abang…

Jaga diri elok-elok ya, Bang…. Ketahuilah, Ana masih sayang dan masih ada rindu di hati Ana untuk Abang namun jika benar Abang telah bencikan Ana, hanya satu yang Ana pohon, jangan bencikan anak-anak…. jangan lupakan anak-anak….

Hingga jumpa lagi….

Salam sayang,

Ana

12 Comments:

Blogger Moon® said...

Very touching ... All the best & semoga Ana tabah menghadapi dugaan hidup ini.

3:33 PM  
Blogger Syikin said...

mengalir air mata ni.

paling tak tahan sbb anak2 tu tanya abinya..mesti depa rindu nak tatap wajah abi depa, rasa pelukan abi depa. harap2 sangat abi bukak pintu hati nak call anak2.

aku doa banyak2 minta Allah lembutkan hati abi nak call anak2..insyaallah, lambat laun akan dia call juga. cubalah.tp doa ngan hati yg penuh ikhlas ya.

hehe..tensen hadap tesis, jln2 blog org.

4:29 PM  
Anonymous ummuhajar said...

Sungguh menyentuh perasaan.... Moga terus tabah. Ya Allah!! Satukanlah kembali keluarga ini.

4:53 PM  
Anonymous oren said...

sedih sungguh..

satu Ana kena ingat, ini keputusan Ana, dan Ana jugakla orang yang berhak nak mengubahnya (samada nak cari suami atau terus2 menunggu..)

Kalau rasa sedih, kami member2 blogger sentiasa ada untuk berkongsi cerita..

take care...

10:13 AM  
Anonymous Anonymous said...

take care :) insyaAllah ada jalan penyelesaian tu...

~alinlai~

12:21 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

take care...Semoga problem AKU dapat diselesaikan secara baik...

2:39 PM  
Blogger ibuVouge said...

aku kalau aku rasa huby masih blom berubah..teruskanlah..tapi jgn terlalu lama..Pohonlah pada ALLAH
satu lagi..pasal anak anak..seboleh mungkin jgnla biar tdo dgn org lain.
tapi kaau tak terdaya nak buat mcm mana.Aku dah makin tabah dan matang...
sayang aku dari IV..

10:54 AM  
Blogger PuteriSatu said...

1st time visit blog ni...salam perkenalan..sedihnyer citer nih....dapat rasakan betapa sedihnya time nak tido tu terkenang kan suami ya...
semoga tabah...kebahagiaan pasti menanti...insyaallah...

1:40 PM  
Blogger Mamamanja said...

salam kak
sedih baca entry kali nih!

4:41 PM  
Blogger ayu_mkay said...

SALAM Ummi... sabar, tabah & kuatkan iman.

9:43 AM  
Blogger ayu_mkay said...

Salam 'aku'.. tabahnya menghadapi dugaan itu. harap akan terus tabah & kuat, insyaAllah

12:05 PM  
Blogger seorang aku said...

terima kasih semua... terima kasih atas doa dan kata-kata semangat... aku amat menghargainya....!!

5:17 PM  

Post a Comment

<< Home