Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Tuesday, June 13, 2006

Tenang...

Malam tadi, sukar nak kuceritakan betapa aku rasa tenang dan amat tenteram sekali.... aku perasan, aku tidak lagi rasa resah dan gelisah malah selama tempoh dua minggu selepas aku meminta suamiku keluar daripada rumah, aku bukan sahaja tidak tenang malah saban malam, lenaku hanyut bersama air mata. Aku pernah menyalahkan diriku sendiri kerana pernah kurasakan, aku bersikap keterlaluan... itu jika emosiku tidak terkawal dan akhirnya aku akan menangis sendiri hingga tanpa sedar, aku terlena dan terjaga awal esoknya... begitulah rutin hidupku sejak dua minggu yang lalu.... siangnya aku bergelut dengan kerja, bergembira ceria bersama rakan sekerja dan anak-anakku... malamnya, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Namun, sejak petang semalam, selepas adik iparku mengkhabarkan berita bahawa suamiku kini berada di kampungnya di Sarawak, sungguh.... aku rasa lega, tenang dan tidak ada lagi rasa bersalah. Mungkin kerana sebelum ini, aku risaukan keadaannya, di mana dia tinggal, bagaimana makan dan minumnya walau aku tau, dia cukup dewasa untuk hidup sendiri tapi sebagai isteri dan pernah hidup bersamanya selama 4 tahun... aku tak dapat lari daripada memikirkan tentang dirinya... malam tadi juga, tidurku lena tanpa air mata....Alhamdulillah.

Walau kini kutahu di mana suamiku dan aku tahu bagaimana untuk menghubunginya, biarlah.... aku takkan menghubunginya, mungkin bukan sekarang.... biarlah dia dengan hidupnya... mungkin satu hari nanti, dia akab belajar tentang hakikat hidup dan sedar tentang kesilapannya sebelum ini... moga satu hari nanti, dia akan kembali ke pangkuanku dan anak-anak sebagai orang baru.... aminnnnn

2 Comments:

Blogger Jejak said...

salam. Alhamdulillah. Syukur dia selamat. Alhamdulillah....dia mampu berfikir jalan yang terbaik untuk dirinya. Moga Allah memudahkan segala urusannya. Moga Allah menyatukan kalian semula satu hari nanti........AMIIN

9:44 AM  
Blogger oren said...

dah la tu..toksah dok pikir sangat...just banyakkan doa dan solat tgh malam..insyaAllah, hati akan tenang..I know it, because I had been in that situation too...

9:38 AM  

Post a Comment

<< Home