Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Monday, July 17, 2006

Aku, Mak dan Angah

Ptg jumaat, aku menjemput Bg Chik di UM. Kira-kira 15Km nak sampai ke rumah, aku mintak Bg Chik sms Bapa, tanyakan di mana mereka skrg? Bapa membalas: Dah kat sini… hmmmm.. dah sampai la tuh… berdebar gak aku… Mir dan Angah, ada ke tak?

Sampai depan rumah… aku nampak kereta Bapa ja.. Angah tak datang la kut? Tak kan sampai kejap jer dah keluar pulak? Tapi tak mustahil kan? Alahaiii… resahnya… salam kuberi… tak nampak bayang Mir jugak… aku bersalam dgn Bapa yg sedang bersandar di sofa… usia dah meningkat, perjalanan jauh memang memenatkan…

“Haaaa…. Dah suruh mai, kerap la pulak Mak mai sini…” tiba-tiba Mak muncul di belakang... kat dapur la tadi tuh… Aku hanya tersengih kemudian bersalam: “Tak pa aihh… mai laa… saya lagi suka Mak selalu mai rumah saya…” Itu kata-kata benar … aku ikhlas dan jujur tika melafazkannya.. Mak aku gelak jaa... aku tak lupa berbahasa: “Mir tak ikut ka? Angah awat tak mai sama?”

“Mir memang nak ikut la tadi. Adik hang pun teringin laaa tapi tau ja laaa.. tak menang dgn duit laaaa. Laghat ka semua nak buh pala pak hang belaka?” Hmmmm…. Aku dengar jer, malas nak ckp banyak, kut sendiri jatuh lubang.

Sungguh… aku suka kalau Mak, Bapa dan adik2ku datang ke rumah… datanglahh… tinggallah sampai bila2… tpi jangan Angah atau ada wakil dr pihaknya yg datang… adoiiii…. sakit ati dan kepala aku….

Sebabnya? Sebabnya, kalau tak der bayang atau tempias Angah, Mak ok… ok sangat2… Mak ok dgn aku… ok sgt2.... kami boleh bergelak2... bercerita itu ini, siap Mak tegur badan aku yg makin berisi seolah hepi bila tak der suami... aku sengih jer... tak der saper tau, aku akan byk makan kalau kepalaku serabut... mengunyah makanan sprt aku mengunyah masalahku... hmmm.... bukan saja Mak ok dgn aku malah... Mak nampak apa yg tak kena pada Angah… Mak pernah ckp, dia bukan jenis yg membezakan kasih sayang dgn anak2… bukan macam Tok aku… ya… memang ada sejarah… Mak dipinggirkan oleh Tok (emak Mak aku) sejak kecil dan Tok lebihkan kakak Mak dlm sgl perkara. Mak pernah cerita sambil menangis: Tok lemparkan cawan penakung getah cair ke tengah belakang Mak… masa tu Mak tengah menolong Tok mengutip getah beku… gara-gara semalamnya, Bapa aku meminang Mak dan bukan Mak Njang (kakak Mak aku)…

Mak pernah diperli oleh Tok kerana hidup senang… Mak akui, sejak kawin dgn Bapa, Mak hanya duk rumah, mengemas rumah dan menjaga anak2... Mak tak perlu kerja teruk seperti masa belum kawin: bangun awal pagi menoreh getah… selesai kerja2 menoreh, balik ke rumah sediakan makan tengahari… kakak sulung Mak pula yang mengutip getah beku sbb awal pagi tu, Mak Chaq uruskan adik2 ke sekolah… petangnya Mak turun ke bendang pulak… kata Mak, dia dan kakak2 lain (Mak aku anak ke5 dan semua sblmnya adalah perempuan, anak ke6 hingga ke11 pula lelaki, yg ke10 perempuan yg bongsu) semuanya pernah kerja teruk kecuali Mak Njang… tpi slps kawin dgn Bapa, seorang guru, Mak berpindah ke Pahang… Mak Njang pula, ditakdirkan jodohnya dgn seorang pesawah….terpaksalah berhempas pulas kat sawah pula…

Bukan saja dgn Mak, malah dgn kami, anak2 Mak, nyata sangat Tok memang membezakan kasih… aku ingat lagi, masa aku masih di sekolah rendah, thn 1984… kami balik ke rumah Tok barhari raya… masa tu, maruku dlm pinggan dah abis… Mak Cik (adik Mak yg no.10 ambil pinggan nak isi semula, kebetulan aku mengikut ke dapur utk mengambil air masak utk adikku… terdengar Tok marahkan Mak Cik… tok sah dah tambah dah laaaa… habaq abis dah… kalau depa tu mai, memang tak pernah cukup…” aku takkan lupa ayat2 itu.. sampai skrg tpi semuanya aku simpan… aku berpatah balik, ckp kat adik2… makan apa yg ada dah la… sat gi balik, kita makan lain kat rumah… adik2 mendengar kata, alhamdulillah… tak lama, anak2 Mak Njang sampai… Tok keluarkan dua pinggan besar maruku… adik2 hanya memandang… cepat saja aku ajak adik2 keluar bermain di luar… ya lah, kami ramai masa tu… anak2 Mak Njang, hanya berdua…cucu kesayangan lak tuh….

Sejak itu, aku dah malas nak balik ke rumah Tok… tpi Mak aku tau keadaan yg berlaku… setiap kali balik, Mak dan Bapa akan bawak sekali beras, gula, ikan dan sayur…. Tak pernah lak aku nampak adik beradik yg lain buat cam tuh… bila adik2 makin besar, mereka makin mengerti… aku ingat lagi… kenduri kawin Pak Tam, tika itu aku darjah 5… semua org dpt bekalan lauk kenduri… sbb memang banyak… dlm perjalanan balik ke rmh, Mak berkira2, sampai sat gi, kita masak nasik ja la sbb dah ada lauk Tok bagi tadi… aku angguk jaaa.. tpi sampai di rumah, terkejut aku… yg ada hanyalah kuah kari… kuah semata2 kuah… sdgkan tadi, aku nampak dgn jelas, beberapa ketul ayam dimasukkan ke bekas Mak Njang… aku tunjukkan pada Mak… Mak hanya menangis… aku tau perasaan Mak… tpi apa daya ku…

Tika kenduri kawin Mak Cik… aku dah di sekolah menengah… dah besar… hari tu, aku ada kelas tambahan sbb thn tu, aku akan menduduki SRP…. so, ptg kenduri kami balik ke rumah Tok, awal pagi esoknya, Bapa antarkan aku ke stesyen bas SP… aku naik bas ke sekolah… slps kelas, aku balik semula ke SP… malam slps kenduri… Tok hulurkan bekas berisi lauk2 kenduri pd aku… aku segera teringat kes 5 thn lepas… huluran Tok aku tak sambut… aku cuma ckp… tak pa lah Tok, tak yah bagi apa2 laaa… Bapa ngan Mak laghat lagi bela kami adik beradik…. Terus aku beredar… tapi sempat aku tengok, muka Tok berubah, terkejut besar kut..

Hanya slps aku berjaya masuk ke U, cucu Tok yg ke 12 tetapi cucu malah generasi pertama dlm keturunan itu yg berjaya melanjutkan pelajaran ke U… Tok mula baik dgn aku… rapat dgn aku… bila dah kerja ni… lagi la, suka sgt kalau boleh dtg ke rumah aku malah adik2 Mak suka bertandang ke rumah aku… aku lak, layan elok ja sbb Mak pernah ckp… Mak tak pernah ajar anak2 Mak jadi kurang ajar…

Sejarah Mak aku ingat sampai ke hari ni… mgkin sbb tu Mak jadi cam tu… kalau antara aku dan Angah, Mak pilih Angah sbb Angah adik… Mak mgkin tak nak Angah rasa apa yg dia rasa… tpi kalau Angah tak der… Mak ok… Mak boleh bertindak waras… cam malam baru ni, Mak bising2 kat aku, Angah dan suaminya merajuk gara2 Mak tak izinkan Angah pinjam Astro yg ada kat rumah… aku diam ja… malas nak nyampuk.

Mak cerita pasal semua brg2 berharga dlm rumah kena sembunyi dan simpan kat tempat berkunci… aku diam jugak… aku memang dah tau dr awal perangai adik aku sorang tuh… nama ja Ustazah tpi panjang tangan… setakat ni, setau aku, harta Mak dan Bapa ja la diambilnya, mgkin dia ingat, dia bukan mencuri tpi mengambil harta Mak dan Bapa sendiri…

Ntah la… camana leh jadi cam tuh? Seingat aku, sejak kecil lagi… dulu Mak ada buat jualan ais krim Malaysia… duit jualan tu Mak simpan dlm bekas atas peti ais tu… aku pernah nampak Angah amik duit tu, bila aku ckp kat Mak, Mak diam… tak lama, Mak bgtau aku, dia berjaya perangkap Angah…

Angah juga anak yg paling teruk dipukul oleh Bapa… dipukul 3 kali dgn dahan pokok cenderai… gara2 Angah keluar sejak pagi pergi ke rumah kawan tanpa bgtau Mak dan Bapa dan balik lewat ptg… sdg Mak dah mula nangis tak lalu makan, Bapa dah kecoh mintak tolong kawan2 carikan…. nak report polis tapi tak cukup 24 jam… itulah pertama kali Bapa bertindak keras… biasanya Bapa akan tinggikan suara saja dan kami semua akan kecut… malam tu, Angah kena pukul teruk… Bapa marah2… kami semua diam tpi aku menangis... menangis mendengar bunyi pukulan dahan cenderai ke tubuh Angah… slps Bapa turun ke tingkat bawah, aku cepat2 naik mendapatkan Angah… aku nampak Angah melihat betisnya yg bercalar…. panjang… merah… di lengan pun ada… aku ambil minyak, tolong Angah sapukan… sambil menangis bebelkan sikap Angah… tpi Angah diam… bukan saja diam, air mata pun tak keluar… kerasnya hati Angah…

Nyata… memang betul Angah keras hati… sebab tu Angah sanggup buat macam2 kat Mak dan Bapa… memberontak tak dapat kawin… menipu duit Mak dan Bapa malah mencuri duit dan barang kemas Mak… Mak pernah telefon aku, rantai emas Mak, yg Mak beli dgn duit mas kawin Mak dulu, dicampur dgn duit yg Bapa bagi utk Mak simpan setiap bulan… hilang… bila Mak menengok dgn seseorang, org tu ckp, org dlm rumah jgk yg ambil… tpi Mak tak der bukti… tpi tak lama, adik bongsu aku nampak, Angah masuk bilik Mak tika Mak dan Bapa keluar solat berjemaah… mengesyaki sesuatu, adik aku mengikut masuk ke bilik… Angah sdg memegang satu kotak yg Mak gunakan utk simpan barang2 kemas dan duit… bila Adik tanya, Angah ckp tengok2 jaaa…. Tak lama, Angah terus keluar dan balik ke rumah Angah, tak tunggu dah Mak dan Bapa balik dr surau..

Bila Mak sampai, Adik cerita apa yg berlaku kat Mak… segera mak periksa bekas tadi… tak lama Mak menjerit… Ya Allah…. anak akuuuu…. kata Adik yg menelefon aku slps itu, dua urat gelang tangan Mak hilang dan duit rm200 juga hilang… sdgkan Mak pasti, semuanya ada sblm Mak pergi ke surau…. Mak tak cerita pada aku semua tu dulu…. cuma lps Angah menipu Bapa pasal kereta, baru Mak bgtau aku…

Mak marah dgn sikap Angah… aku tau Mak marah… malangnya Mak tak boleh nak marah Angah… malah, ada kalanya, marah Mak yg tak terlepas pada Angah, Mak lpskan kat aku… Bapa pula, tegas dlm mendidik anak2…. Tpi masa kami kecil jer… bila Angah dah besar… Bapa juga tak boleh nak marah Angah… pelik… itu yg kami pelik…

Tpi Aiza pernah ckp… dia yakin Angah dah guna-gunakan Mak dan Bapa… alasan Aiza, Angah sendiri berterus terang, dia guna-gunakan suaminya spy suaminya ikut sgl katanya… Angah jua pernah mengaku kat Mak, dia guna-gunakan suaminya… aku percaya sbb aku tau, Angah memang gila bomoh…. sikit2 bomoh… anak tak sihat cari bomoh... nak pi interview cari bomoh… masa cinta pertamanya terhalang dulu, Angah ajak aku temankan dia pergi rumah bomoh, nak buat bakal mertua sukakan Angah… Angah sanggup keluarkan rm250 hanya utk satu jag air telaga yg dijampi serapah ntah apa2… aku pernah menegur tpi Angah tetap Angah… pernah jampi serapah tak berjaya tpi Angah cari bomoh lain pulak… kalau lah Angah cam tu… tak mustahil betul telahan Aiza….

Hmmmm… betul atau tidak…. aku yg jadi mangsa… tpi nak kata apa lagi… aku anak… anak tak boleh menderhaka… mgkin betul kata sahabatku S: bila aku dah mati, mgkin Mak akan sedar sendiri…

Hingga detik itu… ya Allah… kurniakan aku kekuatan dan ketabahan… ampunkan dosa-dosa saya Mak… saya tak berniat utk memburuk2kan Mak… hanya ini caranya utk saya luahkan kegelisahan dan duka hati… menjauhkan diri dari tekanan perasaan kerana saya perlu hidup waras… demi Puteri dan Putera.. permata hati saya…

11 Comments:

Anonymous ummuhajar said...

salam......

Semoga AKU berhati-hati dengan angah. Percayalah...... kebenaran tetap akan tiba, walaupun penuh kepahitan yang menimpa.... Doaku moga AKU terus tabah hadapi semua ini dengan redha. Allah bersama hambaNya yang sabar...dugaan datang sebagai ujian untuk hamba yang dikasihi.

3:26 PM  
Blogger Moon® said...

Ana,
Cam kata ummuhajar berhati2 dengan Angah, tak mustahil dia akan mandrem Ana jugak. Apa pun ujian yang menimpa harapnya tabah & tawakal menghadapi kehidupan ini.

Jika bersedih ingatlah putera & puteri yang selalu memberikan cahaya untuk Ana. Take Care..

4:57 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

Salam...MR nak balas kunjungan ni...Sebenar hidup AKU ni penuh ngan cabaran dan dugaan..Tapi apa yan MR boleh nasihatkan bersabar dengan rintangan yg mendatang...suatu hari kesabaran mengharungi rintangan itu pasti akan terbalas dengan kebahagiaan!!

MR lega bila dapat tau hubby aku dah mula contact aku & anak2..Semoga Hubby Aku berubah!!

Allah pasti menolong Hamba-Nya yang sabar!!

5:09 PM  
Blogger Syikin said...

hmm...

jgn putus doa mak akan sentiasa menyayangi aku n anak2 aku.

11:31 PM  
Blogger ayu_mkay said...

mmg byk dugaan aku hingga ayuMK sendiri terfikir "kuatkah aku jika aku berada di tmpt nya". syukur hubby aku dah mula menghubungi aku.

8:25 AM  
Blogger cuaca said...

sabar, berdoa dan terus usaha...

3:46 PM  
Blogger lempoyak said...

bersabar lah berbanyak.. hidup ini penuh dgn dugaan dan rintangan.

4:16 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Moga AKU tabah dlm menjalani kehidupan. Sama2 kita doakan.

8:24 AM  
Blogger Kak Lady said...

SA...apa-apa pun ornag kata Mak tetap Mak...kita yang jadi anak kena banyak bersabar...kene telan aje apa yang berlaku....kerenah orang keliling kita...memang kadang menuntut lebih kesabaran...lebih2 lagi kalau sedara...& kata-kata yang menghiris hati...kadang2 boleh kita maafkan..tapi tak boleh kita lupakan...parutnya tetap ada...dan kita akan ingat setiap patah perkataan itu....cuma kita tak mampu berdendam....

3:11 PM  
Blogger Mamamanja said...

salam kak...

xtau nak komen apa.cuma mm bersimpati ngan nasib akak

2:52 PM  
Blogger ibuVouge said...

aku sihat..lama selepas IV baca aku tak update , risau jugak
take care ya

10:17 AM  

Post a Comment

<< Home