Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Tuesday, July 25, 2006

Pasrah

Sedang sibuk menyiapkan storyboard projek terkini, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, nada isyarat ada sms baru. Hmmm, saper pulak… aku dah ler kalut ni, esok nak kena pi Bangsar lak… aku capai hp, press unlock dan baca sms… rupa-rupanya adik angkatku dah bersalin 23hb baru ni… baru aku teringat… kalau lah aku tak gugur tanggal 1 Januari ari tu, aku dijangka akan melahirkan anak ke3 dalam minggu inilah… Allah Maha Kuasa, segalanya dgn kehendakNya dan seperti yg selalu aku yakinkan diriku… setiap yg berlaku, pasti ada hikmahnya….

Cuma, ketika aku keguguran, rasa sedih tetap ada… sedih kerana aku dah mula menyayangi si kecil yg bakal menjadi cahaya mata ke3 ku…. walau hakikat sebenarnya, tika mula-mula mengetahui aku mengandung lagi… aku takut… sungguh aku tak mau mengandung lagi… bukan kerana aku susah nak melahirkan, malah aku bersyukur, Allah mudahkan aku bersalinkan kedua-dua anak2ku… cuma yg aku takut, aku tak tau bagaimana aku nak curahkan kasih sayangku kpd anakku itu, pelik kan? Skrg aku dah ada Puteri dan Putera, cukuplah sepasang, aku sayang Puteri sbg anak perempuanku dan aku sayang Putera sbg anak lelakiku.

Sebenarnya, aku bimbang, aku akan mengulangi sikap Mak… antara aku dan Angah, terdapat perbezaan kasih yg kurasa agak ketara, dgn adik2 yg lain… aku tak rasa sgt mgkin sbb adik2 ku yg lain tu lebih rapat dgn ku dan yg pasti, mereka susah nak ngam dgn Angah…

Sejak kecik, Angah memang akan menang walaupun Angah yg bersalah…. Dah penat aku nak fikirkan kisah2 lama… lagipun segalanya dah pernah kuluahkan menerusi diari ku ini… cuma yg aku tak sangka… sungguh aku tak sangka…. kenapa tika aku menjengah usia lebih 30 tahun…. aku masih dilayan sama seperti tika aku masih kanak-kanak? Paling aku takkan lupa, punca aku keguguran anak ke3 ialah Mak…

2 Disember, ulangtahun kelahiranku yg ke 31… tika itu Mak dan Bapa ada di Medan... Bapa mengikuti rombongan sekolah, sudah pasti Mak dibawa sekali… awal pagi 2 Disember, aku meng’sms’ Bapa, bukan menagih ucapan selamat tetapi memang niatku utk mengkhabarkan berita bakal cucu mereka yg ke 6 itu, pada hari kelahiranku… tika itu pun, kandungan hampir 8 mgu… “A’kum. Bapa! Mak! 31 thn yg lalu, Bapa n Mak menerima cahayamata pertama dan insyaAllah, Julai 2006 nanti, Bapa n Mak akan menerima cucunda ke6 pula…”

Tak lama, aku menerima balasan sms dr Bapa: W’salam. Selamat ulangtahun kelahiran. Mak dan Bapa tgh berkemas dah nak balik ni…

Aku membalas: Terima kasih. Semoga selamat di dalam perjalanan nanti

Seminggu slps itu, aku dpt tau, Bapa, Mak dan adik2 bercuti ke Cameron Highlands, ke rumah adikku yg ke3. Aku tau pun bila Mak Cik, adik perempuan Mak dtg ke rumahku, menumpang tidur kerana Pak Cik ada urusan yg perlu diuruskan di KL. Tak mengapalah, mungkin selepas ini mereka akan ke rumah aku pula. Dah lama jugak Mak dan Bapa tak ke rumah aku. Namun, selepas seminggu, langsung tak der khabar. Aku hanya dapat tau dari Aiza, Mak dan Bapa dah kembali ke kampung. Tak mengapalah.

Aku hubungi Mak, saja nak tanya khabar, sejak Mak dan Bapa balik dari Medan, aku langsung tak bercakap dengan Mak. Lepas aku tanyakan khabar, Mak terus menyoal tentang kereta aku… kereta aku mengalami kemalangan seminggu sebelum Aidil Fitri. Dah lah orang lain yang pandu. Aku pun tak pandai sangat pasal kereta. Suami aku pun mgkin dah pening masa tu, mengikut saja orang buat report pada polis. Sudahnya, kami tak dapat nak claim insurans. Dah ler kalut nak raya. Masa tu, aku try jugak mintak hutang dgn Mak, banyak nak kena baiki, mau RM2500 gak… tapi aku cuma mintak RM500, utk pendahuluan supaya mekanik dpt baiki kereta tu segera sbb raya dah dekat… sprti sblmnya, gagal jugak… Tak der pilihan…. aku dan suami amik keputusan, menjual kereta tersebut… kawanku seorang peguam yg uruskan segala dokumen…

Dan setelah lama tidak bersembang dgn Mak, Mak tanyakan tentang kereta tuh… berapa jumlah yg aku dpt dr jualan… kalau boleh tu, nak mintak sikit duit tuh… ya Allah…. aku langsung tak tengok duit jualan tuh… keretaku baru setahun, duit jualan ngam2 utk bayar hutang bank... sedih… sakit hati pun ada… bayangkan, tanpa tanyakan khabar aku dan anak-anak, atau tanyakan tentang kandungan aku…. Mak hanya tanya tentang duit jualan kereta… nak menangis sgt masa tuh… aku hanya ckp: Saya pun tak pegang langsung duit tuh… kereta tu bukan kereta saya, kereta bank… jual pun, byr kat bank laaa… ok lah Mak, prepaid dah nak abis ni.. kirim salam kat semua… aku segera matikan talian… sedih… sedih sgt2… Dia yg ketahui segalanya…

Tidak lama kemudian, aku dpt tau dari Aiza… mak, Bapa dan adik-adik pergi sekali lagi ke Cameron… tak per lah… biarkan jer lah… tak sudi ke rumah aku pun tak per… tak abis beras dan gula aku… itu jer cara aku nak sedapkan hati sendiri… hampir seminggu jugak di Cameron… aku tak tanyakan khabar, aku tau dari Aiza…

25hb Dis… Aiza bgtau, dia nak pergi Cameron jugak… sebab esoknya tuh, Mak, Bapa dan adik-adik akan balik semula ke Kedah… aku cuma bls.. pergi laaaa…

27hb Dis… Aiza sms ceritakan seronok sgt dpt kumpul ramai2 kat Cameron… aku membalas: Tak per lah, saper lah Along nak join semua tuh. Along pun tak rasa cam ada adik beradik. Ntah2 Along bkn dari kalangan adik beradik kita. Ya lah, rumah Abang nak ja mak dan Bapa pi lama2. Rumah Along, tak jenguk pun. Pi Cameron pun tak bgtau, klau Mak Cik tak ckp, Along pun tak tau. Mak pun, tak tanya langsung khabar Along ngandung kali ni.. Along tepon ari tu pun, tanya psl kereta. Tak per lah… saper lah Along kan…

Itu luahan aku… sungguh… aku sedih.. hati aku pedih… aku nak ada yg tau isi hati aku yg dah lama luka… Aiza tak bls… tak per lah, aku tak kisah, yg penting, aku dah luahkan…

28hb Dis… jam hampir 9 mlm… telefon bimbitku berbunyi… aku tgh makan… kucapai hp, nama Ayahbonda tertera… panggilan dari rumah kampung… ku press answer:

Hello! Assalamualaikum…

Waalaikumussalam… duk buat apa tuh?

Baru jer sampai balik… tgh makan nasi ni… mai la makan sekali…

Tak pa lah… makan dulu… sat gi Mak telefon lain…

Hmmmm… pelik, apasal lak? Suamiku yang baru turun bertanya, siapa yang menelefon? Aku cuma jawab sepatah: Mak…! Suamiku diam… siapkan barangnya, bersedia untuk keluar memancing, dah janji dgn kawannya nak memancing di Batang Berjuntai… aku tak kisah… pergi la, dapat gak lauk free…

Hampir setengah jam, aku pun dah selesai makan… Puteri dan Putera sdg asyik bermain… hp ku berbunyi. Betul.. panggilan daripada Mak.

Hello! Mak..

Haa… makan dah?

Dah.. awatnya?

Ni… Mak nak tanya ni… apa yg hang tak puas hati dgn Mak?

Haaa? Awat pulak?

Hang habaq mai… apa yg hang tak puas hati dgn Mak… Aiza antaq mai sini mesej yg hang antaq tu… awat yg hang tulis lagu tuh?

Aku diam. Tak sangka lak Aiza fwd sms aku tuh ke kampung… hmmmmm

Hang habaq mai sini… apa yg hang tak puas hati?

Sat gi saya habaq, Mak maghah pulak…

Dak… aku tak maghah.. hang habaq mai sini…

Ok.. cam ni… saya sedih la sbb Mak langsung tak tanya pasai saya ngandung…

Awat? Hang sihat ja kan?

Ya lah.. saya sihat laa… saya sedih sbb Mak tak tanya khabaq saya, tau2 tanya pasai kereta…

Aku mana tau duit tu hang tak dapat… kalau aku tau, aku tak tanya dah… awat? Pasai tu ja dah kata tak dak adik beradik?

Bukan pasai tu la… Mak diam sat, saya nak habaq, tadi Mak sughuh saya habaq…

Haaa… aku diam, habaq mai sini…

Saya sedih laa… kalau saya, semua tak kena… Mak lebihkan Angah…

Bila masa aku lebihkan Angah?

Byk kali Mak… masa Angah bertubang, Mak sanggup tipu org kg habaq saya yg bertunang sbb nak jaga ayaq muka Angah…

Hang pemohong… tok sah duk mohong mai sini…

Suara Mak tinggi… keras… aku dah mula menangis…

Saya tak mohong… saya tak tipu… Mak tanya Aiza sendiri, dia yg habaq kat saya… tak pa lah… tu kisah lama… ari tu, saya nak hutang rm500 utk baiki kereta, tak dapat pun… Angah tu, mintak bila2 pun mesti dapat…

Hang jgn nak bohong mai sini… hang tu yg bohong sebenaqnya… hang tengok laaa… hang tu nak beranak lepaih ni…. hang tengok la susahnya hang nak beranak nanti… dah… tok sah duk amik tau hal aku lagi dah…. aku wasiat kat anak2 aku, kalau aku mati pun, jgn habaq kat hang…

Terus Mak matikan talian… aku terkejut… terkejut sgt2 dgn kata2 Mak… dan aku terus menangis… Puteri melihat aku menangis, terus memeluk aku… menangis sama… Putera juga… aku terpaksa memujuk anak2ku dgn memujuk diriku sendiri… sabarrr

Aku ajak Puteri dan Putera ke bilik… perlahan2 aku dodoikan anak2ku… dlm kegelapan bilik, aku masih menangis… mengenangkan kata2 Mak… sampainya hati Mak mengeluarkan kata2 begitu… suami balik hampir kul 1 pagi… terkejut melihat aku belum tidur dan mataku bengkak… namun, soalannya aku biarkan tanpa jawapan… aku takkan ceritakan… aku tak mau suamiku marah atau hilang hormat pada Mak… cukuplah segala adegan tidak diingini yg tak dapat aku sembunyikan drpd pengetahuan suamiku ketika aku di dalam tempoh berpantangkan Puteri dan Putera dulu…

30hb Dis… aku kerja... final delivery projek untuk klien… tpi aku mintak dari Project Manager utk balik awal… sampai di rumah hampir kul 4.30pm.. terasa nak buang air… segera aku ke bilik air… ada titik2 darah… apa ni…? Agaknya gegar sikit kut… dan titik2 darah itu pasti ada setiap kali aku buang air kecil dan sejak petang itu membawa ke malam, kerap pulak aku nak buang air kecil…

31hb Dis… aku buat kerja rumah cam biasa… tpi aku masih kerap buang air kecil… rasa tak sedap hati… aku sms sahabat baikku, S… tak lama S telefon, bgtau itu simptom keguguran… terkejut gak aku… teringat kembali, sejak Mak marah2 baru ni… aku sering berdoa, jika betullah aku akan susah utk bersalin nanti, aku rela kandunganku gugur… sungguh… aku takut sgt2… aku dikurniakan Allah, mudah ketika melahirkan Puteri dan Putera… aku tak nak, kerana kata2 Mak, aku akan mengalami kesusahan utk bersalin kali ke3…

Hampir Zohor, suami bersedia dgn barang2 utk pergi memancing… aku melarang.. bimbang kalau betul aku akan keguguran… suamiku mendengar kata… peliknya, masa tu, aku tak rasa apa2 kesakitan… aku hanya melihat suamiku melayan Puteri dan Putera bermain… tika azan Asar berkumandang dari surau… aku mula rasa sakit… yaaa… sakit seperti nak bersalin…


Allah… Kau saja yang tahu… suamiku dah gelisah… aku pulak, setiap kali rasa sakit, aku akan ke bilik air… setiap kali ke bilik air… aku akan duduk mencangkung… meneran sehabis tenaga… setiap kali meneran, akan ada ketul2 darah keluar… bila keluar ketul darah, sakit akan ilang… tak lama datang lagi, aku ke blik air lagi.. meneran lagi dan ketul darah keluar lagi… begitulah beberapa kali…

Suamiku dah kecoh… bimbang dgn keadaan aku… aku pulak, memang dah nak nangis… masa tu Putera rapat sgt dgn aku… slps aku keluar dari blik air dan duduk di sofa, Putera akan menerpa ke arahku… kemudian memeluk aku dan kembali bermain… ya Allah… apakah ini tanda penghujung hayat aku… teringat cerita dari S tentang sorang senior kami: meninggal gara-gara pendarahan slps keguguran… ya Allah… panjangkanlah umurku… berikan aku peluang utk mendidik dan mengasuh anak2ku sendiri…

Hampir 1 jam, keadaan itu berulang… suami dah bising suruh aku telefon Aiza… aku tak nak… aku ok jaa… sbnrnya, aku tak nak susahkan adik aku…. nanti Mak marah aku lagi… nak kacau jiran, lagi lah… hari2 minggu cam tu, esok lak cuti, saper nak ada kat rumah… byk kali aku berdegil, akhirnya suamiku marah… aku faham, dia marah sbb risaukan aku… suamiku capai hp, telefon Aiza… tak lama, serahkan hp kpdku: Aiza… tlg mai sini sat… Along guguq… Ya Allah… nyata Aiza terkejut… ok.. Along tunggu naaa, nanti Aiza sampai…

Masa tu, jam hampir kul 6 ptg… aku masih berulang alik ke bilik air… meneran… kuk 6.30, Aiza belum sampai… suamiku dah tak senang duduk… kejap ke luar, kejap duduk, kejap bangun menjenguk tingkap…. mulut dia bising: Pi mana la budak ni? Apasal lambat sgt?

Aku hanya diam… 6.45pm… terasa sakit sgt2… aku segera ke bilik air, duduk di kat mangkuk toilet… aku teran sepuas hati… sambil air mata mengalir laju… masa ni lah, aku rasa cam ada ketulan besar keluar… dan slps itu, aku dah tak rasa sakit lagi… tika Aiza sampai hampir kul 7… aku dah tak rasa sakit… Aiza dtg bersama pak we nya… pak we Aiza yg drive utk kami ke HS… siap pasang lampu kecemasan… tpi aku larang… tak yah kalut2… Along ok dahh… sungguh…. aku langsung tak rasa apa2 dah…

Hampir setengah jam… kami sampai di HS… hasil pemeriksaan, sungguh… complete miscarriage…. bila aku ceritakan pada doktor… beliau hanya menggeleng…. Aku ditahan di wad pd malam tu… aku sms S, Z dan Project Manager ceritakan keadaanku… aku dapat MC seminggu… pada Aiza, aku pesan, jangan bgtau Mak atau saper2 pasal ni… Aiza berjanji… memandangkan esoknya tak der saper yg boleh jaga anak2ku dan suamiku perlu ke kem utk mengambil surat jaminan utk byrn bil hospital… aku benarkan Aiza hubungi Ina.. Ina juga terkejut… pada Ina pun aku pesan, jgn bgtau saper2… dan ketika keluar dr HS… suamiku, Aiza, Ina dan pak we Aiza masih pelik… camana aku boleh gugur?

Masing2 buat telahan, sbb aku menunggang motor… aku nafikan… sbb masa ngandungkan Puteri dan Putera pun, aku menunggang motor… lagi la mereka semua pelik…. Aku? Diam jerr… dan raya Aidil Adha bulan tu, aku tak balik… alasan, tak der cuti… tpi Ina terlepas ckp, tanyakan Mak: tau kan Along gugur? Terkejut besar Mak aku…. Aiza yg citer semua tuh… kata Aiza, dia tlg jelaskan, mgkin Along lupa nak bgtau atau tak nak Mak risau…

Apa2 lah… aku kotakan janjiku… aku tak bgtau Mak langsung… sampai lah Mak dtg sendiri ke rumah aku masa nak daftarkan adik bongsu ke Melaka, Mac baru2 ni… dan hari ni, aku nampak… betullah setiap yg berlaku itu ada hikmahnya….

7 Comments:

Anonymous ummuhajar said...

salam AKU...
Dah lama tunggu entry ni... akhirnya terjawab jugak persoalan yang sentiasa bermain di fikiran selama ini....

Moga terus tabah, sabar, ikhlas dan redha..... kekadang kita tak mampu memikirkan hikmah di sebalik apa yang berlaku... tapi yakinlah: ALLAH TIDAK MENJADIKANNYA SIA-SIA... semua rasul kita diuji dengan ujian yang berat, walaupun mereka adalah kekasih Allah... kita?????

6:22 PM  
Blogger ayu_mkay said...

Salam AKU... mmg sedih bila menghadapi saat2 keguguran tapi bykkan sabar krn setipa apa yg berlaku pasti ada hikmahNYA... moga AKU terus 'kuat'... :)

11:31 AM  
Blogger ibuVouge said...

aku peluk aku kuat kuat..muah..
aku sabar la ye..

IV tau aku mmg kuat..ada will power..
terharu membacanya

dari semalam IV nak baca tapi tak sempat..rupanya ada yg penting nak di ceritakan..

xpela aku, insya ALLAH aku boleh bahagi kasih sayang dgn adil, doalah selalu..

3:25 PM  
Blogger Mamamanja said...

salam kak...

cam biasa xtau nak komen apa..
cuma sekadar memberi sokongan dr belakang sebagai seorang teman

5:33 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

sedihnya...AKU InsyaAllah pasti suatu hari ada sinar kebahagiaan utk AKU..Sabar ok!!!

12:36 PM  
Blogger alinlai said...

sabar OK :) **tak tau nak komen apa**

2:14 PM  
Blogger Mahadi Sibon said...

aku... banyak2 bersabar, insyaallah semoga aku mendapat ketenangan dan kasih sayang yang dicari.. melayan ibu memerlukan kesabaran yang tinggi, semoga aku diberi ketabahan oleh Allah.

9:12 PM  

Post a Comment

<< Home