Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Friday, July 14, 2006

Risau

Ptg semalam, aku dapat tau dari Aiza, Mak, Bapa dan dua adik aku akan dtg lagi ke rumah aku ari ni… esok adikku yg ke6 (Bg Ngah- anak lelaki ke2-asben Angah kami tak panggil Bg Ngah sbb adik2 aku kata tak best... asben aku lak dipanggil Bg Long sbb anak lelaki pertama dipanggil Abang jer) ada interview kerja area daerah aku tinggal tu jugak… tak per lah, aku memang suka kalau Mak, Bapa dan adik-adik aku ada… meriah ja rumah aku… cuma yg buat aku risau, kalau2 Angah ikut sama… sbb kali ni, Bapa drive sendiri…. tak mustahil Angah pun ikut, drive kereta dia sendiri.... isyyy, sungguh aku tak dapat bayangkan, camana aku nak berdepan dgn Angah..

Ya, aku akui… aku dah mula benci Angah… jika dulu, aku dpt bersabar dgn kerenah Angah… yg betul2 mengambil kesempatan hingga Mak membelakangkan aku… tpi tidak lagi kini… aku dah mula naik hantu dgn Angah… sms yg Angah antar, tak pernah aku layan… 2 hari lps, Angah tepon aku bertanyakan resepi makaroni goreng dan spagheti… actually ptg Mak dan Bapa nak balik ke Kedah ari Ahad ari tu, aku masak semua tu utk makan malam dan bekal di dalam perjalanan, atas keretapi kan lama, elok jugak dibawa bekalan kalau2 lapar… aku ckp gitu2 jer… malas tul nak layan… sejak kes kad kredit dulu la, dia yg lebih2, menyibuk marah2kan aku… macam la dia tak pernah susahkan Mak dan Bapa… wal hal, dialah yg paling mengacau idup Mak dan Bapa aku… tak bagi kawin, ngamuk2… lempar2 kunci kereta, hempas2 kaki ke anak tangga… perli2 Bapa yg penat balik dr kerja sbb lambat uruskan hal kawin dia… merengek2 mintak Mak tlg byrkan ansuran kereta... belikan komputer... minta duit ribu riban tpi selalu jer dapat... aku mintak utang seratus, kena maki ada la.... adoiii… macam2 lagi kerenah Angah… semua ni, Aiza, Ina malah Mak aku sendiri yg ckp kat aku…. tpi itu lah, peliknya… kalau Angah… buatlah apa pun, dia masih betul... dia masih menang…

Cam baru ni, Mak dan Bapa aku sampai sini 29hb… nak uruskan borang biasiswa Bg Chik, plannya nak balik ke Kedah semula laa… aku menghalang… ye lah, Bapa dah pencen, duduk la lama2 sikit kat rumah aku… Bapa aku ok jer… kata Mak aku pun, seronok tengok selera Bapa aku sejak duduk kat rumah aku… kalau dulu, nak bertambah pun susah, kalau tambah pun, sikit ja… tpi kat rumah aku… paling sikit, 2 pinggan penuh…. Syukur… nyata Bapa aku senang duduk kat rumah aku….

Bila Mak dan Bapa lama sikit kat rumah aku, adik2 aku yg ada di kg, Bg Ngah dan Ina, kedua2nya sdg mencari kerja… nak ikut sekali. Aku ok jerrr…. Tpi terus jadi tak ok bila tiba2 jer, ari senin tu, dpt sms Angah… dia pos anak sulung dia, lelaki, tua 2 bulan dari Puteri.. ikut sekali… hmmmmm. Aku tak balas tpi aku call Bg Ngah, pesan kat Bg Ngah, masa nak amik Mir (anak Angah), periksa kelengkapan Mir dulu… pastikan lengkap dgn susu dan diapers… sbbnya, dah byk kali Mir dtg ke rumah aku… selalunya mengikut Mak dan Bapa aku dan baru sekali jer, Angah turut serta… Angah tak pernah berikan bekalan yg cukup… sekadar memberi baju2 Mir sahaja… susu dan diapers… jgn harap laa.. masa dtg sekali dgn Angah pun, Angah gunakan diapers saiz S utk Mir… Mir tu dah 3 thn lebih… walaupun pakai utk tidur mlm hari… mustahil la selesa dgn saiz S, yg dipakai oleh adik Mir, Ayie (hampir setahun).. adoiii… aku ni lak, kesiankan Mir, bagi la diapers Puteri…

Sblm tu pun, masa Mir ikut Mak dan Bapa ja, aku gak yg sponsor diapers dan susu… aku bukan berkira sangat… alaaa… budak2… tpi aku geram dgn Angah… pandai jer lps tangan… dia ingat aku ni kaya sgt kaa… pandai lak nak amik kesempatan… tolong laaaa… dulu boleh laaa… masa aku belum benci… skrg ni… eeeeiiii… tak tau nak ckp betapa aku benci nak berdepan dgn dia.. aku betul2 marah dan benci…

Lps call Bg Ngah, aku call Mak, bgtau pesan aku kat Bg Ngah… aku cuma ckp kat Mak, aku harap Mak faham laaa.. Mak cuma kata, tak per lah…. lps tu, aku sms Aiza, bgtau hal yg sama, sbb kalau apa2 berlaku, aku ada saksi…so, pgi selasa, sampailah adik2 aku dan Mir ke rumah… happy jer Puteri bermain dgn Mir… dah lama tak jumpa… aku balik kampung paling akhir pun, November thn lps… hari raya puasa, tu pun, hanya beberapa jam jer di kg… ada ler kisahnya tuh… hmmmm

Pagi esoknya (Rabu la), agak lewat jgk aku ke pejabat, Aiza ikut aku sekali… dlm perjalanan tu lah, Aiza bgtau, Ina ckp kat dia, Mak nangis2 cerita kat Ina, konon aku kata dia dah menyusahkan aku…. terkejut gak aku… apasal lak? Bila lak aku ckp cam tuh… rupa2nya, kes aku bgtau Mak, “Mak pun faham la kan….” ayat tu yg buat Mak rasa aku kata dia dah menyusahkan aku… ditambah pulak dgn arahan aku spy bawak sekali susu dan diapers Mir… Allah… apasal la jadi cam tu?

Sungguh, aku marahh… marah sgt2… tapi aku sedih jugakkk…. Kenapalah Mak tak nak faham keadaan aku… mak bukan tak tau selama ni aku boleh jer menanggung Mir bila Mir dtg ke rumah aku… tpi sampai bila? Mak tak fikir ker yg Angah dan suami dia tu ada tanggungjawab utk Mir walau masa tu Mir tak tinggal dgn mereka? Aku skrg ni pun, bersusah payah sorang diri menanggung anak2 aku… kenapa Mak tak nak faham semua tuh? Kenapa Mak nak mencari salah aku saja?

Balik ke rumah ptg tu… tengok ja muka Mak… terasa sedih sgt2… air mata dah nak menitis, cepat2 aku lari naik ke bilik… kenapa Mak buat kat aku cam ni? Malam tu, Puteri berebut mainan dgn Mir… dah nama budak2… antara Puteri dan Putera pun selalu berebut walau aku beli cukup satu sorang…. aku campur tangan dgn mengingatkan Puteri: “Kan Ummi ckp kena main elok2.. kongsi sama2” … tpi Mak aku lak cakap: “Tak yah main lah… kat rumah Mir pun banyak… ini rumah dia… itu mainan dia.. biarlah kat dia…” terkejut aku dgn kata2 Mak. Wajarkah seorang tua mengajar sebegitu? Bukan sekali… byk kali… aku dah hampir2 nak menjerit.. geram… tpi aku masih ada hormat… dia Mak aku… aku ingat tuh, walau aku rasa sangsi betulkah itu Mak aku… hmmmm…


Hari Sabtu, aku patut kerja tpi aku kena ikut bapa dan Mak pergi ke sekolah adik bongsu aku di Melaka… sign report card… aku mintak dgn boss utk masuk sblh petang sahaja, lagipun team aku masih menyiapkan multimedia, so, kalau aku masuk ptg, ngam2 ler utk aku testing jer.. syukur boss izinkan…. sampai kat sana, selesai urusan dan lepas makan, Mak luahkan kata-kata: “Along kena kerja, kalau tak kerja, boleh gak jalan2…” hmmmm… cari salah aku lagi… awal2 aku dah ckp, aku kena kerja kan… aku terus jawab: “Tak pa lah… saya ikut tadi sbb tak cam jalan, kalau cam jalan nak balik, antar ja saya kat komuter, saya boleh balik dgn komuter terus sampai ofis… Mak jalan2 la…”

Tapi Bapa aku cepat2 membantah: “Alaaaa… nak jalan mana sgt laaa…. pentingkan jalan ker kerja? Bukan tak der dah hari lain nak berjalan? Mai sama-sama, balik sama-sama laaa..” Aku sengih jerrrr

Hari Ahad, Mak dan adik-adik aku pergi menjemput kawan Ina dtg ke rumahku… sampai jer kat rumah, Mak mengadu, Puteri pandai… dia yg pukul Mir tpi lps tu dia ngadu Mir pukul dia…. Terkejut aku… tak pernah Puteri berkelakuan cam tu… aku teringat malam semalam, tiba2 jer Mir pukul Puteri, terus Mir ngadu Puteri nak pukul dia… aku tak nak lak campur tangan… dah ler ada kes, nanti menambah masalah lak… tpi bila tiba2 jer Puteri dituduh… aku hangin gak lerr… tpi aku tak pendek akal… aku tanya Puteri: “Saper yg ajar wat cam tuh? Ummi dah ckp kan, main elok2… jgn gaduh2…” Puteri hanya menjawab sepatah: “Ayang tak gaduh pun…” dan aku percaya kata Puteri…. Sbb aku pernah tau, Mak pernah menipu aku… byk kali, sampai aku hampir meroyan tika dlm pantang kat Puteri.. nantilah aku luahkan….

Dan yg aku pasti, Mak masih menipu bila ptg tu pulak, Mak berbisik pdku, konon Puteri menyebut: “Abi gila…” Mustahil!!! Aku tak percaya.. aku kenal Puteri, aku tersebut gila pun Puteri akan tegur aku…. Allah..!!! sabar jer lahhh


Semasa berkemas ptg tu jugak, Mir bercakap dgn Puteri, Mir balik dulu nanti Mir mai pulak… tpi Mak aku menyampuk: “Tak mai dah laaa… mai last kali ni ja… tak mai dah lps ni…” tpi Bapa cepat2 menyampuk: “Ada ka pulak cakap cam tu…?” Dan aku… cuma diammm… malas nak layan…

Cuma, aku bersyukur… aku ada peluang membalas dendam… dendam amarah terhadap Angah… tak puas hati pada Mak kerana lebihkan Mir, anak Angah… seperti Mak lebihkan Angah… slps mkn malam… Puteri, Putera dan Mir basuh tangan serentak di sinki… slps basuh tangan, Mir mengibas2 jari ke muka Puteri… merenjiskan air berbaki di tangan… Puteri pun mengikut, begitu jugak Putera… melihat aksi tu semua, cepat ja aku memekik: “Ni sapa yg ajar percik2 muka ni haaaa… Ummi tak ajar pun tau… jgn nak cari pasal… basah lantai tu, jatuh… sapa yg susah…!!”

Aku akui, keras sekali suaraku... lagak gng berapi pendam meletus… Mak, Bapa dan adik2ku semuanya diam… Puteri dan Putera hanya memandang aku… mgkin terkejut tpi yg pasti, muka Mir pucat… mesti terkejut besar… puas hati aku…

Dan hari ni… tak tau lah aku akan berdepan dgn Mir lagi atau tidak… atau aku terpaksa berdepan dgn Ummi Mir @ Angah @ adik aku yg aku dah mula menyampahhhh…. Hmmmmm

6 Comments:

Anonymous ummuhajar said...

salam....

Aku,
Sampai tahap tuuuu.....Ya Allah! Rasa kagum...mampu menghadapinya sendiri... Allah bersama orang-orang yang sabar..... Allah Maha Mengetahuiii....

3:53 PM  
Blogger PuteriSatu said...

Kak...

Ada ke seorang mak yang cukup membezakan anak-anak ya... Saya tak sangka boleh sampai cam tu sekali...maybe saya tak tahu.sebab saya cuma ada 2 orang adik beradik kak...

Akak cukup sabar dan tabah ya kak..klu kena kat saya..belum tentu saya boleh sesabar akak...

4:45 PM  
Blogger Syikin said...

hmm..tngklah nanti angah sampai or idak..

entahlah, saya pun tak paham nape mak masih buat tak nampak akan perangai angah..moga2 mak akan sedar nanti.

hhehe..baguslah ajar anak sedara camtu...at least dia tau maklong dia tu jangan dibuat main2.

5:53 PM  
Blogger Moon® said...

Ana,
Wah banyaknya sabar... kalau saya lah mau saya terus confront mak tu. Luahkan segala yang terbuku di hati dah lepas tu lega. Sikap mak yang pilih kasih ni patut dikikis.

Nasiblah ayah lebih memahami kan. Pasal Mir tu pulak, pasal dah lebih manja ginilah perangainya tapi bagus gak Ana dah marah biar dia takut sikit.

9:26 AM  
Blogger PB said...

Syukur sebab ayah lebih memahami diri anda.

Berat mata membaca, berat lagi bahu yang membawanya.

Dlm hati cuma tertanya tanya "kenapalah seorang ibu sanggup berbuat demikian kepada anak nya sendiri".
Mungkinkah ibu itu pernah melalui sesuatu yang seakan akannya dan membuat dia bertindak untuk membalas dendam.

PB doakan agar awak terus tabah dan sabar...

11:15 AM  
Blogger ibuVouge said...

aku dah luahkan dlm blog ni, IV rasa sediit sebanyak buat aku lebih kuat, sbb bukan senang luahkan yg terbuku dan menyakit kan
be tough ya aku(sambil urut belakang dan hug aku)

10:14 AM  

Post a Comment

<< Home