Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Monday, July 10, 2006

Segalanya ku terima

Jumaat 30 Jun 2006

Aku balik lambat dari pejabat kerana menunggu adikku, Aiza menjemput pulang. Aiza gunakan kereta untuk menjemput adikku di Puduraya (adikku yang belajar di Melaka balik bercuti) dan di UM. Selepas menjemput kedua-dua mereka, barulah Aiza menjemput aku.

Kira-kira 2 Km nak sampai ke rumah, tiba-tiba aku terdengar deringan telefon bimbitku. Saper pulak yang menelefon aku tika jam hampir 10 malam ni…. Alahaiii… walau terasa penat dan malas nak melayan, kugagahkan diri mencapai telefon bimbitku. Tertera nama: Abang…. Suamiku?

“Hello! Hello!” Aku sendiri tak dengar suara suamiku kerana bunyi radio yang agak kuat.

“Aiza! Slowkan sikit radio tu.” Aku separuh memekik. Geram jugak dgn sikap adik aku tuh, bukan tak tau aku tgh bercakap di telefon.

“Hello! Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam” Alhamdulillah… suara yg aku tunggu2 selama 32 hari, akhirnya aku dapat mendengarnya semula.

“Tak sampai rumah lagi ker?”

“Belum… Ana balik lambat sikit, amik adik2 dulu tadi…dah dekat dah ni.”

“Tak per lah… nantilah Abang telefon balik…”

“Ok lah…”

Hmmm… syukur ya Allah…. Sukar nak aku gambarkan betapa aku gembira… segera aku menaip sms: Abang, Ana dah sampai nanti, Ana bgtau. Abang nak cakap dgn anak2 ya? Tak per, lps cakap dgn anak2, jgn off hp, malam sikit nanti, Ana call Abang, Ana nak sembang sikit…

Baru jer aku masuk dalam rumah, telefonku berdering. Betul, panggilan dari suamiku.

“Hello!”

“Sampai dah ker?”

“Baru jer masuk.”

“Ayang ada?”

“Ada. Jap. Ayangggg!! Cepat!! Abi telefon!”

“Abi??” Ayang separuh menjerit seperti terkejut namun segera berlari ke arahku dan mencapai telefon.

Ceria sekali Ayang bercerita dgn Abinya. Tak lupa Ayang menanyakan bila Abinya akan pulang. Aku hanya memerhati. Aku perasan, Mak dan Bapa juga memerhati aku tapi aku diamkan jer dulu. Tak lama, Ayang memberikan telefon kepada Adik. Adik yang masih belum fasih bercakap, tetap lancar bercerita kpd Abinya… siap dgn segala gaya dan gelak tawa. Tak lama, Adik berikan telefon kepadaku. Aku perhatikan, panggilan dah ditamatkan. Tak mengapalah… memang aku tak berhasrat nak berbual dgn suamiku di depan Mak dan Bapa. Malam sikit lah aku telefon suamiku semula.

Sambil pembantuku menghidangkan makan malam… Mak dan Bapa juga masih belum makan, menunggu kami berempat sampai, Mak menyoal… saper yang telefon? Aku tau, Mak sengaja bertanya, memancing aku bercerita. Sejak 20hb ari tu, aku tak pernah ceritakan apa-apa tentang suamiku dan apa yang telah berlaku.

“Abang… agaknya dia dengar kut Ayang panggil dia malam tadi…” ringkas saja jawapanku… mengingatkan Mak semula kepada ceritanya malam tadi… cerita dari adikku, Aiza jugak…

Hari Khamis, aku terpaksa stayback kat pejabat menyiapkan kerja… memandangkan paginya aku ke tempat kerja dgn Aiza dan Aiza dah balik dulu, malam tu, Aiza menjemput aku kul 1 pagi. Mak, Bapa, anak2 dan pembantuku juga ikut sekali. Dalam perjalanan pulang, Mak bercerita, ketika dalam perjalanan mengambil aku tadi, tiba-tiba Ayang menjerit: “Adikkk… tu Abiii…” sambil menunjukkan kepada seorang lelaki di atas motor, tidak jauh dari kereta yang dipandu oleh Aiza. Cepat jer Aiza menjawab: “Bukan lah Ayang!!!”

“Ooooo…. Abi pergi jauh kan?” Agaknya Ayang dah ingat semula apa yang aku ajarkan selama ini.

Itu cerita Mak disokong oleh Aiza. Aku hanya diam, di dalam hati, aku tau, anak-anakku rindukan Abi mereka. Terasa mataku basah. Cepat-cepat aku tarik nafas dalam-dalam. Aku tak mau Mak dan Bapa melihat air mataku. Namun, dalam diam, aku tak putus berdoa, moga suamiku segera menghubungi, agar terubat rindu anak-anakku… rinduku jugaaa

Selepas makan malam, aku naik ke atas, aku capai telefon bimbit, kutaip sms: Ana baru lps makan, nak mandi dan solat dulu. Jap lagi Ana call Abang. Selesai tanggungjawabku kepada Dia, aku capai telefon. Pintu bilikku tutup rapat. Aku tak nak perbualanku dgn suami didengar oleh orang lain.

“Hello! Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam!”

“Buat apa?”

“Tunggu Ana tepon jer lah”

“Abang kat mana ni?”

“Kat sini-sini jer lah”

“Ye lah! Kat sini-sini tu kat mana?”

“Kat sini-sini laaaaaa”

“Kat Sarawak?”

“Mmmmm….”

“Kat kampung? Roban?”

“A ah”

“Apasal lama sgt tak tepon?”

“Tak der duit laaaa… gaji tak derr”

“Ya lah… dah Abang tak kerja. Mana nak ada gaji? Orang ada gaji pun tak cukup duit”

“Gaji yang dulu pun tak dapat”

“Dah Abang buat perangai, mestilah pejabat stop terus gaji Abang….”

Diam…

“Abang buat apa sekarang ni?”

“Tak buat apa-apa la. Duk saja ja…”

“Ya Allah…!! Abang ni laaa…. Abis, Abang nak makan apa?

“Pandai la Abang ikhtiar….”

“Ya Allah!!” Air mataku dah mula tumpah namun ku kawal nada suaraku, jangan sampai suamiku perasan.

“Apasal la Abang tak berubah-ubah lagi ni? Ana suruh Abang keluar sebab Ana nak Abang berubah. Abang baca tak surat Ana?”

“Bacaaaa…”

“Dah tu?? Abang… toloooonnggg la Bangg… toloongggg la berubah… Abang fikir la, Ana bukan bencikan Abang, Ana ni isteri Abang… Ana tak tahan bila orang selalu duk cakap Abang ni malas kerja, Abang suka ponteng kerja… Ana tak suka dengar yang tak elok tentang Abang… Abang bayangkan perasaan Ana bila orang cakap yang tak elok tentang Abang… Abang fikir la camana perasaan Ayang ngan Adik bila satu hari anak-anak dengar, Abi Ayang malas kerja, Abi Adik suka ponteng kerja…. Ya Allah…. Tolong la Bang, Ana tak paksa Abang jadi askar… Abang boleh buat apa kerja yang Abang suka… Ana cuma nak Abang jadi orang… Ana tak mau ada suami yang selalu kena caci, kena perli…. Kalau la Abang kerja elok2… kita boleh ja hidup bahagia sama2… Khamis ni Adik kena pegi check up lagi. Abang ingat tak dulu Abang janji Abang nak pergi sama utk check up kali ni… tapi nampaknya tak jadi semua tu…. Tolooonngg la Bang… toloonngg la fahammm perasaan Ana….”

Aku tak mampu menahan sebak lagi….. air mataku mengalir… deras… dan aku tau, suamiku perasan esak tangisku…namun dia hanya diam.

“Abang… dah laaa… cukup lah… fikirlahh elok-elok… toloonnggg la berubah… Assalamualaikum.”

Tanpa menunggu jawapan salam, aku terus matikan talian. Ya Allah…. bantulah aku…. berilah aku kekuatan….!!!

Kucapai telefon bimbit… kutaip sms, terasa bersalah juga kerana aku putuskan talian tiba-tiba: Ana buat smua ni sbb Ana sayang kat Abg. Tlg la berubah

Tak lama… aku menerima sms daripada suamiku: Abg mmg nak blk keja tapi kat sana dah takda tpt tggl lg buat abg…

Aku balas semula: Klau btul2 nk keja, duk dlm kem dgn bdk bujang pun boleh. Jgn buat alasan, dlu ada rmh elok2 apasal xkeja elok2

Abang: tak pe lah klu ana dah benci kat abg, tak guna abg blk..

Aku: Tu ja la alasan Abg. Bknnya nk berubah. Cuba fkir cmana nk bg Ana percya Abg blh jdi ktua kluarga yg sbnrnya. Ana xmau ulangi smula apa yg dh brlaku sblm ni. Ana dh byk bg peluang kat Abg tpi Abg xprnah pduli. Ana xbenci, Ana sayang tpi Ana dh krg prcya. Abg kna btul2 brubah utk Ana prcya trima Abg smula. Dah, Ana nk tdor, smlm tdor 2 jam ja, keja nk cri duit utk ank2. Syg ank2, slalu la call, nk duk dgn kmi, brubah btul2 dlu. Jga dri elok2 ya

“Ya Allah… ampunkan dosa-dosaku andai aku berkasar dgn suamiku.. aku hanya inginkan suamiku berubah… tolong lah ya Allah…. jadikanlah suamiku hambaMu yg soleh… kembalikanlah suamiku ke pangkuanku dan anak-anak semula sebagai seorang yang bertanggungjawab…” Doa yang sering aku ucapkan…

Sukar ku lelapkan mata… walau sungguh, aku penat… malam tadi aku hanya mampu lena dalam 2 jam, kul 1 aku keluar dr pejabat, kul 1.45 sampai ke rumah tpi mataku sukar lena, mengenangkan kerja-kerja yang perlu aku dan team ku siapkan segera esok (tadi la). Tiba-tiba, aku teringatkan sms suamiku yang dihantar tanggal 12 Rabiulawal ari tu, tika itu suamiku masih di penjara, bersempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke4 mengikut kalendar hijrah, masih lagi ku simpan.

Kubuka inbox, pilih sms, pilih edit: Ini jnji Abg msa dlm pnjra dlu, Ana msih simpan dan Ana nk Abg tunaikan: Sempena ulgthn kita ke 4, dgn nama Allah abg janji ngan ana xkan lukakan hati ana lg, xkan kata ana bkn2 lg, abg nak buka buku baru, nak keja elok2 lps ni insyaallah, nak jaga anak2, ana dan rmhtga kita agar bhgia dan rkn dmi, insyaallah… kuhantar semula kpd suamiku… moga hatinya terbuka… aminnnnn


********

Sabtu 1 Julai 2006

Aku tak kerja ari ni…. menghabiskan masa melayan anak-anak dan berbual dengan Mak dan Bapa. Mak meluahkan isi hati Bapa kepadaku. Kata Mak, Bapa mengaku, aku seorang yang kuat dan tabah kerana aku hadapi semua kisah antara aku dan suami bersendirian… sedikit pun tidak aku kongsi dengan Mak dan Bapa… kata Bapa lagi, aku seorang yang kuat kerana Bapa nampak, aku seperti biasa, ceria dan gembira meneruskan hidup bersama anak-anak, tak nampak langsung bahawa aku sedang menghadapi masalah yang besar…. aku hanya diam… apa lagi yang mampu aku luahkan… biarlah Dia yang Maha Mengetahui…. Lagipun, apa guna aku berkongsi jika akhir nanti, aku dikatakan menyusahkan orang pulak…. Ya! Kata-kata azimat daripada Mak yang terucap tanggal 12hb Mei, takkan aku lupakan hingga akhir hayat….

Namun, aku bukan pendendam…. Peluang yang ada, kubawa Mak dan Bapa merasa naik komuter dan LRT, pusing-pusing KL dan membeli sedikit barang. Hampir kul 9 mlm, tika baru nak buka pintu rumah, telefon bimbitku berdering. Tertera: Abang…

“Hello! Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam… Ayang wat per?”

“Ada ni… jap…” kuberikan telefon kpd Ayang… seperti malam semalam, Ayang rancak bercerita. Sekejap saja, Ayang dah hulurkan telefon kpdku. Talian tamat. Tiba-tiba masuk sms. Dah ada 2 sms:

Abang: Esok abg dah mula keja bawa van hantar bdk sekolah, jgn ana risau pandailah abg nak idup cari mkn kat sini, jga diri dan anak2. Salam kasih dr abg yg jauh

Abang: Dah nak abis kredit. Nanti Abg call lagi. slm sayang, bye

Aku hanya balas: Tak per lah. Ana baru jer sampai rumah, tadi wak Mak dan Bapa jalan2

Sebelum melelapkan mata, ku sms suamiku lagi: Dh tdor? Ana bru nk tdor. Kpla pun skit, pnt sgt kut. Tdi wak mak n bpa naik lrt. Tahniah sbb dh dpt keja. Keja la elok2. Hati2 drive, anggap la cam bwak ank2 sndri. Ana xmtk Abg tepon slalu, byk abis duit, smgu skali dh ckup ank2 dgr suara Abg, sms tnya kabar pun tak pe dah. Ok lah, jga dri elok2. Ana mtk sgt2, tlg la jd suami n abi yg btul2 brtgjwb. Tlg la brubah. Insaf la. Jgn tgl solat. Tlg bg Ana kprcyaan utk trima Abg smula bla tba msanya nanti

*******

Isnin 3 Julai 2006

Pukul 8.01 mlm, aku baru sampai ke rumah. Telefon bimbitku mengeluarkan bunyi, tanda ada sms baru. Suami ku kah? Tertera nama adik iparku: A’kum K.Ana, angah dh blik KL semlm kan… ina d kajang ni, pusat putra training centre… nana ada kirim ubat ina pd angah…

Terkejut aku… apa semuanya ni? Aku tau, Ina tak tau apa2 tentang aku dan suamiku… aku telah berjanji dgn Dik Yah, hanya dia yang tau…. Namun apa daya, aku hanya mampu membalas: W’salam. Sori Ina, K.Na xleh nk konfomkan psl Angah. Angah dah xtinggal dgn K.Na, maaf! Tnyalah Alang. Maaf ya!

Sungguh… apa sebenarnya ni? Aku tau, suamiku perlu rahsiakan kenapa dia balik ke Sarawak? Nana di Kuching dan kata suamiku, dia di Roban… mgkin jugak suamiku menipu Nana, meninggalkan Kuching dgn alasan balik ke KL sebaliknya balik ke Roban? Atau, aku yg ditipu lagi?

Kucapai telefon, kuhubungi suamiku… gagal. Sungguh, aku mula marah. Aku dah pesan jangan off kan telefon. Apa daya.. aku cuma sms: A’kum. Abg kat ne? Ina antar sms sat ni bgtau Abg dah blik KL? Apa yg sbnrnya ni? Abg tipu Ana ke tipu Nana sbb Ina bgtau, Nana yg ckp kat dia. Tlg la Bang. Jgn tipu Ana lgi. Naper off hp?

******

5 Julai 2006

Abang… Mak tak berubah jugak Bang…. Mak masih menangkan Angah walau tindakan Ana betul… Ana sedih Bang… sedih…. sepanjang malam Ana hanya mampu menangis... tpi camana Ana nak kongsi semua ni dgn Abg? Ana cuba telefon Abang tapi gagal.... nantilah… nantilah Ana citer…. Biarlah Dia yang tahu segalanya….Allahhhhhhh !!

9 Comments:

Blogger Syikin said...

hmm..tak tau nak kata.

pasal mak menangkan angah tu, sabar ajelah. satu hari nanti Allah akan tunjukkan kebenarannya

ttg suami tu, harap2 dia tak membohongi ana lagi..peliklah.

6:55 PM  
Anonymous oren said...

menitis gak airmata aku bila baca cerita kali nih, sebab aku pernah rasa benda yang sama...

takpe..tabahkan hati, yek..

10:44 AM  
Blogger PB said...

sedih akak baca blog ni..

kadang kadang Allah uji kita melalui suami.
kadang kadang Allah uji kita
melalui anak anak.

Kak PB doakan agar tetap tabah dalam melalui liku liku kehidupan ini.

Jangan putus asa.
Jangan berhenti berharap.

Insyaallah, di kemudian hari nanti, Allah akan balas dengan pahala diatas ketabahan dan kesabaran.

Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar....

salam perkenalan dari Kak PB

12:48 PM  
Blogger PuteriSatu said...

Kak...akak memang tabah menghadapi segalanya.....dan saya doakan kebahagiaan keluarga akak....

1:41 PM  
Blogger alinlai said...

konpius la...hmmmm sabaq ye :)

3:56 PM  
Blogger Moon® said...

Ana,
Selepas 32 hari dia menelefon baguslah maknanya dia masih ingatkan Ana & anak-anak. Tak tahu nak kata pe...tapi kalu boleh mintak penjelasan dgn hubby. Kalau betul dia tipu tapi kenapa.

Pasal mak menangkan Angah tu kenapa pulak?

4:00 PM  
Anonymous ummuhajar said...

Alhamdulillah......dia telefon jugak akhirnya.

Moga dia berubah ....
Moga mak berubh....
Hanya Allah yang Maha Mengetahui, hikmah di sabalik semua ini.

4:28 PM  
Blogger ibuVouge said...

hug to ana..
ketabahan ana mmg hebat.tabah la ana.insyaALLAH ada cahaya di sebalik pelangi
doalah selalu ana..
sayang dr IV untuk ana.

9:43 AM  
Blogger seorang aku said...

syikin: apa yg pelik?

alinlai: apa yg konpius?

oren,IV,ummuhajar: terima kasih

pb, puterisatu: salam perkenalan

buat kalian semua: terima kasih atas kata-kata nasihat. Aku menulis semua ini sbg meluahkan isi hati yg terpendam. Aku anggap, inilah diariku, moga satu hari nanti, akan ada yg memahaminya...

2:47 PM  

Post a Comment

<< Home