Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Wednesday, August 30, 2006

Akhirnya…

Pagi ini, pertama kali aku membantah cakap Mak. Mak bagitau nak bawak Puteri pergi ke rumah adikku di Cameron petang ini, bermalam di sana, Sabtu ikut balik bersama Aiza. Aku cakap: Tak yah la… kesian kat Putera tak der teman bermain. Itu masa aku bersiap nak ke tempat kerja sementara adik-adikku sibuk bersiap sebab pagi ni Ina ada rehearsal konvokesyennya petang nanti dan Aiza, Tirah dan Bg Ngah akan pergi dulu, tengahari nanti barulah Bapa, Mak dan Angah suami isteri serta anak-anak ikut sekali.

Masa menghantarkan Puteri mengikut adik-adikku, aku pesan sekali lagi kat Puteri: Ikut pergi tengok Untie jer tau… Puteri mengangguk. Tiba-tiba Mak menyampuk: Biaqlah.. Mak nak bawak dia pi Cameron petang ni. Aku menjawab keras: Saya tak bagi… tak yah pi… dan Mak diam…

Sungguh… aku pun tak tau kenapa aku boleh jadi sekeras itu… bukan pagi ni saja malah tengah malam tadi, tika mereka semua baru sampai ke rumahku. Aku tau Bapa akan bertolak dari Kedah awal malam tadi. Aku tau Mak ikut sekali. Dah tentulah sebab adik aku akan meraikan kejayaannya menamatkan pengajian. Aku jugak tau Angah akan ikut sekali dan kerana itulah, emosiku tak tenang sejak hari Ahad baru ni…

Aku tak tau camana nak berhadapan dgn orang yg aku dah benci… sungguh aku benci… bukan saja dgn Angah, malah aku tak tau camana nak berdepan dgn Mak… org yg aku sendiri dah tak pasti, betulkah itu Mak yg melahirkan aku… bukan kerana luka lama tapi luka baru dan kerana luka itulah, aku jadi kebal dan keras hati…

25hb Julai: Bapa offer nak berikan aku pinjaman anggaran RM5000 hingga RM6000 utk aku beli rumah. Mulanya aku sangkakan Bapa berminat nak beli sbb masa Bapa dtg rumah aku ari tu, ada iklan jual rumah. Bapa pesan, kalau ada lagi iklan cam tu, bgtau dia. Balik kerja ptg tu, aku nampak iklan tuh, aku bgtau la kat Bapa. Tau2 ja Bapa bgtau, dia akan byrkan utk down payment dan bulanan, aku yg byr cam byr rumah skrg. Rumah skrg aku sewa beli bersyarat dari tuan rumah. Aku terkejut betul. Aku tak terus setuju, aku bgtau Bapa suruh bincang dulu dgn Mak dan adik-adik..

8hb Ogos: Bapa telefon aku tanyakan camana dgn rumah yg nak dibeli tu. Aku bgtau Bapa, aku dah fikir masak2, kalau lah Bapa nak tolong aku, bagi la duit tu utk modal aku berniaga. Hasrat hati nak bina semula bisnes aku yg tergendala dulu masih tebal dan aku nak gunakan peluang ini sebaiknya. Sebabnya, kalau rumah, aku tak der mslh sgt lagi dan aku perlu bina semula bisnes aku kerana ada peluang cerah ke arah itu, tertangguh kerana aku kekurangan modal. Bisnes ini jgk penting utk aku tambahkan kewangan. Pendapatan dgn kerja skrg, sukar utk aku membuat simpanan dan merancang masa depan. Lagipun, aku tak perlu sebanyak yg Bapa perlu byr kalau aku beli rumah, separuh saja. Bapa setuju dgn cdgn aku. Bapa bgtau, bila nak guna duit, bgtau jer.. aku hanya ucapkan terima kasih.

9hb Ogos: Aku di pejabat. Hampir kul 10am, aku mendapat panggilan dr Mak. Mak tanya kenapa aku mintak duit kat Bapa? Aku nafikan la, bukan aku yg mtk. Aku ceritakanlah hal yg sebenar. Mak ckp, nak wat bisnes ker apa ker, usaha sendiri la. Tok sah duk mtk duit kat Bapa hang lagi… laaaa, bukan sy yg mtk? Aku pertahankan diri tpi Mak dah letak telefon. Aku sedih.. sedih sgt2… cepat2 aku sms Bapa: Bapa, tak per lah, tak jadilah psl nak wat bisnes tu… Mak tak bagi kan? Patut la sy pelik bila Bapa bgtau nak byrkan sampai 5-6 ribu.. Mak tak tau kan?

Tak lama, Bapa bls sms aku: Mak kata pa? Aku tak mampu menaip sms lagi. Air mata dah mula menitik. Aku membawa diri ke dalam surau. Kuhubungi Bapa meluahkan apa yg aku rasa: Sat ni Mak telefon sy. Mak marah sbb sy mtk duit kat Bapa. Sy ckp la bkn sy yg mtk. Mak tak bg sy kacau Bapa lagi.

Bapa cuma ckp: Tak pa lah. Biaqlah kat Mak tu. Tok sah duk pikiaq kata dia. Ikut dia, nak beli kotak harga singgit sembilan kupang pun tak boleh. Tak pa lah.. tok sah ingat kata dia lagi. Bapa bagi la nanti… itu jwpn Bapa yg agak meredakan perasaan aku. Aku hanya mampu ucap terima kasih Bapa.

Ptg.. hampir sampai ke rumah, Mak menghubungiku lagi: Hang memang tak dengaq kata sungguh no.. ambik… ambik semua duit Bapa hang… lepas ni hang perabis semua harta Bapa hang… itu kata Mak… marah.. keras.. aku hanya ckp: Awat Mak buat sy cam ni? Mak tak menjawab, cuma terdengar: Kepala otak dia sungguh… dan petang itu aku menjerit… benciiiiiiiii…. sungguh, aku dah mula benci dgn sikap Mak.. benciiii

Kenapa Mak buat cam ni kat aku? Aku tak merayu atau menagih, aku hanya menerima pelawaan Bapa. Aku memang takkan mintak sebab aku pernah meminta pertolongan tapi semuanya tak berhasil. Aku pernah mintak hutang dgn Aiza kerana terdesak utk beli susu anak, suamiku belum gaji dan aku pula, memang menghadapi mslh majikan tak bagi gaji… tapi Mak marah, Mak ckp takkan halalkan duit tu utk aku walau yg aku mtk adalah duit Aiza… tak banyak pun, cuma RM100 dan aku janji akan byr semula bila suamiku dpt gaji 2 hari slps itu…tak dapat jugak… itu tika Mei 2004

Julai 2004, aku disamun, hilang semua duit gajiku yg baru aku keluarkan dari bank. Gaji suamiku shj memang tak cukup utk menampung keperluan kami tika itu. Aku hubungi Bapa, mtk tolong. Bapa janji akan bank in kan RM500 tpi slps tu Mak marah… langsung tak berckp dgn aku… aku pasrah.. biarlah, aku tak der pilihan. Bila majikanku bagi pinjaman, aku nak byr semula duit Bapa… barulah Mak nak bercakap dgn aku…

Hujung Oktober 2005.. hampir seminggu nak menyambut Aidilfitri, sekali lagi aku mtk tolong, aku perlukan RM500 utk deposit baiki kereta tpi Mak tak boleh nak bagi… aku pun dah tak nak paksa… biar jer lah… Mei 2006, sekali lagi aku mintak tolong, bukan nak guna duit tpi nak pinjam kad kredit Bapa sekejap shj tpi Mak bising… marah2.. hinggakan aku dicap sbg selalu menyusahkan org…

Akukah yg menyusahkan? Apa lagi yg tak kena? Mak lupa atau sengaja buat lupa? Aku dah byk bantu keluarga. Ina takkan berjaya menggenggam sijil diploma ari ni kalau bukan kerana aku yg bawak Ina ke KL belajar di kolej. Aku yg membyr yuran pendaftaran kerana Bapa tak suka dia belajar di sini tpi Ina berkeras dan Bapa bagi syarat, boleh tapi bukan Bapa yg byr yuran pendaftaran kerana waktu itu, Bapa ada mslh kewangan. Aku ikhtiarkan jgk asalkan Ina berjaya memenuhi cita2nya.

Aku yg berusaha menempatkan Bg Chik di UM. Aku yg menjaga Aiza masa Aiza sakit kayap 2 kali tika belajar di UIA. Aku korbankan nama dan harga diri aku semata2 menyelamatkan nama Angah walau aku tak pernah merelakan. Bukan itu saja, duit hantaran perkahwinan aku berjumlah RM5000 digunakan oleh Mak utk membyr ansuran kereta Angah.. aku hanya mtk RM400, itu pun tika aku tak der sumber pendapatan, suamiku seorang bekerja dan 3 adik2ku tinggal dgnku tika itu… dan yg RM400 tu Mak masih sebut hg skrg walau Bapa dah bgtau, itu bukan hutang… kenapa Mak sesenang hati bagi duit yg menjadi hak aku kpd Angah??

Duit hantaran Angah, semua Angah dpt… Mak belikan brg kemas dan perabut utk Angah… aku? Ambil hak sendiri pun masih disebut berhutang. Nak kata sbb nak gantikan duit majlis kenduri, tak masuk akal langsung. Majlis kahwin aku hanyalah dihadiri jiran2 sekeliling, tak sampai 50 org… dgn hidangan nasi putih, ikan talapia bakar, kerabu nangka muda dan ulam…. itu saja… kalau nak kira, tak sampai pun RM500 sbb sgl hantaran dan baju, aku guna duit aku sendiri, aku buat sendiri hantaran… bukan cam Angah, hantaran upah orang.. baju pengantin pun berhutang dgn aku… sampai skrg aku masih terkilan bila menyebut tentang majlis perkahwinan… apa lagi yg tak kena?

20hb Ogos: Aku sms Bapa bgtau tak jadi nak pinjam. Bapa tanya kenapa? Aku bgtau, aku tak nak Mak marah lagi… aku dah cukup terluka dgn Mak…aku cuma mtk Bapa doakan kejayaan aku walau apa jua yg aku lakukan… dan Bapa membalas: Semoga berjaya…

Sungguh.. aku cukup terluka… kerana luka itulah, ketibaan Mak, Angah sekeluarga aku sambut dingin. Tak seperti selalu, aku kecoh dan ceria tpi malam tadi, aku lebih byk diam. Aku hanya bersalam dgn Bapa sejurus Bapa keluar dr kereta tpi dengan Mak… lama slps itu. Masa aku bersalam dgn Bapa, Mak masih dlm kereta memangku Mir, aku wat tak peduli. Sampailah Mak masuk ke dalam, mendapatkan Yuli di dapur dan bersalam dgn Yuli sambil menangis, barulah kuhulurkan tangan… beza sekali, aku tak rasa apa2 melihat air mata Mak tumpah… aku tak melayan Angah, sekali tanya, sekali aku jawab… biarlah… aku dah tak mampu menjaga hati org… hatiku dah parah terluka kerana suami sendiri, adik sendiri dan oleh… ntah betul atau tidak, Mak aku…. hmmmmmm

7 Comments:

Blogger ibuVouge said...

salam ana
*peluk ana kuat kuat*
ana tulislah.. insyaALLAH apa yg ana bebankan akn hilang..curah la apa ana rasa
berat sgt IV rasa apa yg ana simpan selama ini
ana mmg kuat..teramat kuat untuk hadapi semua ini.
IV menyokong apa saja tindakan ana..sbb ana yg duduk dlm situasi ini..IV membaca saja sudah mengalir air jernih..apatah lagi ana sendiri.
Doalah ana..doa segalanya menjadi lebih baik
jaga diri, jaga kesihatan, ana masih ada dua permata yg amat perlukan ana.
peluk ana lagi dan usap belakang ana

1:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

betul seperti IV cakap... luahkan lah segala yang terbuku. Lepaskan!!! walaupun tak mampu untuk meyelesaikan kekusutan, sekurang-kurangkan mampu meringankan bebanan. Bak kata orang, berat mata yang membaca, berat lagi bahu yang memikul. Nak kata kuat, tabah dan cekal..... itulah hakikatnya. Doa saya semoga Allah memudahkan jalan hidupmu. Semoga Allah membuka pintu kebahagianmu....

2:13 PM  
Anonymous ummuhajar said...

betul seperti IV cakap... luahkan lah segala yang terbuku. Lepaskan!!! walaupun tak mampu untuk meyelesaikan kekusutan, sekurang-kurangkan mampu meringankan bebanan. Bak kata orang, berat mata yang membaca, berat lagi bahu yang memikul. Nak kata kuat, tabah dan cekal..... itulah hakikatnya. Doa saya semoga Allah memudahkan jalan hidupmu. Semoga Allah membuka pintu kebahagianmu....

2:14 PM  
Blogger alinlai said...

hmmm...be strong, cabaran dugaan hanya untuk insan terpilih maknanya Allah Taala sayangkan kita. Sabaq banyak-banyak...(itu je yang termampu nak kata)

3:01 PM  
Blogger ibuVouge said...

salam ana
datang ziarah lagi..

9:40 AM  
Blogger PB said...

kuatkan semangat...

untuk diri sendiri dan juga untuk anak anak...

9:20 AM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Berat MAta membaca..berat lagi bahu yang memikul..sabarlah kerana hidup manusia akhirannya pasti akan bahagia!

salam

11:45 AM  

Post a Comment

<< Home