Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Tuesday, September 19, 2006

Aku diuji lagi

Petang semalam, aku keluar dari ofis hampir 6.40ptg, agak lewat kerana tika hampir waktu pejabat berakhir, boss memanggilku dan ahli kumpulanku yg sama2 membuat tender satu projek pertengahan Mei dulu… kami berjaya, Alhamdulillah. Sblm balik ke rumah, aku singgah di pasar malam membeli sedikit barangan basah.

Sampai rumah dah hampir kul 8 mlm. Aku segera menunaikan solat Maghrib. Selesai solat, aku menyingsing baju, bersedia untuk menyiang ikan dan ayam yg kubeli tadi. Kerja yang dah lama aku tak buat, sejak aku menggunakan khidmat pembantu rumah sejak 1 Mei ari tu. Kini, setelah lebih 5 bulan, aku perlu buat semula rutin biasaku satu waktu dulu sebab aku dah tak der pembantu rumah.

Selasa 12hb baru ni, slps solat aku memanggil Yuli utk makan malam bersama. Dia tak menyahut, mgkin tak dengar panggilanku sbb dia kat bilik atas. Aku mtk Puteri panggilkan. Tak lama Puteri turun bgtau: Ummi, Kak Yuli tak nak makan. Kak Yuli nangis la Ummi…

Terkejut gak aku, apasal? Segera aku naik ke atas, ketuk pintu dan masuk ke bilik. Yuli sedang mengesat air matanya. Bila kau tanya, dia ckp tak der apa2. Puas aku pujuk suruh ceritakan kat aku, aku bgtau aku dah anggap dia cam adik aku sendiri so kalau ada mslh, aku akan tlg selesaikan. Dia bermatian menafikan, tak der apa2 lah kak… hmmmm, dah org tak nak citer, aku nak buat apa lagi kan…

Aku turun ke bawah, mengadap makan malam bersama suami dan anak2. Sblm terlelap, sempat gak aku berfikir, kenapa Yuli nangis? Aku teringat, dia ada bgtau aku, sepupu dia kat Pahang dah nak balik Indon… mgkin sbb tu kut dia nangis, mgkin dia pun rindu nak balik kg…hmmmm

Rabu 13hb, aku di tempat kerja. Aku sms Yuli tanyakan khabar? Sekali lagi aku bgtau, kalau ada mslh, blh bgtau aku, mgkin aku boleh tlg. Aku pun tak senang hati kalau dia sedih.Yuli membalas: Tak der apa2 lah, akak jgn risau. Tak der kaitan dgn akak. Saya ok ja. Lega rasanya bila menerima sms tersebut.

Khamis 14hb, aku sms Aiza, tanyakan dia free ke tak esok malam (Jumaat malam) sbb aku nak mtk dia amik Yuli awak sikit. Ikut plannya, Yuli akan pergi ke rumah sepupu dia, sama tempat dgn tempat kerja adik aku tuh pd 17hb… nak keluar beli barang apa ntah… memang sebulan sekali, aku biasa bagi Yuli keluar, keluar pun dgn adik aku sekali, aku tak risau sgt la… aku bgtau Aiza, aku nak bg Yuli cuti 2 hari, 16hb dan 17hb, sbb aku nak dia rileks, aku bgtau Yuli nangis ari Selasa, bila aku tanya, dia ckp tak der kaitan dgn aku so mgkin Yuli ada mslh yg tak leh nak ceritakan kat aku, mgkin dia boleh luahkan kat sepupu dia… Aiza balas: Ok

Jumaat 15hb, aku sampai rumah hampir 7.45 mlm. Aiza dah ada, Ina pun ada, mesti dia terkejut melihat suamiku ada kat rumah. Dlm menunggu Yuli bersiap, saja aku luahkan pd Aiza, apa kata Puteri masa mula2 suamiku sampai, pesanan Puteri agar Abi tak kerja jauh2 dan tinggalkannya lagi… Aiza hanya diam dan memandang Puteri… hmmmm, aku dpt rasa ada yg tak kena. Biarlah… aku tau dan aku dah bersedia utk menghadapi kemungkinan apa saja setelah aku mengambil keputusan memberi peluang sekali lagi kpd suamiku.

Ahad 17hb, hampir jam 1 ptg, aku sibuk menyuapkan nasi utk Puteri dan Putera, memang aku lebih gemar menyuap makan anak2 aku walau mereka dah betah makan sendiri. tiba2 terdengar deruman kereta, Aiza sampai bersama Ina, Yuli dan Elly, sepupu Yuli. Aku tak rasa pelik sbb memang biasa jgk Elly menghantar Yuli balik bersama Aiza.

Tapi pernyataan Elly memeranjatkan aku, dia nak bawak Yuli balik dan nak Yuli berhenti kerja dgn aku. Masa tu Yuli dah naik ke atas, Ina ikut sekali. Hanya aku, Elly dan Aiza kat bawah. Suamiku juga kat atas. Bila aku mintak penjelasan kenapa, baru aku tau sbb Yuli menangis ptg Selasa ari tu. Majikan lama Yuli telefon mtk aku batalkan permit Yuli dan mtk aku buat pasport batu utk Yuli.

Yuli bekerja dgn aku sbb konon tak tahan didera dek majikan lama, seorang datin. Memandangkan pasport Yuli dah nak tamat bulan Januari ni, sorang ejen cdgkn aku menyambung saja permit menggunakan pasport lama. Awal thn depan, baru uruskan pasport baru, dpt gak aku kumpul duit RM3,800 utk bayaran semua tuh. Ejen ada tinggalkan nombor telefon kpd seorang pegawai bertugas yg jgk kawannya. Malangnya majikan lama tak hubungi aku tpi terus hubungi Yuli, memang mereka masih berhubungan walau Yuli dah tak kerja situ… pelik gak kan…hmmmm. dlm bercerita, Yuli turun bersama beg2 pakaiannya. Kata Yuli, majikan lama bg masa 2 minggu utk aku uruskan semua tuh.

Aku berang gak ler, aku dah tanya awal2 ari tu, apa mslhnya tpi dia tak nak bgtau… dah tu pulak, majikan lama tak marah2 cuma mtk aku selesaikan dlm masa 2 mgu, boleh la aku usahakan… tpi kata Yuli, itu perkara kedua, perkara pertama yg buat dia tak nak kerja ialah sbb aku gagal byr gaji dia penuh setiap bulan.

Kepala hotak dia tul, dulu masa mula2 kerja aku dah tanya, nak aku bg cash atau bank in kan ke akaun, dia suruh aku simpan dulu, bila nak dia mtk lagipun dia lama lagi kat Malaysia ni, plan nak balik 2008. Ok la… aku tau dia susah, dr cerita dia laa.. so, kalau aku simpan dlm akaun pelaburan, dpt gak untung utk dia. So, aku decide utk bukak akaun pelaburan Maybank, potong terus akaun RM500, RM100 bhgian aku dan RM400 bhgian dia.. bulan Julai, slps 2 bulan kerja, tiba2 dia mintak duit, katanya Mak dia nak repair rumah… dah kecoh, mana aku nak cari RM800, akaun pelabuaran tu pulak bukan boleh keluar sesuka hati… aku usahakan berhutang dgn boss aku… dapat diselesaikan.

Bulan lepas (Ogos), aku bg dia RM200 dulu lps aku dpt gaji, aku dah jelaskan hakikat gaji dia sblm ni, kalau aku dah potong RM400 dan nak bg lagi kat dia RM400, dah jadi RM800, lari gila la bajet aku… dia kata tak per kak… lembut jer suara… pas tu aku bawak dia beli barang, lebih RM100 aku byrkan dulu, so baki bln 8 ada lagi RM100, tgh bulan aku usahakan gak bgi RM100.. so, dpt gak ler RM400… apasal lak tiba2 dia ckp aku tak byr penuh?

Aku tak sempat nak ckp apa2, adik aku Aiza menyampuk: Hang ni la Along… sanggup hang wat kat org yg jaga anak2 hang elok2 cam ni? Terkejut, sungguh aku terkejut… tak sangka adik aku menyokong tanpa mempertimbangkan langsung pendapat aku. ya lah jaga anak2 aku elok, aku pernah dpt aduan dr jiran2 tpi aku cuba selesaikan elok2... Aiza mana tau...

Akak pun senang2 ja suruh sy pergi rumah Kak Baby (Ina) la, sy dtg nak cari rezeki tau kak, bukan nak main2… bila pulak aku suruh dia pergi, dia yg terhegeh2 nak ikut adik aku awal bulan baru ni… aku tak boleh nak ckp, sbb aku marah sgt2.. aku pandang Ina, Ina juga pandang aku, mesti dia tau, kata2 Yuli tak benar tpi dia diam ja terus pandang lantai…

Lagi satu kak, sy tak selesa tau bila Abg Long dah balik….Yuli bersuara lagi, keras dan kasar

Hai, dulu masa mula2 Yuli masuk pun Abg Long ada kan?

Hang pun satu Long, hang dah suruh dia keluar tiba2 hang terima dia balik… aku tak mau campuq rumah tangga hang tapi hang fikiaqlah sendiri… hang ngaji lagi tinggi dr aku… aku ngaji tak abis pun tau pikiaq…

Enough…. cukup…. Tapi semua tu hanya dlm hati… aku tak boleh nak keluarkan dgn lidah… aku marah… marah sgt2… aku jugak sedih… sedih sgt2…aku diam… terus diam… Aiza bersalam dgn aku, aku cuma hulur tangan, Ina bersalam pun aku diam, Elly pun tapi Yuli langsung tak jumpa aku… terus masuk dlm kereta… memang kurang ajar. Betul kacang lupakan kulit. Aku layan dia elok selama ni… pantang sebut nak makan apa, cepat ja aku carikan… memang kurang ajarrrrr

Aiza pun sama… dahhhh… lps ni, jgn cari aku lagi… sungguh aku sakit hati… aku nak bawak diri…. skrg ni suami aku yg menjaga anak2… lps raya ni, aku amik keputusan nak keluar dr rumah skrg, perjanjian sewa beli pun tak kacau apa2 so aku boleh keluar tanpa masalah.. aku nak pindah… pergi tanpa berita… aku nak tukar no hp… biar saper pun tak boleh cari aku… jika dulu Dik Mi pernah mengambil pendirian sebegini, aku faham… betul jiwa amat terluka…

12 Comments:

Anonymous ummuhajar said...

salam...

Biasa terjadi, salah faham punca masalah. Moga kesabaran dan kekuatan "aku" terus bertambah..... Allah bersama orang-orang yang sabar.

2:52 PM  
Blogger elly said...

Sabar banyak2 ye kak....banyak betul dugaan yg akak tempuh...tapi saya kagum ketabahan akak, kesabaran akak...Moga akan akan terus sabar dan tabah sampai bila2

2:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam,

aku terfikir satu, kenapa si Aiza mudah terima melulu apa org lain cakap buruk pasal hang? cakap maid tu pun dia terus percaya bulat2..
nape dia tak ambil pendekatan bertanya dulu sblm mengeluarkan ayat yg menyakitkan hati??

aku rasa banyak kali dia terkena ngan org lain pasal buat citer bukan2 pasal hang, at last dia faham yg hang tak salahkan..takkan kali ni pun dia masih nak buat kesilpan yg sama?

Yang si Baby tu, nape dia tak reti nak defend hang?

hang bagitau dak pada aiza camner perjanjian cara bayar gaji pada si yuli tu? aku rasa better hang bagitau, sbb nanti salah faham ni akan sampai ke kampung..lagi besor masalah hang..
koman2 pun, hang citerlah ngan si Baby tu.

oklah, sian kat hang..baru seminggu nak capai bahagia baru, ujian lagi..banyaklah munajat ngan ALLAH.

salam,

S

5:55 PM  
Anonymous MamaRisyia said...

huhhhh....ada jerkan problem aku dah settle satu, lain plak datang..MR pun setuju ngan pendapat S bagi tau kat Baby cerita yang sebenar sekurang2nya benda ni tak melarat...kadang kala kita memang rasa macam nak lari dari perkara yang membelenggu hidup kita tapi tak semestinya kalau kita berdiam diri masalah kita akan selesai...Apapun bagi MR semua ni atas Aku..kalau Aku rasa jalan yang Aku pilih tu jalan terbaik utk semua dan Aku selesa..Harap semua kembali ok...Tapi geram jugakkan bila kenang perangai Indon tak sedar diri tukan??!!!

10:09 AM  
Anonymous Anonymous said...

mak ai, terkejut jugak ..tp maid ni memang macam2 perangai...wpun tak pnh ada maid sbb takut cam ni...tp dr citer kawan2, memang kebanyakan maid ni ramai yg bermuka2....kiranya kita memang blh percayakan depa sehabis baik sampailah kita terkena sendiri baru percaya tembelang sebenar depa...
apapun utk 'aku'...semoga terus tabah n redha dgn ujian Allah...percayalah, Dia hanya menguji org yg cukup kuat utk menerima ujianNYA...
yg penting, bersikap positif dlm apa jua perkara wpun itu adalah perkara paling sukar utk dilaksanakan.......take care..

Ummi Irdina

11:10 AM  
Blogger ibuVouge said...

salam aku
hug untuk aku
ana, even ana di duga kali ini, tapi ana ada suami ana,susah ana tanggung berdua..mungkin dugaan ini untuk semarakkan kasih sayang ana dan suami ana
lepaskan la Yuli tu, alhamdullillah dia elok sebelum ni

IV sokong keputusan ana nak pindah umah dan putuskan hubungan, bukan apa, bagi ruang untuk ana cari kekuatan keluarga ana, bina semula yang dah runtuh,bila keadaan tenang dan ana dah cukup kuat(even sekarang pun ana dah amat kuat dgn Izin ILAHI)kembali la berhubung
mcm kata S tu betul jugak,clearkan dgn aiza dulu
tapi segalanya.. ana yg tahu..
sabar ya ana
ramadhan makin hampir..selamat berpuasa,moga ramadhan ini makin bermakna buat ana dan famili
salam sayang dari IV

5:24 PM  
Blogger Ayu said...

saya doakan agar ALlah permudahkan segala urusan awak.. setiap ujian yang diberi pada awak tu supaya menjadikan awak seorang insan yg lebih tabah.. awak antara yangterpilih.. sabar yer.. saya ikuti kisah awak dan saya tahu awak kuat.. sekarang suami ada disisi saya berharap sgt agar awak dan suami bahagia dan moga suami awak menjadi pelindung bg awak dan anak2..

salam menyambut ramadhan. moga ramadhan kali ni awak dan keluarga menjadi lebih rapay wpun dilanda masalah.. yang pasti Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.. saya PASTI ada hikmah menanti awak.. :)

10:45 AM  
Blogger ibuVouge said...

aku selamat menyambut ramadhan ya.

2:48 PM  
Blogger ayu_mkay said...

payah gak klu adik berdaik sendiri lebih percaya ckp org luar... geram kat minah indon tuh... mmg btl tak sedar diri... masa nak kan main lembut bila dah tak suka mcm2 alasan dia...

moga 'aku' terus tabah & sabar. salam ramadhan utk 'aku' & anak2..

9:56 AM  
Blogger ibuVouge said...

salam aku
dah nak dekat tengah ramadan skang ni, aku sihat, cemana famili
segalanya berjalan lancar ya!

10:30 AM  
Blogger Junita said...

saya dah 4 kali terkena dgn maid ni... cukupla.. macam macam dugaan yg telah ditempuh. That's why I decided to quit n concentrate on family. Mula mula mmg tension gila, tapi bila fikir, tak payah dah nak fikir pasal hal maid... just my own family. Maid ni sorry to say, banyak susah dari senang.... Nasib saya dgn maid mmg tak pernah elok, sumer nyer hampeh!!!
So, Aku, I know how u fell... been there....done that....felt it....

6:59 AM  
Blogger ummu Masyitah said...

salam Aku...
saya mengerti perasaan itu.saya pernah difitnah oleh maid saya.maid ini pandai berpura2 di depan keluarga mertua,seolah2 di rumah,dialah yang membuat segala kerja rumah...dan ipar duai serta mertua terus menghentam saya cukup-cukup...percayalah Allah bersama dengan hamba-hambaNya yang sabar dan benar.

10:28 PM  

Post a Comment

<< Home