Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Monday, September 11, 2006

Aku ingin bahagia

Malam tadi, tika seronok membaca sms dr Lis tiba-tiba ada panggilan masuk. Private number?

Hello!

Hello! Naa… amik Abang, Na!

Abang kat ner ni?

Abang baru sampai stesen X ni… Abang tunggu sini, Ana datang yer!

Hmmm… ok lah. Tunggu situ, jap lagi Ana sampai.

Ku perhatikan jam, 9.45pm. Aku segera bersiap. Puteri dan Putera sibuk menanyakan ke mana aku nak pergi? Aku cuma ckp nak amik kawan. Tak perlu aku bgtau Abi mereka nak balik. Kecoh lak nanti. Sepanjang jalan aku berfikir, bagaimana hidupku slps ini? Aku baru jer lega dr mslh dgn Mak dan baru dpt semangat baru dan kini… aku perlu berdepan dgn suami yg satu waktu dulu cukup memeningkan kepala aku…

Bukan sepanjang jalan nak pergi ambil suamiku saja, malah aku dah fikirkan perkara ini sejak hari Rabu baru ni, slps Dik Yah menelefon bgtau, suamiku akan balik ujung minggu ni, itu khabar yg Dik Yah dpt dr Usu. Hmmm… ntah betul atau tidak sbb ari tu, pihak kem bgtau aku, nama Abang dah ada pd setiap balai polis dan imigresen. Susah kalau nak naik kapal terbang balik ke Semenjung. Kalau Abang balik, Abang pasti kena tahan dgn imigresen. Walau aku kurang yakin suamiku akan pulang namun aku tetap berfikir sbg persediaan. Ku sms S, bgtau berita yg kuterima dr Dik Yah. S membalas: Doa la dia berubah dan tidak menyusahkan kau lagi… jgn putus doa ya…Pesanan S, ku simpan kemas dan kuamalkan.

Hari Sabtu: Aku ada program seminar di KLCC. Hampir kul 7, baru aku bertolak balik. Sampai di rumah, tak der apa2 perubahan.

Pagi Ahad: Aku sms Dik Yah, mintak tlg dptkn kepastian dari Usu, betul ker Abang balik ke sini? Bls Dik Yah, dia dah sms Usu tanyakan khabar tapi tak der berita lagi...

Lps solat maghrib, aku sms Dik Yah lagi. Tanyakan khabar. Sebenarnya aku risau kalau betul Abang balik, bimbang dia ditahan pihak imigresen atau polis atau tentera sbb sampai waktu ini Abang tak telefon aku, sampai ke rumah pun tidak. Sms itu terbiar tanpa balasan hinggalah aku menerima panggilan dr Abang mintak aku mengambilnya di stesen X.

Sampai di stesen X, aku masih belum ada jwpn pasti. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, Abang diam. Aku pun diam. Sampai depan rumah, aku bunyikan hon. Puteri dan Putera menjenguk dan menjerit: Abiiii… Abiii… pasti Yuli dah bgtau. Sepantas itu jugak suamiku menerpa ke arah anak2… memeluk kedua-duanya dan dicium pipi kiri kanan. Diangkatnya Putera masuk ke dalam sementara Puteri memegang baju. Sibuk mulut Puteri bertanya ke mana Abinya pergi. Suamiku hanya senyum, menarik tangan Puteri dan Putera duduk di depannya.

Abi ada beli kuih utk Ayang ngan Adik, nak tak?

Nakkkkk…… Puteri dan Putera menjawab serentak… panjang.

Nah, bagi Ummi jugak… Puteri segera unjukkan pdku. Kek lapis Sarawak. Tak per… Ummi kenyang lagi… makan laaaa. Puteri tak makan, Putera pun tak makan. Kedua-duanya duduk di pangkuan Abi.

Dah makan ke belum? Walau belum pasti apa tindakan aku slps ini, aku tak lupa tanggungjawab.

Belum… jwpn Abang membuatkan Yuli yg sdg menonton tv, bangun. Tak per lah Yuli, akak buat.

Aku capai pinggan, isikan nasi dan letak di atas meja.

Adik, suruh Abi makan nasi.

Abi, atan asyik…

Tak per arr.. jap gi Abi makan.

Mungkin Abang belum puas bermain dgn anak2. Ya lah, slps 3 bulan 12 hari, baru dpt berjumpa semula dgn anak2. Macam2 yg diceritakan dan Abang masih sprti dulu, memang bijak dan rajin melayan kerenah Puteri dan Putera. Aku sekadar memerhati, sesekali tersenyum jgk melihat gelagat mereka.

Tak aku sangka, tiba-tiba Puteri bersuara: Abi… jgn la tinggalkan Ayang lagi. Abi jgn pergi kerja jauh2 lagi. Abi tinggal la dgn Ayang…. Sebak hatiku mendengar rayuan Puteri. Selama ini, Puteri tak bising menanyakan Abinya tapi hari ini… Puteri luahkan isi hatinya…. ntah apa yg disimpan oleh Puteri selama ini, hanya Dia yg Mengetahui. Mungkin jgk itu petanda utk aku…

Malam tadi, aku dipinggirkan, Puteri dan Putera hanya mahukan Abi melayan mereka, buatkan susu, pakaikan diapers hatta minum air masak, Abi yg perlu tuangkan airnya. Tika aku mengajak anak2 tidur, kedua-dua nak tidur dgn Abi. Aku kemaskan bilik ke2, aku tak sanggup tidur bersama, belum masanya. Hmmm.. tidur sorang la aku malam ni… tak sangka lak tiba2 pintu bilik diketuk, Abang menjenguk menghantarkan Putera… Putera masih tak dpt bersenggang dgnku tika tidur… hanya Puteri, tetap nak tidur dgn Abi….

Hampir kul 1 pg, Putera dah nyenyak, mataku masih belum mahu lena. Dah puas aku memaksa diri utk tidur tpi tak berjaya. Aku bangun, turun ke bawah, minum segelas air masak. Naik ke atas semula. Tika nak masuk ke bilik semula, aku perasan pintu bilik tidur ke2 terbuka sikit. Puteri memang takut gelap. Bilik tu pulak memang tak der lampu tidur. Kurapat ke pintu, menjenguk. Puteri nyenyak tidur. Kubuka pintu sedikit, tiba2 Abang yg tadinya mata terpejam, menoleh ke arahku. Kenapa? Soalan Abang kubiarkan tanpa jawapan. Aku hanya memerhati Abang lama kemudian aku tutup pintu dan kembali ke bilikku.

Tak sangka, Abang mengikut. Abang duduk di tepi birai katil, sebelah aku.

Apasal Abang balik?

Naper? Tak boleh balik?

Naper Abang balik?
Aku masih mengulangi soalanku.

Abang rindu kat Ana….

Abang pegang tanganku. Aku tarik perlahan.

Dulu Ana pesan, kalau Abang dah berubah baru Abang balik kan?

A ah… Abang dah berubah la ni.

Betul Abang dah berubah?

Betul… Abang dah berubah. Abang nak berubah. Abang rindukan Ana. Rindukan anak2. Sebab tu Abang balik.

Habis tu, Abang nak wat per skrg?

Nak kerja la.

Kerja apa?

Apa2 pun laaa…

Askar camana?

Nanti lps raya, Abang serah diri.

Naper tak serah diri esok? Kem dah amik brg2 Abang tau.

Abang baru ja nak bersama dgn Ana dan anak2. Abang nak raya dgn Ana dan anak2 dulu. Lps raya ni, Abang serah diri.

Betul ni? Abang tak tipu?

Betul… Abang tak tipu. Abang janji tak tipu Ana lagi…

Aku diam… tiba2 jer aku rasa sedih sgt. Air mata terus mengalir.

Kali pertama, slps lbh 4 thn perkahwinanku, suamiku menyabarkan aku dan memelukku. Sungguh, dulu… aku asyik menyembunyikan sgl mlsh yg aku hadapi dr suamiku. Aku menangis dlm diam, tanpa suamiku sedari. Sama ada tangisan itu berpunca dr mslh dgn Mak atau dgn suamiku sendiri, aku takkan benarkan suamiku melihat air mataku. Sbbnya, aku tak mau suamiku membenci Mak atau hilang hormat pada Mak. Aku juga tak mau suamiku melihat aku sedih kerananya. Cuma, ada beberapa kali aku tak mampu menahan tangis, aku menangis di depannya namun masa itu, jangankan pelukan, pujukan pun tak der…

Dan malam tadi.. aku ucapkan pada suami: Ana bagi peluang lagi kat Abang tapi ini peluang terakhir. Ana nak Abang berubah, jdi suami dan Abi yg bertgjwb. Ana nak Abang kerja, kerja lah apa pun asalkan Abang dpt laksanakan tgjwb Abang. Abang ingat, jgn ulangi lagi kesilapan lama dan jgn tipu Ana lagi. Kalau Abang buat lagi, Ana akan tuntut cerai dr Abang dan jgn harap la Abang nak jumpa dgn anak2 lagi…

Abang mengangguk… Ya laaaa…. Abang janji..

Pagi ini… slps menghantar aku kerja, suamiku berjanji nak dptkan pekerjaan. Tempat pertama dituju, restoran kawan sekampungnya tak jauh dr kwsn rumah kami. Biarlah hanya sbg tukang cuci pinggan, asalkan ada kerja dan dia ada inisiatif utk menjlnkan tgjwb sbg suami dan Abi.

Ya Allah… aku inginkan kebahagiaan hidup berumahtangga. Aku ingin bahagia di samping suami dan anak2ku… bantulah aku ya Allah…. aminnnnn

13 Comments:

Blogger Syikin said...

This comment has been removed by a blog administrator.

1:13 PM  
Blogger PB said...

alhamdulillah

2:27 PM  
Blogger ayu_mkay said...

alhamdulillah abi dah balik ntuk anak2... harap abang akan berubah utk 'aku'... moga ramadhan nnt akan membw sinar baru dlm hidup kita semua...

4:09 PM  
Blogger Mahadi Sibon said...

saya doakan kebahagiaan buat aku dan keluarga. semoga abi betul2 berubah menjadi pelindung keluarga buat aku..
salam dari kami..

9:15 PM  
Blogger Syikin said...

Salam,

moga kalian terus bahagia.

jgn lupa terus berdoa

8:40 AM  
Blogger ibuVouge said...

Ana..IV tak sedar IV menangis,sekian lama ana menderita,insyaALLAh ini pelangi itu..
ini cahaya ramadhan untuk Ana
IV doakan selalu
dan mungkin sekarang ana tak perlukan lagi *hug* IV :D

1:10 PM  
Blogger ibuVouge said...

ana..terima kasih atas penghargaan..IV hargainya..moga persahabatan ini kekal selamanya
jgn sedih lagi tau..
nak juga hug ana.*wink,wink*

1:47 PM  
Anonymous ummuhajar said...

salam.

"aku" cukup kuat. tahniah. Semoga hidup penuh cahaya. Bukan niat utk menasihati, tapi sekadar berkongsi cerita mungkin boleh diambil iktibar. Suami sifatnya memerlukan kepada isteri. Bangunnya suami, gahnya suami banyak disumbang oleh isteri. Kekuatan seorang suami adalah pada isteri. Jika kita lihat kehebatan seorang suami itu, lihatlah isterinya.... isteri adalah penyumbang besar. Ini berlainan dengan isteri. Ramai ibu tunggal berjaya. Ramai isteri yang diabai suami, berjaya. "abang" kembali kali ini, kerana "aku" adalah orang yang paling layak Allah tentukan untuk menyelamatkannya. Tolong dan bantulah dia. Dia tak mampu hidup tanpa "aku" dan anak-anak. Seperti yang "aku" kabarkan, alhamdulillah, dia penyayang dan amat membantu dalam urusan rumahtangga. Alhamdulillah. bersyukur. Andai boleh di senaraikan antara sifat baik dan buruk dia, saya pasti list sifat baik dia lebih banyak. Alhamdulillah, dia tidak sampai tahap memukul dan mendera "aku" dan anak-anak. Semoga Ramadhan dan Syawal yang mendatang lebih menceriakan hidup "aku" sekeluarga.

1:48 PM  
Blogger MaNiQ KaYaNgaN said...

moga kebahagiaan itu ada..... dan moga kekal berpanjangan..!!

9:02 AM  
Blogger Ayu said...

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah urusan sahabatku ini... Kau berilah kebahagiaan kepadanya Ya Allah.. berilah petunjuk dan hidayah pada suaminya..moga-moga mereka akan menjadi pasangan yg soleh dan solehah serta hidup rukun dan damai hingga ke syurga kelak.. aminnnnnnnnnnn

1:11 PM  
Anonymous Bie said...

k.aku...moga sinar kebahagian kan muncul jua dlm hidup akak...insyaAllah...byk2 brdoa yea dan jgn putus harapan...

9:16 AM  
Blogger ibuVouge said...

sihat ke..?

12:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

abg said
moga kebahagian ana akan terus berkekalan. panjangkan doa selepas sembahyang. perceraian adalah perkara terakhir walaupun dibenarkan. tabahkan hati jangan putus harapan.

2:26 PM  

Post a Comment

<< Home