Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Tuesday, September 05, 2006

Aku tak kan percaya lagi…

Seperti biasa, selewatnya jam 10.30 mlm, aku akan mengajak Putera dan Puteri masuk tidur. Malam tadi, malam kedua aku dapat meletakkan kepada dengan tenang dan tanpa tangisan… tidak seperti malam-malam sebelumnya sejak 30hb baru ni… tika orang lain sibuk menghitung detik kemerdekaan kali yg ke 49, aku pula tanpa kata hanya mampu mengalirkan air mata tanpa henti…

30hb Ogos: Aku mintak dari boss nak balik awal dr biasa. Sebabnya, slps selesai majlis konvo Ina, Bapa plan nak terus bertolak ke rumah Dik Mi di Cameron Highlands. Memandangkan Puteri mengikut sama pagi tadi dan aku berkeras tak benarkan Mak membawanya ke CH, Bapa berjanji akan singgah ke rumahku dulu. Aku nak balik awal sbb nak masakkan makan malam untuk Bapa… walau utk semua org tpi sungguh, apa yg aku lakukan hanya demi Bapa. Sblm balik, aku singgah belikan hadiah utk Ina.. seekor teddy bear comel berpakaian lagak mahasiswa dan sepasang kain bersulam cantik… hanya itu yg aku mampu…

Aku selesai masak tika jam hampir kul 7 mlm, Bapa dan semua org masih belum sampai… tika azan maghrib berkumandang, terdengar bunyi kereta. Hanya Bapa, Mak, Angah dan suami serta anak2nya yg ada, Puteri pun dah ada sekali. Adik2 yg lain, belum sampai lagi. Kata Mak, berhenti kejap kat tepi jalan tadi. Tak kisah la… aku mintak Yuli hidangkan makan malam. Terdengar Mak memuji bau hidangan: Sedapnya Yuli masak ni… tomyam ker apa ni?

Bukan saya yg masak… akak yg masak ni… Mak memandang aku. Masak tomyam ka?

Bukan… paprik. Sepatah ditanya, sepatah aku menjawab. Sungguh, aku masih terluka.

Selesai makan, Bapa mengadu pasal matanya yg masih sakit. Memang sejak sampai tgh mlm semalam, mata Bapa merah dan Bapa dah beli ubat dr farmasi sblm bertolak ke sini. Mgkin tak sesuai. Aku mencadangkan Bapa ke klinik. Mak pun setuju. Mulanya Bapa menolak tpi Mak bising… hmmmm… masih sama cam dulu. Aku masih cuba memujuk Bapa dan akhirnya Bapa setuju.

Balik dr klinik, aku perasan adik2ku yg lain semua dah ada, kecuali Bg Chik. Kata Aiza, sampai jer tadi, dia bgtau nak jalan2. Pelik jugakk… agaknya pergi ke surau utk jemaah Isyak. Tika dah nak bertolak ke CH, aku masih belum nampak kelibat Bg Chik. Ina menelefon, katanya dah nak sampai ke depan rumahku. Dalam kecoh2 bersalaman dan tika masing2 dah masuk ke dalam kereta, aku perasan, aku tak nampak pun Bg Chik. Aku tanya kat Aiza: Mana bg Chik?

Laaaa.. tadi ada. Tuuu, dlm kereta Angah dah tuh. Dia tak jumpa Along ka?

Aku perhatikan, Bg Chik menoleh ke sebelah sana, tak pandang langsung ke arah aku. Serta merta aku rasa lain… sukar nak aku luahkan. Bila kedua-dua kereta bergerak dan masing2 melambaikan tangan kpd anak2ku… aku perasan Bg Chik masih buat tak tau, langsung tak memandang ke arahku. Ya Allah, tak pernah Bg Chik berkelakuan cam tuh. Aku tau, dia memang keras hati, baran dlm diam dan paling dia pantang kalau ada yg cari pasal dgn Mak. Baru aku ingat, masa kes Mak marahkan aku sbb menyangka aku yg mtk duit dr Bapa, Bg Chik ada di kampung, bercuti seminggu. Mesti Mak dah luah sgl kat Bg Chik… sbb tu dia bertindak cam tu kat aku…dan tanpa paksaan, air mata aku terus jatuh berguguran…

Sedih… aku sedih sgt2… apa salah aku sampai Bg Chik sanggup buat aku cam tuh? Aku tak mtk duit Bapa, aku cuma nak terima tawaran Bapa. Kenapa kalau aku yg nak ditolong, semua org marah. Dulu, kes aku nak pinjam kad kredit pun, Bg Chik dan adik2 lain termasuk Angah marah2, macam lah dia tak pernah kacau Bapa. Malah Bg Chik tolak tawaran masuk ke pusat matrikulasi kerana enggan dtg ke rumah ku… aku yakin itu sebabnya sbb sblm tu, memang beriya benar dia nak ke sana. Dengan usaha aku jgk, dia dpt belajar di UM skrg ni..

Aku tak tau nak fikir apa lagi. Baki prepaid hanya seringgit lebih, aku hubungi sahabatku S, meluahkan rasa kecewa. S hanya mampu meminta aku bersabar. Ya lah, apa lagi yg boleh dikatakan oleh org lain. Kali pertama, aku menangis teresak2 di depan Yuli, aku luahkan apa yg aku rasa. Yuli juga diam cuma dia mengaku, mengesyaki ada yg tak kena antara aku dan Mak sbb selalu nampak aku menangis slps bercakap di telefon dgn Mak.

Dan sepanjang malam merdeka itu, aku menangis… terus menangis. Ntah laa… kalau bukan kerana aku memiliki Puteri dan Putera, pasti aku dah bunuh diri… aku tak mau hidup lagi di dunia yg serba menyakitkan hati ini… aku tak boleh nak harapkan saudara sendiri… dlm keadaan diri tak bersuami, aku masih tersisih oleh Mak sendiri…

31hb Ogos: Ari ni ulgthn perkahwinan Bapa dan Mak yg ke 33. Thn lps kami semua berkumpul di CH jgk. Tika itu aku hadapi mslh kewangan yg kronik, aku tak der gaji… Mak tau tuh tpi Mak nak jgk aku kumpul ramai2 di CH. Terpaksa aku berhutang demi menunaikan hasrat Mak. Tapi aku sedih bila dpt tau, Angah sekeluarga ke sana dgn sponsor sepenuhnya dari Mak, guna duit Bapa gak ler. Sbb tu kali ni, aku berkeras tak nak pergi… biarlah…aku dah penat jaga hati org, biar aku jaga hati sendiri pulak

Ptg: Aku ajak Yuli makan kat luar. Cuba nak tukar selera sbb inilah kali pertama, bila diuji aku tak der selera nak makan… selalunya aku akan makan dan makan seolah2 aku sdg mengunyah masalah…

Malam itu, aku menghantar sms utk Bapa… aku tak daya nak simpan lagi rasa kecewa aku: A’kum. Bapa, slmt ulgthn prkhwinan. Maaf sbb xdpt kumpul ramai2 di CH. Mmm, sjk mlm tdi sy duk fkir apa salah sy smpai Bg Cik xtegur sy lgsung. Mgkin dia mrh sbb kes Mak kta sy mtk duit ari tu. Syukur sy dah batalkn hsrat sy klau tak, mgkin smua akn buang sy. Hmm, sy sedih sgt2. Knapa dr dlu Mak slalu pinggirkan sy? Klau sy mtk tlg ada ja yg xkena tpi Mak sggup gna duit hntrn sy utk tlg Angah byr ansuran kreta. Xpa la Bapa, maaf kacau ketenangan Bapa. Sy janji xkacau lg..

Aku fwdkan sms yg sama kpd S dan Z… hanya S dan Z sajalah tempat aku mengadu nasib diri…dan seperti selalunya, mesej mereka berdua menjadi pengubat semangatku…

1hb Sept: Aku kerja cam biasa walau hati ini, Dia saja yg tau… kepalaku juga rasa semacam. Tika sdg menyiapkan kerja yg perlu dihantar segera ari ni, S telefon tanyakan khabar dan sama ada Bapa aku dah bls atau tidak sms aku malam tadi. Aku ok… Bapa aku tak bls lagi sms aku dan aku sendiri tak mengharapkan Bapa aku membalasnya.. walau hakikatnya aku sendiri pelik… tak pernah Bapa berdiam diri dgn sms aku..

Hampir tghri, kerja yg patut dihantar dah pun aku siapkan dan hantar… kepala makin sakit.. aku amik keputusan utk cuti separuh hari… sampai di rumah, aku terfikir utk bercuti, membawa diri ke dalam air.. sejak dulu, jika aku bermasalah, aku akan hilangkan rasa tensyen aku dgn mandi laut… insyaAllah, esok pagi aku nak bawak anak2 ke PD

2hb Sept: Seawal jam 5am, aku sms Yuli bgtau plan ari ni tak jadi… ntah laaa… sejak malam tadi, aku rasa tak sedap hati… dah la susah aku nak lelapkan mata… macam2 yg terlintas dlm kepala aku… tika jam 3.30 pgi, aku masih sedar dan segar…Yuli tak kisah… dia mengikut saja. Pada Puteri dan Putera, aku berjanji, insyaAllah.. satu hari nanti aku akan bawak mereka ke pantai…dan sepanjang hari tu, aku memaksa diri utk tidur dan tidur… hanya tidur mampu buat aku lupakan sgl yg aku sdg hadapi…

Hampir jam 5.30 ptg, Aiza, Ina, Tira dan Bg Chik sampai ke rumah. Hanya Aiza, Ina dan Tira yg masuk. Bg Chik menunggu di dlm kereta. Mulanya aku diam, malas nak layan. Tpi bila Aiza soalkan sms yg aku hantar kat Bapa… baru aku tau, Bapa tak baca langsung sms tuh. Aiza yg baca, tunjukkan kat Dik Mi, kat Mak, kat Angah… terus delete. Bermulalah agenda membincangkan tentang aku di sana. Aiza kata, aku yg tak sedar salah sendiri. Aku persoalkan, apa salah aku? Kerana aku menerima tawaran Bapa? Bapa tawarkan utk bagi aku RM5 ribu hingga RM6 ribu tpi aku menawar kembali utk menerima maksima RM3 ribu shj, masih aku yg bersalah?

Aiza pertikaikan, kenapa tiba2 lak aku batalkan sdgkan mula2 dah janji nak jadikan Bapa aku rakan kongsi. Habis? Dah Mak tak setuju… aku batalkanlah.. dah tak jadi nak buat bisnes, camana nak ada rakan kongsi lagi.. Aiza kata, Bapa termenung panjang lps aku batalkan hasrat aku? Habis, nak salahkan aku? Aku tak mengadu apa2 cuma aku bgtau aku menarik balik hasrat aku sbb Mak tak setuju, ntah apa akan jadi blkg hari nanti so, lbh baik aku menarik diri…

Bukan hang nak bagi duit tu kat laki hang? Aku takkan lupa ayat itu sampai ke akhir hayat… sampai hati Aiza mengucapkan semua itu. Air mata yg aku tahan sejak tadi tak mampu dibendung lagi dan aku terus menangis teresak2. Aku tak sangka sampai begitu sekali Mak meragui aku… mengesyaki aku… Aku yg suruh dia keluar dr rumah ni, buat apa aku nak tolong dia lagi… Allahhhh… Hanya itu yg mampu aku lafazkan dan Aiza diam, mgkin terkejut mendengar esakan aku. Ina yg tadi hanya memerhati hanya terus memandang.

Tak pa lah, aku tau la… memang kalau utk aku susah sgt2… memang dr dulu lagi cam ni…

Tu lah masalahnya sbb Along simpan… sampai jadi dendam… cuba Along lupa ja semuanya…

Senang ja ckp nak lupa… aku yg rasa… aku yg alami… Mak sanggup gadaikan nama dan maruah aku semata-mata nak jaga nama dan maruah Angah… kalau bab Angah, baru telefon cari Bapa ja Mak dah risau kalau2 Angah perlukan duit dan terus jadi marah2 kat aku yg baru seminggu dlm pantang… sbb tak pandai jaga anak dan biarkan anak menangis… seminggu puasa thn lps, Mak bgtau Angah mtk duit RM1000 nak byr ansuran kereta, Mak mtk pendapat aku, aku cuma ckp, ikut suka Mak la cuma kalau ikut pendapat sy, baiklah tak payah bagi sbb kalau Mak bagi, bila2 pun dia akan mtk sbb aku tau, sejak dia pakai kereta dan bertukar kereta dr kancil ke wira, Mak yg selalu tlg dia byr ansuran bulanan…tpi Mak kata: Mak ingatkan cucu dia sbb tu Mak tlg jdk… abis tuh, masa aku terdesak nak baiki kereta seminggu sblm raya, kenapa Mak tak tolong?

Mak kata Along yg tak mau Mak nak bagi RM500?

Ya Allah… penipunyaa… bila masa dia nak bagi kat aku RM500? Bila?? Dan aku hanya mampu menangis lagi…

Ptg itu, Aiza yg mulanya marah terus diam… Bg Chik yg bising nak ajak balik sbb alasan belum solat Asar tak diendahkan, disuruhnya Bg Chik masuk ke rumah aku dan solat dulu.

Tak pa lah.. tak yah paksa dia laa… biarlah… Aiza hanya memerhati.

Sabarlah Along… Aiza pun tak tau nak kata pa dah… cuma kita ni anak… kena la terima…

Sbb aku anak la aku terima semua ni… tak pa lahh… tak yah risau psl aku…pi lah balik..

Aku kesat air mata… aku hantar mereka ke muka pintu. Bg Chik tak der dlm kereta. Tira murung jer, kata Aiza, mgkin demam. Aku rasa dahi Tira, panas.. aku hulurkan RM30, suruh Aiza amik ubat Tira dulu sbb esok Tira dah nak balik asrama. Aiza mtk nak bawak Puteri dan Putera bersama, Yuli pun ikut sekali ke rumah Ina. Aku hanya benarkan Puteri dan Yuli, biarlah Putera bersamaku… dgn janji, insyaAllah.. jumpa di Bukit Jalil esok.

Jam 7.45 mlm, aku hubungi hp Bapa, Bg Ngah yg angkat. Kata Bg Ngah, Bapa solat. Tak pa lah, sat gi Along telefon semula. Aku berkira-kira, slps 15 minit, boleh lah aku telefon semula. Dlm menunggu 15 minit, aku terima sms: Hoi hang ni apa ni hah. Tak habis2 menyusahkan Mak Bapa. Org kawin kita nak kawin. Aku tak mau campuq tpi hang dah melampau sgt duk mengadu macam2 kat Bapa. Aku tak pernah jumpa anak yg kurang ajar tak tau jaga maruah dan hati Mak Bapa

Sms dr Dik Mi… terkejut, sungguh aku terkejut. Apa salah aku. Aku cuma nak tanyakan khabar Bapa. Dlm air mata, aku fwdkan sms Dik Mi kat Aiza. Tak lama Aiza telefon, saper yg antar? Dan sekali lagi, aku teresak2. Aku cuma nak tanya khabar Bapa…hanya itu yg mampu aku luahkan… sedih… aku sedih sgt2 dan aku putuskan talian.

Aku kuatkan hati, aku telefon Bapa. Gagal. Aku cuba lagi. Gagal. Aku hubungi hp Bg Ngah. Dapat… Bg Ngah, Bapa ada? Ada… tut tut.. putus lagi… aku cuba hp Bapa pula. Gagal. Tiba2 masuk sms dr Bg Ngah: Along, tepon lain, line tak clear. Masuk jgk sms bgtau ada missed dr Bapa. Aku call hp Bapa semula.. dapat.

Assalamualaikum, Bapa? Sihat?

Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat. Ni line tak berapa clear ni, ckp kuat sikit.

Ooo.. mata camana? Lega dah?

Mata lega dah, alhamdulillah.

Bapa, sy nak habaq ni, kalau Bapa bagi duit ari tu pun, sy tak bagi kat abang laa… sy dah suruh dia keluaq, takkan sy nak tolong dia pulak…

Isyy.. tak dak sapa buruk sangka cam tu aiihh…

Tak pa la.. sy nak bgtau tu ja.. tak pa la naa… Dik Mi ada?

Ada…

Panggil dia sat...

Sat..

Hello!

Hello! Assalamualaikum

Waalaikumussalam

Happy birthday.

Terima kasih.

Awat yg hantaq sms cam tuh?

Haaa… awat yg hang wat kurang ajaq cam tuh… apa lagi yg hang nak habaq kat Bapa?

Hang baca 1 sms tu ja hang boleh kata cam tu kat aku? Air mata aku mula tumpah kembali…

Aku tau semua psl hang… aku tak mau campuq tapi hang dah kurang ajaq dgn Mak… hang ingat, jadi apa2 kat Mak ngan bapa… hang jaga laaaa

Hang tak tau… hang tak tau apa satu pun tentang aku… apa yg aku alami… dah laaa… terima kasih byk2… aku putuskan talian dan air mata terus keluar… aku sedih.. sedih sgt2… itukah adik yg aku bawak kembali ke dlm keluarga slps 3 thn dia menghilangkan diri kerana berkahwin dgn bukan pilihan hati Mak… kalau bukan kerana aku, dia tak mgkin dpt berkumpual dgn adik2 yg lain… tak mgkin akan hidup bahagia skrg kerana byk kali Mak suruh Dik Mi ceraikan siteri dia… aku yg melarang dan menasihati hatta aku sendiri yg teruk kena marah dgn Mak. Kerana kes dia… skrg aku yg dikatakannya tak tau jaga maruah keluarga?

Aku hubungi S: Kalaulah aku tak der anak, memang aku dah bunuh diri… S gelak… kata S, itulah yg dikatakan antara dia dan Z. Aku ceritakan apa kata Dik Mi.. S ingatkan aku, Dik Mi tu lagi teruk dr kau… kau kawin dgn restu famili tpi Dik Mi kawin lari… ayat spontan persis pantun itu sedikit menghiburkan aku… betul jgk, dulu masa dia baru benti kerja ladang dan memulakan kerja baru dekat dgn aku, dia menumpang dgn isteri dan anaknya sekali di rumah aku, akulah yg hulurkan belanja setiap hari utk Dik Mi pergi kerja.. aku yg menyara makan minum dia sekeluarga… aaahhhhh… memang kacang lupakan kulit…

Tak lama slps berckp dgn S, aku terima sms dr Aiza: Sabar la Along. Aiza akan tolong Along utk satukan kita semua semula..

Aku membls: Tak yah.. tak perlu buat apa2. Aku dah cukup terluka dan aku tak mau terluka lagi. Cukuplah aku tau aku ada famili walau aku tak rasa apa erti famili. Sbnrnya aku lebih beruntung drpd mereka yg langsung tak kenal famili sendiri…

Malam itu, aku menangis lagi…hanya Dia yg Maha Mengetahui..

3hb Sept: Jam 7 pagi, aku sms Aiza bgtau aku tak jadi ke Bukit Jalil kemudian aku offkan hp. Aku tak mau diganggu.. kemudian aku menyambung tidurku… walau susah, kupaksakan utk terus tidur. Terjaga, aku on kan hp.. hampir jam 9 pagi.. masuk sms, dr Aiza membls smsku pagi tadi…

Aku bangun mandi… tgh bersiap Putera bangun. Aku mandikan Putera, kemudian bawak Putera keluar makan. Balik ke rumah, Putera nak tengok VCD kegemarannya, cerita Cars. Aku biarkan Putera melayan Cars dan aku… hanya memandang Putera. Kepalaku ligat, macam2 mengganggu. Jam 1.30, aku ajak Putera tidur. Aku sendiri memaksa diri utk tidur… terjaga hampir kul 4.30 ptg, ada 7 missed call. Salah satunya dari S. Aku sms S: Maaf sbb tak jwb call. Aku malas nak layan call. Aku rasa kosong. Tak pernah aku rasa kosong cam ni. Aku takut utk teruskan hidup. Ntah apa lagi ujian yg aku perlu hadapi. Aku takut, takut sgt2…

Slps meng’sms’ S, aku mandi. Alhamdulillah, aku dah boleh solat… aku sembah Dia, meluahkan sgl ketakutan…. Alhamdulillah, slps itu aku kembali tenang. Tak lama, aku terima sms dr S: S sarankan aku membaca al-Quran jgk di samping solat. Aku membalas: Alhamdulillah, aku dah boleh solat semula. Rasa tenang sikit.

Jam 6.15 ptg, aku bawak Putera keluar jalan2 keliling kwsn perumahan kemudian aku beli makanan utk makan malam. Hampir maghrib, Aiza menghantar Puteri dan Yuli ke rumah. Malam tu, kami sibuk bergambar bersama Ina sbb ari tu, Ina belum bergambar dgnku dgn memakai jubah konvonya. Seketika, aku dapat lupakan luka…

4hb Sept: Aku membalas emel S dan Z yg bertanyakan khabar aku… aku ok malah aku dah amik keputusan nak lupakan semua yg dah berlaku… mulai skrg, aku malas nak fikir semua tu lagi… aku cuma akan amik tau psl Bapa aku dan anak2 aku… itu keputusan nekad, sungguh… aku dah cukup stress dgn semua ni.. periodku yg terhenti boleh ada kembali…

Dan malam tadi… tika aku hampir terlelap, tiba2 ada sms masuk. Dari Dik Mi: Along, aku mtk maaf kalau msj aku ni ganggu hang. Aku tak tau samada hang nak baca ka dak msj aku ni tpi aku dah kenal betui dgn hang, jgn susah hati, Allah tau segalanya. Hari tu aku marah kat hang bukan pasai apa tapi bg aku cara hang tulis msj kat Bapa tak sesuai. Memang kadang aku pun terasa dgn apa yg berlaku tpi kita anak cuma boleh berdoa kat tuhan minta buka pintu hati dua. aku rasa hal ni hang lbh faham dr aku. Cukup dulu aku rasa, kalau hang rasa selesa dgn apa yg aku kata, hang reply balik tapi kalau hang rasa aku tak layak kongsi masalah dgn hang, aku tak boleh nak buat apa. Moga hang bahagia dan berada dlm rahmat Allah selalu. Amin..

Selesai membaca, terus aku cancell… malas aku nak layan…. Aku tak nak percaya saper2 lagi kecuali diri aku sendiri….

14 Comments:

Blogger Mahadi Sibon said...

salam...sedihnya baca..
mintak akak tolong banyak2 sabar yer.. jangan la sebut2 pasal nak bunuh diri tu, mintak dijauhkan..
insyaallah akak akan dapat ketenangan dengan cara yang lain dan moga Putera dan Puteri dapat berikan kegembiraan buat akak. baper umur putera dan puteri? putera saya hampir 2 tahun, puteri dah 4 tahun setengah..
salam ikhlas dari saya.....

7:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

assallamualaikum,
sedih sebenarnya membaca cerita aku ini tapi kakak harap aku akan lebih tabah menghadapi semua ini. Memang kita bila susah dan bermasalah semua orang akan pandang rendah walaupun keluarga sendiri, tambah lagi yang tidak boleh memahami keadaan sebenar. Cuma aku jangan sampai terfikir ke arah tu .... tak baik kan. Masih ada anak-anak yang amat menyayangi aku , sebenarnya merekalah kekuatan aku dan bahagianya anak-anak adalah bahagianya aku. Buangkan semua cite pahit usah difikir yang pahit, usah diingat orang yang aku benci atau yang telah melukakan aku, ingat anak-anak dan terus kehadapan aku mesti lebih kuat untuk hidup seterusnya. Kakak juga ada masalah sendiri tapi itulah hidup mesti diteruskan biarlah masalah itu pergi dari hidup kita.
Take care.

Dari kakak

11:26 AM  
Blogger alinlai said...

bawa mengucap 'aku'. Jgn ada lagi niat macam tu lagi sebab syaitan sentiasa nak menyesatkan kita...

12:24 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

ada kala Tuhan tak kasi kita bahagia kerana Tuhan sayang kita.

salam

2:06 PM  
Blogger ibuVouge said...

aku...
hug untuk aku
IV rasa aku dah jumpa ketenangan tu
aku kuat untuk hadapi segalanya
insyaALLAH
ingat lah putera dan puteri kala resah..doa la pada ILAHI
klau aku dekat ,IV bagi bahu dan telinga IV untuk mendengar
IV mmg sebuk sket skang...early of monthkan... biasala

2:40 PM  
Blogger elly said...

assalamualaikum...
salam utk akak....mmg sedih sungguh bila baca kisah akak ni...berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan kak... satu je saya pinta...jgnlah akak simpan niat mcm tu lagi..semoga terus tabah dalam menghadapi dugaan..ingat je bahawa Allah sentiasa ingin menduga hamba yg dikasihiNya...sabar sabar dan terus sabar..Insyaallah dengan berkat kesabaran akak dan doa yg tak putus2 kepada Yang Maha Esa, semua yg pahit akan jadi manis..insyaallah...Salam kasih dan sayang utk puteri dan putera....

4:17 PM  
Blogger Ayu said...

Allahuakbar.. besarnya dugaan yanga wak terima.. tapi satu je pesan saya.. ingatlah bahawa Allah tak akan memberi dugaan itu melainkan Dia tahu bahawa hambaNya itu dapat mengatasi dugaan itu.. If Allah believes in u..y not u? saya berdoa semoga Allah memudahkan segala2nya bagi awak dan semoga awak diberi rahmat dan keberkatan.. aaaminnnnnnnn

Banyakkan sabar dan mengaji Al-Quran.. semua yang berlaku ni ada hikmahnya.. percaya laahh...

5:00 PM  
Anonymous ummuhajar said...

salam..

Pembacaan kali ini cukup banyak gangguan. Curi-curi baca, boss dok hulu hilir. Alamak! tumpuan terganggu. Nak habiskan pembacaan, terpaksa 3,4 kali minimize. Tak puas rasanya.

Saya fikir sendirian, apa hikmah di sebalik semua ini.... tapi tak tercapai dek pemikiran yang terhad ini.

Cuma satu petua yang ingin dikongsi. Walaupun amat sukar untuk dilakukan, tapi "aku" boleh mencuba. Lupakan semua budi kita pada orang, maafkan semua salah orang pada kita. Kita serahkan bulat-bulat pada DIA atas apa yang berlaku. DIA Maha Mengetahui.

Tahniah "aku" cukup tabah hingga ke saat ini.

5:42 PM  
Anonymous ummuhajar said...

salam...

Betul cakap "aku"

Cuba hidup sebagai orang baru. Dunia baru. semangat dan azam yang baru. Lupakan segala kenangan pahit. Biarkan mereka.... sepuas hati mereka.... usah difikirkan lagi. Mudahnya beri nasihat kan!!! Saya faham cukup sukar untuk melaluinya.... banyakkan pergantungan pada DIA....

Semoga berjaya dunia dan akhirat... semoga bahagia akan muncul....

Ya Allah limpahkanlah cahaya kebahagiaan kepada hambuMU dan anak2nya ini. Satukanlah kembali keluarga mereka...... Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

6:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam,

aku ni, S..

moga kata2 kwn bloggers lain menambah semangat ko utk meneruskan kehidupan.

Aku rasa DIk Mi antor sms terakhir tu agaknya aiza dah defend ko kut..tak taulah.

yg penting, doakan yg terbaik utk ko n anak2 n doakan moga mak n ahli keluarga ko yg lain akan berubah, jgn berhenti sehingga nafas ko yg terakhir. Jgn putus asa, terima ujian ini sbg pencetus semangat ko..ok.

spt biasa, aku n Z takkan putus beri semangat pada ko..kuatlah.

Salam sayang,

S

12:29 PM  
Blogger Mamamanja said...

salam kak...
xtau nak kata apa cuma akak bersabarlah dan tabah hadapi semua nih. mungkin ada hikmah disebaliknya.

1:33 PM  
Blogger PB said...

bila baca kisah ni, mcm tak percaya ada jugak ibu kandung yang sanggup membeza bezakan anak anak.

Seperti rakan blog yang lain, PB doakan 'aku' akan terus tabah. Sentiasa diberi kesihatan yang baik utk menjaga anak anak. Dan juga sentiasa diberi kekuatan iman untuk menempuh semua ini.

8:44 AM  
Anonymous lady said...

salammm..
so touched..
saya ingat saya sajer diduga..tapi ader lagi insan lain yg lebih duka...life must go on sis..tabah lah..kerana tiap hidup kita adalah pelajaran,ambil yg baik dan tinggalkan yg merunsingkan..

lady-->> salam kenal..

12:18 PM  
Blogger ayu_mkay said...

cam tak caya ada ibu kandung yg membeza2kan anak sendiri... tapi sebgi anak mampukah kita terus membenci dia..? utk 'aku' bykkan sabar... moga terus tabah & kuat utk anak2

4:14 PM  

Post a Comment

<< Home