Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Monday, September 25, 2006

Sinar Ramadan bercahaya

Salam Ramadan kpd kawan2 bloggers yg sentiasa memberikan kata2 semangat dan perangsang kpd aku. Terima kasih byk2. Doaku, Ramadan kali ini akan memberikan rahmat dan barakah kpd kita semua.

Semalam, hari pertama Ramadan. Aku masih kurang sihat. Sejak minggu lps, aku rasa seperti nak demam, tekak pun perit. Sejak Selasa, setiap pagi aku akan telan dua biji panadol sblm ke tempat kerja. Alhamdulillah, aku boleh bertahan namun pagi Jumaat, aku memang tak larat. Badan rasa lemah sgt2. Tekak perit, kepala pun berat jer. Aku mintak suamiku hubungi rakan sekerjaku bgtau keadaanku. Hampir kul 9, baru aku berdaya bangun dan bersiap utk ke klinik. Patutnya masa ni aku dah on de way ke Putrajaya, ada temujanji dgn klien di sana, apa dayaku…

Walau ptg semalam aku masih kurang sihat, aku masih mampu menyediakan juadah berbuka utk hari pertama puasa. Aku masakkan kari putik nangka dgn ayam, sup sayur dan ikan goreng dan buat cucur udang cicah kuah kacang… alhamdulillah, suamiku rajin menolong. Lagipun, seminggu lepas memang dialah yang menguruskan rumahtangga.

Hampir 6.30 ptg, Puteri sedang enak menyuap cucur udang. Suamiku pula membawa Putera jalan-jalan keliling kwsn perumahan. Sambil menunggu baki cucur udangku garing di kuali, aku terfikir nak menelefon Bapa. Selesai menanyakan khabar Bapa, kutanyakan Mak. Kata Bapa, Mak sedang berbual dgn Angah. Tak lama, aku dengar suara Mak.

Hello!

Hello, Mak! Assalamualaikum.

Waalaikumussalam. Haa…. Apa habaq?

Habaq baik? Alhamdulillah. Mak apa habaq?

Mak pun sihat ja, alhamdulillah. Masak pa dah?

Masak gulai nangka muda dgn ayam pas tu wat cucuq udang cicah kuah kacang ja.

Oooiiii…. Sedap tu!

Mak masak pa?

Mak wat gulai ikan temenung dgn kacang pas tu adik hang beli ikan terubuk tadi, bakaq ikan terubuk tu ja laaa

Malam ni more masak pa?
Aku memang tau setiap malam kedua terawih adalah giliran moreh rumah kami.

Mak tak masak pa pun… tempah laksam ja…

Oooo….

Aa bila balik?

Abang balik dah 2 mgu dah…

Abis tu dia wat pa la ni? Suruh la dia keja, hang sorang pun laghat kaa….

Ari tu dia kerja dah sat tpi mgu ni dia jaga anak ja sbb Yuli tak dak…

Tak pa lah cam tu… panggil dia sat..

Dia tak dak.. wak anak jalan2..

Tak pa lah.. kirim salam la kat dia sat gi..

Saya pun sama la naa… kirim salam semua.. Assalamualaikum.

Setelah meletakkan telefon, aku rasakan sesuatu yg berbeza. Ntah laa… sungguh, aku terkejut dgn penerimaan Mak terhadap kepulangan suamiku. Bapa, memang aku menjangka dan tepat jangkaanku, ari Khamis baru ni aku sms bgtau psl kepulangan Abang, Bapa membalas: Bapa senang hati bila dapat tau anak menantu dah bersama semula. Mungkin inilah sinar Ramadan….

Malam tadi, selesai solat Maghrib, aku mintak suamiku mencari tiket utk balik kampung raya ni. Alhamdulillah, tiket yg kuhajati ada… kami akan balik malam raya dan balik semula ke sini malam esoknya. Tak bermalam langsung di kampung. Cukuplah melepaskan hajat beraya dgn Mak dan Bapa… aku sedar aku ni anak… takkan lepas dari tgjwb aku… biarlah apa adik2 nak buat, biarlah juga apa Mak nak buat, aku nak buat tak tau ja dah lps ni… cdgn asal utk pindah masih ada dan akan tetap terlaksana lps raya nanti… moga ada hikmahnya… aminnnn

14 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam,

sejuk baca entri ni..tindakan balik kg utk beraya ngan famili amat bijak sekali.

Bak kata hang, yg lps biarkan..n kalau ada apa2 hal lepas ni pun, buat derk je.

insyaALLAh, kalian akan lbh diberkati.


Salam,

S.

10:04 PM  
Anonymous ummuhajar said...

salam...

alhamdulillah. Permulaan Ramadhan yang baik. Kali ni tak de air mata yg mengalir....cuma entah mengapa bulu roma saya meremang. Sinar keberkatan Ramadhan....dah memancar. Moga terus memancar...

9:25 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

semuga perancangan menjadi kenyataan.;)

9:51 AM  
Blogger ibuVouge said...

salam ana
tetap berair mata, tapi air mata bahagia.INsyaALLAH, ramadan tu bulan terbaikkan..Adala hikmahnya
IV pun dapat hikmah ramadan ini.dapat berpuasa bersama hubby, dan dapatberkumpul sekeluarga.
sama sama kita doa untuk kebaikan, kalau ada ujian, anggapla ujian tu untuk kebaikan bersama

salam sayang ana
hug untuk ana

9:53 AM  
Blogger alinlai said...

alhamdulillah...insyaAllah semoga semuanya OK lepas ni :)

1:10 PM  
Blogger Syikin said...

salam,

selamat berpuasa utk aku n keluarga..syukur anak2 dpt berpuasa ngan abinya dan moga abi akan hargai berkumpulnya dia ngan anak2 n isteri.

berita balik kg? alhamdulillah, itulah sifat anak solehah..biarpun keluarga mengutuk, tp dia tetap tak abaikan tanggungjawabnya.

jgn lupa, biarlah org layan kita buruk, tp kita layan seribu kali baik, insyaAllah, mereka akan hormati kita dlm diam..

1:13 PM  
Blogger ayu_mkay said...

salam Ramadhan utk ana... moga sinar & kemuliaan Ramadhan sentiasa bersama kita.. insyaAllah.

waahhh nak balik kpg ekkk.. best nyerrr... moga kegembiraan itu terus berkekalan.. amiinnn.

1:35 PM  
Blogger Ayu said...

Ana, alhamdulillah.. tepat sekali tindakan ana balik ke kampung tu.. memang benar.. tanggungjwb kite sebagai anak takkan padam sampai ke akhir hayat kite..

semoga Ramadhan ini terus membawa keberkatan dan kemuliaan buat kite semua.. aminnnnnnnn

10:07 AM  
Blogger MAMARISYIA said...

Alhamdulillah..Semoga kebahagiaan akan sentiasa bersinar untuk AKU sekeluarga.

1:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam

Jemputlah melawat ke http://groups.yahoo.com/group/perutusan_rasul

8:52 AM  
Anonymous laddyberd said...

hikmah di bulan ramadhan..
semoga dirahmati Tuhan..


salam kenalan..

12:55 PM  
Blogger Titicaca said...

Salam,
saya sedih bila baca blog awak. saya pun x tau nak buat apa kalau berada di situasi yg sama. Tapi, alhamdulillah, awak tabh. Semoga Allah terus tabahkan hati awak dan memberi awak kebahagian nanti, insyaAllah. Ingatlah surah Al-Insyirah bila awak sedih lagi, ok.

9:04 AM  
Blogger Junita said...

Aku, Allah hanya akan menguji hamba yang diketahuinya boleh menahan ujianNya. Ternyata diri anda memang berdaya utk bersabar hatta menanggung derita. Semakin banyak dugaan yang diberi, semakin sayang Allah padamu....
Insyallah, di Ramadan yg mulia ini saya harap hidup mu akan bersinar semula, walaupun sinarnya hanyalah sekadar kelipan bintang yang jauh ......
Buatlah yang terbaik untuk dirimu dan anak-anak.... sometimes you have to be selfish!

9:55 AM  
Blogger ibuVouge said...

salam aku
cemana sihat ke.. dah nak hujung ramadhan ni kan...

3:05 PM  

Post a Comment

<< Home