Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Thursday, October 12, 2006

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum. Terima kasih kpd kwn2 bloggers yg sentiasa memberi sokongan kpdku. Especially utk IV, terima kasih kerana sentiasa bertanyakan khabar. Terasa bagai kita amat rapat walau belum betul2 saling kenal. Ana ucapkan ribuan terima kasih utk Ana kembali (tak sangka IV juga Ana yer)

Alhamdulillah, telah lebih sebulan suamiku kembali ke sisi. Telah hampir sebulan jugak suamiku menjadi pengasuh kpd anak2 kami dan dialah jg yg bertgjwb menjaga rumah kami. Sepanjang bulan puasa ni pun, dialah yg menyediakan hidangan berbuka. Aku hanya balik, berehat sekejap dan bersedia utk berbuka sebab dah sampai ke rumah pun hampir kul 7. Syukur gak sempena bulan puasa ni pejabat ditutup awal sedikit.

Sepanjang tempoh ini jg, aku tak pernah ambil tau pasal pakaian. Yg aku tau, dah siap berlipat. Menggosok memang aku lakukan sendiri walaupun masa ada pembantu dulu. Aku hanya mengambil alih tugas mengemas rumah dan memasak bila hujung minggu. Hari2 lain, suamiku yg melakukan semuanya. Bukan tak nak tolong tapi aku nak dia ada tanggungjawab. Lagipun dr awal aku dah ckp, dia bukan sekadar duk rumah jaga anak tpi kena buat semua kerja dan dia setuju.

Bangun sahur pun, dia yg bangun masak kalau lauk atau nasi masa berbuka dah habis. Aku memang dah pesan, masak sikit jer sbb bulan2 puasa ni bimbang tak termakan kalau masak berlebih. Aku pun bukan jenis yg cerewer pasal makan. Tak kisahlah sekadar telur dadar atau sambal bilis atau ikan goreng masak kicap. Yg penting, ada benda utk dimakan. Suamiku pun sama. Syukur anak2 pun mengikut cara aku dan suami. Tak susah bab makan. Apa yg ada makan ja. Dah siap masak, barulah aku dikejutkan. Pernah gak dia tak tersedar bila jam berbunyi, aku kejutkan dia bangun dan aku tidur semula. Mungkin bunyi sprt aku ni queen control tpi utk masa skrg, aku amat yakin, aku bertindak tepat.

Selesai sahur, suamiku akan tanya apa hidangan cdgn utk berbuka. Walau kami tak kisah tentang makan, sesekali nak jugak kelainan. Bila kelainan tu la, aku perlu membuka kelas masakan seawal kul 5.30 pagi tu… kelakar la pulakkk. Bila aku balik petangnya dan merasa masakannya tika berbuka dan aku memuji masakannya, pasti suamiku akan tersengih sampai ke telinga. Suka sangat la tuh…

Alhamdulillah… sepanjang Ramadhan mulia ini, aku memang merasakan satu kelainan. Aku rasakan kebahagiaan yg sukar nak kuceritakan. Anak2 pun selalu saja ceria dan ketawa dengan telatah dan gelagat suamiku yg memang rajin melayan. Bukan tak ada yg tak kena cuma tidak seperti sebelum ni, aku akan cepat memaafkan dan menerima. Dgn perlahan, aku akan betulkan kesilapan suamiku. Sungguh… jika dulu, pantang suamiku baut hal, mesti aku terfikir, apalah gunanya aku bersuami jika tambah menyusahkan aku… tapi skrg… semua tu tak der lagi… aku berniat dan berazam serta berdoa… inilah perkahwinanku… rumahtanggaku yg akan aku bina menjadi sebuah syurga…aminnnn

InsyaAllah, slps raya ni kami akan pindah rumah. Aku dah jumpa rumah, tak jauh dr tempat kerjaku. Tak der sorang pun dlm familiku yg tau… biarlah. Aku dah nekad, walau keajaiban apa yg berlaku, aku tetap akan merahsiakan dulu tentang perpindahanku… aku akan tetap menyembunyikan diri buat seketika… aku inginkan ruang baru utk aku dan suamiku membina hidup baru bersama anak2 kami…

Aku yakin, satu hari nanti akan ada yg sedar sbbnya Mak dah mula menyatakan rasa tak seronok bila mengetahui aku hanya balik kg sekejap sgt raya ni… aku cuma bg alasan, tak der tiket… nada suara Mak memang cam tak puas hati tapi biarlah… sudah tiba masanya utk aku bertindak… cukuplah aku tak melukakan hati Mak dan Bapa kerana aku balik jugak raya ni…

Kepada rakan2 bloggers… selamat menyambut hari raya Aidilfitri… moga Aidilfitri ini memberikan kebahagiaan kpd kita semua.. aminnn

17 Comments:

Anonymous oren said...

semoga kebahagiaan ini akan tetap jadi milik awak..

3:15 PM  
Anonymous akak said...

Salam,

Ini pertama kali akak melayari blog ini dan byk yg boleh dipelajari drpd cststsn disri AKU.

Selamat berkenalan dan minta izin utk ke blog akak

8:25 AM  
Anonymous Bie said...

Alhamdulillah Ramadhan kali ini membawa sinar kebahagiaan buat akak sekeluarga...semoga terus tabah melayari hidup bersama suami dan anak2...
moga suami akak menjadi lebih baik dr yg hari ini dan semalam...walau seburuk mana pun dia tetap suami akak...
perempuan sifatnya setia...moga kesetiaan ini membawa perubahan besar dlm hidup akak sekeluarga...insyaAllah!!!

8:44 AM  
Blogger alinlai said...

alhamdulillah :) selamat menyambut raya puasa...dan selamat berpindah ke rumah baru.

12:15 PM  
Blogger kakLuna said...

Assalamualaikum...

Ini pertama kali baca blog akak...baca kisah akak mengingatkan saya utk kali yg keberapa pun tak tau la,bahawa..bukan saya seorang mengalami situasi yg hampir sama..malah ramai lagi..semuanya kerana insan bernama suami..hmmm..

Alhamdulillah dari apa yg ditemui dr blog ke blog...semuanya berakhir dgn baik..syukur..

Mudah2an hidup kita dirahmati Allah hingga ke akhirnya..

2:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

salam,

bila hang lama tak tepon aku..aku rasa macma tak percaya, tp aku gembira sbb aku tau hang tengah bahagia yang amat sekarang.

adatlah sesekali ada tak kena..tp mmg kena ada give n take n jgn cepat mengeluh. tindakan terkini hang tu jika niat utk mentarbiah suami, insyaAllah akan diberkati sementelah suami hang pun suka ngan situasi camni sekarangkan..

ttg famili hang..alhamdulillah, tak de gelora setakat ni..aku doakan sampai raya nanti pun tak de citer sedih lagi..

dah abih ke hang shopping raya ni? kuih raya tunjuk2 aja ka? or sempat buat sejenih dua? aku ni duk try dua jenih dah..tpi abih, tak dan simpan sampai raya. aku bagitau kat depa, akan buat lagi, tp senyap2 aja n sorokkan, sbb takut tak sampai raya, abih lagi..tak koser aku nak mengadap oven tu 24 jam seminggu.

salam,

S

8:59 AM  
Blogger Junita said...

Sejuk hati dpt berita yg menenangkan untuk family AKU. I'm so happy for you. Its good jugak your hubby sanggup jadi house husband for the time being. Sumer yg jadi ada hikmahnya. Moga AKU beroleh kegembiraan sempena menyambut Aidil Fitri nanti.
Salam Aidilfitri untuk AKU sekeluarga....

9:45 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

semoga apa yg AKU rancangkan memberi kebaikan pd AKU sekeluarga. Kv doakan AKU memperoleh kebahagiaan.;)

9:12 AM  
Blogger Mahadi Sibon said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat AKU dari saya dan keluarga. Insyaallah, kami doakan semoga bahagia dunia dan akhirat.

5:16 PM  
Blogger Ayu said...

alhamdulillah.. semoga bahagia selalu.. aminnnnnnnn

selamat ari raya maaf zahir batin..hati2 dijln raya..

12:02 PM  
Blogger ibuVouge said...

salam ana
touching nya..terima kasih ana
saya hanya menjalankan tgjawab sebagai kawan..dan saya pasti yg lain pun ambil berat ttg ana
insyaALLAH ana, moga keputusan ana tu akan membawa sinar lagi.
Bagi saya setiap kali saya di landa kesusahan, saya psti ingat ana yg lagi susah
salam syawal dari saya dan famili
hug untuk ana(saya pun rasa ana dekat sgt dgn saya)

12:23 PM  
Blogger ayu_mkay said...

syukur alhamdulillah... moga kebahagiaan itu kekal abadi selamanya... berkat bulan yg mulia..

salam aidilfitri utk ana juga... jgn sesedih ye.. nak raya dah kan :)

12:49 PM  
Blogger Syikin said...

salam,

selamat hari raya.

maaf zahir n batin.

11:12 AM  
Blogger ibuVouge said...

ana.. mcm mana raya, dah pindah ke

1:28 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

Alhamdulillah...InsyaAllah kebahagian bakal menjelma untuk selamanya!!

11:09 AM  
Blogger ayu_mkay said...

camne raya? dah pindah umah baru ke?

8:57 AM  
Blogger ibuVouge said...

ana..lama menghilang..segan jugak saya nak tulis comment, tapi saya takde cara lain nak tya khabar ana..
mg ana sihat selalu

4:49 PM  

Post a Comment

<< Home