Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Monday, December 18, 2006

Andai ini takdir-Nya…(1)

Hmmm… dah lama aku tidak berbicara menerusi diariku ini. Kepada rakan2 bloggers yang tetap sudi bertanyakan khabar especially IV, terima kasih kerana sentiasa mendoakan kelancaran segala urusan hidupku….

Alhamdulillah, kini… dalam tempoh hampir sebulan ini aku rasa cukup bahagia. Tak pernah aku menjangkakan aku akan merasa sebahagia ini. Tambah pula, sejurus slps Aidil Fitri, aku menerima ujian yang amat panas dan betul2 menggelegakkan emosiku.

30hb Oktober: Aku tergerak hati nak memeriksa akaun melalui Maybank2u. Sebabnya semasa cuti raya, aku mintak suamiku keluarkan duit. Kebetulan mesin ATM yg digunakan bukan ATM Maybank jadi, tak dapatlah aku nak tau bakinya walaupun hakikatnya, aku catatkan semua baki setiap kali keluaran bermaksud tanpa slip pun, aku boleh tau berapa baki yg ada. Kebetulan ada sekali, jumlah baki yg suamiku nyatakan padaku berlainan dr yg aku catatkan. Itu yg membuatkan aku nak periksa akaun. Bila diperiksa, pecah lah rahsia, suamiku mengambil wangku tanpa memberitahuku.

Memang la aku mengamuk sakan. Bukan aku bengang sbb jumlah yg diambil… alaaa, RM20 jer tpi yg buat aku ngamuk sakan sbb suamiku tak bgtau aku walau sepatah. Tambah bila aku tanya, suamiku diam jer tak membantah. Bila kutanya dia buat apa dgn duit tuh, dia cuma ckp buat belanja. Bila ditanya beli apa, dia diam lagi. Adoii… aku cukup panas… panassss… bukannya aku tak pernah bagi duit kalau dia mintak… RM10, RM20 malah pernah lebih dr tu tapi aku akan tanya detail, apa yg dia nak buat dgn duit tuh. Ye lah, aku bukannya banker…. Insiden tu memang buat aku panas hati… panas sungguh sbb suamiku menipu aku lagi…

Malam: Adik2ku dtg ke rumah. Tak dpt lagi aku nak sembunyi tentang plan aku utk pindah. Cuma adik2ku tak tau ke mana, aku hanya bgtau daerahnya dgn jwpn, nanti nak pergi telefon jer lah dulu. Cuma adik aku perasan aku semacam jer. Aku cuma ckp, aku kena serahkan semula suamiku ke kem… cukuplah itu yg adik2ku tau, lagipun memang dr awal dulu, aku dah nyatakan satu hari nanti aku akan serah semula suami aku ke kem dan plan aku, slps aku selesai pindah…tpi dah jadi cam ni, ntah laaa

1hb November: Aku telefon kem, tanyakan tentang kes suamiku. Kata person incaj, kes suamiku digantung sbb masih tak dpt kesan di mana dia skrg? Aku ckp la suamiku ada kat rumah tpi jgn dtg ambil skrg. Tunggu aku nak pindah rumah, baru pergi ambil. Sebabnya, aku tak nak suamiku tau ke mana aku akan pindah. Cukup laaaa… aku dah penat… penat sgt2. Biarla dia ditahan semula. Kalau lepas bebas nanti pun, pandai2 la nak hidup sendiri. Aku yakin suamiku memang sukar nak berubah. Nantilah, aku akan tuliskan satu surat, aku nak luahkan betapa aku tidak lagi memerlukannya…

Petang: Aku dpt sms dr Aiza, bgtau dia dah tak seronok kerja tempat skrg. Ayat yg paling aku terkejut… dia sanggup tinggal bersama aku dgn syarat, suamiku tiada. Hmmm… dulu sesedap rasa ja kau kenakan aku, skrg?? Aku Cuma bls: Alg xblh jnji. Alg msih sggup bg peluang utk berubah. Memg skrg dia xkan ada sekali tpi mgkin sethn, 2 thn, xtau lg. Alg bkn xnak duk dgn Aiza or sapa2 tpi bg la msa n pluang utk Alg bina idup brsama ank2 dlu. Alg kna fkir pjg gak tntg rmh tga Alg.

Aiza bls: Tak pa la cam tu. Aiza faham. Kalau tak dpt kerja gak, Aiza mgkin balik Kedah la. Aku bls smula: Elok gak. Mgkin elok gak Aiza blk kedah. Ari tu pun mak bgtau Aiza dah dpt keja di Kedah, Angah tlg cri tpi xjd sbb nk tgk2kn Alg kat cni. Blik la. Jgn jdikn Alg n ank2 hlgn lak. Alg blh jga ank2 sndri. Alg xkn kacau sapa2 lg. Cam Alg ckp, Alg prlu msa utk tenangkan diri n bina idup bru dgn ank2. Alg xmau jd punca mlsh pd sapa2 lg dlm fmili kta lps ni. Alh dh hdpi mcm2 kerenah suami n fmili, izinkn Alg brsndiri sketika

2hb November: Aku telefon kem sekali lagi nak mtk tlg dptkan transport dan tenaga kerja utk pindah rumah. Alhamdulillah… aku menerima janji, permintaanku akan diuruskan.

Sampai di rumah, aku perasan, banyak brg2 rumah yg dah dikemas. Hmmm.. sbb memang plan asal kami akan pindah masuk ke rumah baru pd 4hb. Masa cuti raya baru ni, aku dah kemas semua baju2… cuma brg2 lain jer yg belum. Sedih lak rasa hati sbb suamiku belum tau, dia takkan pindah bersama aku dan anak-anak… nak mengalir dah air mata ni tpi aku mesti kuat…

3hb November: Aku mohon cuti separuh hari. Cdgnya nak luangkan masa ptg ni dgn suamiku sblm mlm ni dia ditahan semula di penjara, mgkin dua atau tiga bulan lagi. Sblm pulang, aku siapkan surat utk suamiku, akan kuserahkan sejurus slps beliau dibawa masuk ke dalam trak malam ni:

Assalamualaikum wbrt

Abang, pertama sekali Ana nak mintak maaf byk2 sbb terpaksa bertindak macam ni… Ana tau, Abang mesti marah sbb Ana bgtau kem Abang ada kat rumah sblm Abang ikut pindah sekali esok… maafkan Ana, Bang… maaf sgt2…

Ana perlu buat macam tuh… Ana buat semua ni bukan sbb benci… tpi sbb sayang… sama cam Ana mintak Abang keluar dulu, spy Abang sedar, insaf dan berubah… tpi Ana tak sangka Abang ulangi semula… Abang tipu Ana lagi…

Abang, Ana masih sanggup bagi peluang kat Abang… bila Abang dah bebas nanti, binalah hidup Abang dulu… ambillah seberapa lama masa yg Abang nak… setahun, dua tahun atau lebih pun… Ana sanggup berikan masa tu.. yang penting, Abang MESTI BERUBAH… jadilah orang yang sebenarnya, jadilah suami yang baik dan Abi yg baik kpd anak2 kita… bila Abang dah betul2 berubah, barulah Abang cari Ana dan anak2…

Ana tak nak Abang menipu lagi… sungguh, hati Ana pedih dan kecewa sgt2 bila dpt tau Abang tipu Ana lagi 30hb baru ni… Ana tak kisah kalau Abang nak guna duit tapi bukan menipu Ana hingga sanggup keluarkan duit tanpa pengetahuan Ana… Ana tau, Abang baik… masih byk kebaikan dlm diri Abang tpi sikap Abang yg masih suka menipu, kasar dgn anak2… Ana tau kes abang selalu kurung anak dlm stor tu tau…

Ana tak tau camana nak percayakan Abang lagi…tpi Ana janji, Ana akan cuba utk mempercayai Abang lagi…

Maafkan Ana….

Sampai di rumah dah kul 3, dpt lak sms dr jiran terdekat, dia dan beberapa kaum ibu di kwsn kejirananku nak ke rumah mlm ni. Aduhh… aku dah bgtau kem spy dtg dlm kul 8, camana ni?

Aku mtk suamiku keluar membeli goreng pisang bersama anak2, sgra aku hubungi kem. Berita mengejutkan aku, boss suamiku tak nak luluskan waran utk penahanan suamiku. Sebab beliau nak ke Mekah jadi tak nak la sibuk2 dgn kes suami aku lagi. Dia nasihatkan aku bersabar hg slps 15hb Nov, slps dia dah bertolak ke tanah suci, bila dah ada pegawai yg menggantikan tempat dia, barulah aku buat aduan sekali lagi utk menahan suamiku…tentang pertolongan utk pindah, beliau luluskan tanpa mslh. Mejar S cuma mtk aku terus berurusan dgn K, kawan suamiku juga.

Ya Allah… apa dayaku lagi? Aku hanya mampu merancang, Kau lebih mengetahui sgl yg terbaik utk aku, suami dan anak2ku…

Malam: Slps jiran2ku pulang, aku suarakan pd suami sbb dia belum tau esoknya tu akan ada kawan2nya sendiri utk tlg kami berpindah. Memang dia terkejut sgt dan mula bimbang dia akan ditahan. Terpaksa aku menjelaskan semuanya tapi aku diamkan psl aku sendiri yg buat aduan. Aku cuma bgtau, ada kawan dia sendiri yg sudi membantu…

4hb November: Kami berpindah masuk ke rumah baru. Hmmm… kalaulah suamiku tak der, memang teruk jgk aku nak mengemas semula semua brg2… aku hanya mengharapkan, ada hikmah di sebalik rancangan aku yg gagal semalam. Kebetulan pula, K menyampaikan mesej dr Mejar S: Suamiku tak perlu menyerah diri lagi sbb skrg kes suamiku dah ditutup, suamiku takkan diburu lagi sbb buruan hanya dibuat dlm tempoh 3 bulan. Mejar S nasihatkan agar suamiku pergi ke kem slps tarikh tamat kerja iaitu 31hb Ogos. Slps tarikh tu, dia dah bukan tentera, tiada tindakan yg boleh diambil lagi dan boleh uruskan utk pengeluaran duit tabung tentera dan kad pengenalan awam. Hmmm… apa nak kata lagi…aku pasrah jer lah dgn takdir Ilahi.

Selesai berkemas, aku sms Bapa: Salam. Bapa, nk bgtau kami dah pindah rumah baru, dekat sikit dgn opis sy. Kes abg pun dah selesai dgn askar. Lps ni dia akan cari kerja. Kami nak bina idup baru lps ni. Doakan kami…

Tak lama, aku terima sms dr Bapa: Alhamdulillah. Bapa dgn mak Alhamdulillah semua. Khabar macam ni yg nak dengar sgt. Semoga anak cucu Bapa semua bahagia dunia dan akhirat.

7hb November: Dua hari dah aku beri peluang kat suamiku utk cari kerja. Walau 2 hari, byk kerja kosong yg aku tau dan dia memang boleh dpt sbnrnya. Aku ada jgk bg cdgn kerja yg elok dah, dia tak nak… bukan 1 atau 2 cdgn, macam2 dah tpi semuanya dia tak nak cuba…

Balik jer kerja ptg, aku tanyakan sekali lagi: Dah dpt kerja dah? Suamiku tanya, kalau gaji RM750, boleh tak? Memang aku dah bg syarat, carilah kerja yg gaji RM800 ke atas, dapat gak dia tolong tampung sikit duit sewa rumah, ataupun taska anak2… dua2 byrn tu dah RM1000 sebulan, sakit gak aku nak tanggung sorang…

Aku tak menjawab, terus tanyakan soalan lagi: Kerja apa?
Jwb suami: Kerja kat bandar B?
Tau la tpi kerja apa?
Alaaa…tempat selalu part time dulu laa….

Ya Allah… aku yg masih panas, tambah panas… aku tau kerja tu, tipu lah nak dpt RM750 sebulan… kalau pergi part time janji RM30 sehari pun kdg2 dpt RM5 jer… langsung tak balik modal, abiskan duit aku lagi ada laaa... camana la aku nak setuju?? Suami aku memang suka sgt buat kerja tuh sbb mudah… car wash!! Ada kereta, ada la kerja. Kalau tak der, rilekssss….

Dan petang tu… segala yg aku simpan selama ni aku hamburkan… guruh dan petir kat luar rumah sama jer dgn halilintar yg ada dlm diri aku waktu itu… aku luahkan: Ikut sukalah apa pun yg dia nak buat. Aku malas dah nak campur. Nak kerja ker, tak nak kerja ker… suka hati. Aku boleh hidup tanpa dia. Dulu pun, masa dia tak der, hati aku lebih bahagia. Aku malas dah nak simpan org malas dan tak pernah nak fikri psl kesusahan isteri. Isteri kerja satu hari kat pejabat, balik rumah siap brg utk buat jualan, awal2 pagi dah bangun masak utk jualan nasi lemak dan macam2 lagi… tpi dia?? TIDURR… ntah2 siang hari pun tidur sbb anak2 kat taska. Fikirlah sikit, ada ker betina lain yg nak simpan org cam kau tu???

Memang tak wajar aku ckp cam tuh sbb itu suami aku tpi aku dah tak larat… penat sgt2 melayan kerenah suami yg tak sedar diri diuntung… memang aku penat. Sejak pindah rumah baru, aku tambah satu lagi bebanan kerja ke bahu aku, membuat jualan utk makan pagi. Sebabnya aku perlu buat utk tambah pendapatan, gajiku cukup2 jer utk keperluan sdgkn anak2 makin besar, makin pandai mtk itu ini, dah nak bersekolah pulak tak lama lagi. So, aku perlu usaha lebih sikit. Ada nasi lemak, ada bihun goreng, ada puding jagung, ada sandwich… seawal jam 4.30 atau kdg2 kul 5 pagi aku dah bangun… sorang diri. Hari pertama aku kejutkan suami utk membantu tpi dia duduk kat depan aku, muka masam mencuka…. Aku tau, marah la kacau tidur dia… bila mtk tlg buat kerja, hempas2 jer… sekali tu jer aku mtk tlg, drpd aku pulak yg panassss.. sbb aku dah tetapkan dlm hati, aku nak bg dia peluang so aku kena la bersabar byk sikit… tak sangka, kesabaran aku disalahgunakan…arrggghhhhhhh

8hb November: Cam biasa, suamiku antar aku ke pejabat. Sblm beredar, aku ckp kat suami. Kalau abang rasa susah sgt, kita bercerai ja. Abang buat hal abang, Ana buat hak Ana sendiri. Cepat2 aku beredar sbb kurasakan mata dah basah…..

9hb November: Aku pergi kerja sendiri. Anak2 pun aku yg antar. Suamiku berlakon seolah tak sihat. Bila Puteri tanya naper Abi tak ikut? Dia bgtau tak sihat. Ahh… lantak lerrr… malas aku nak layan…

Dalam hati aku masa tuh, aku tekad nak halau dia keluar ujung minggu ni…

12hb November (Ahad): Hmmm… betul la ujian. Aku tau memang tak der mslh kalau aku nak halau dia semula tpi… apakah itu yg terbaik utk aku, anak2 dan dia jugak? Aku teringat, big boss yg tau mlsh aku tika aku luahkan rasa tertekan aku 10hb baru ni, menasihatkan: Jgn cepat melatah. Allah temukan aku dan suamiku bersebab. Kalau suamiku dijodohkan dgn org lain, mesti hidupnya lagi teruk. Dia yakin, hanya aku yg boleh bentuk hidup suamiku…

Ya Allah… andai ini yg perlu aku lakukan…??

14hb November (Malam):
Ntah laaa… sejak kes ari Rabu ari tu, aku langsung tak bercakap dah dgn suamiku. Tpi mlm ni, tergerak ati nak tanya: Abang memang tak nak cari kerja dah ker?
Camana nak cari, tak der transport.
Alasannn… pernah ker Abg bgtau nak keluar pi cari kerja?
Dia diam…

15hb November: Suamiku antar aku pergi kerja. Aku bg peluang utk dia dptkan kerja sekali lagi. Ntah sampai bila….

20hb November: Aku terima sms drpd Bapa, bgtau nak dtg ke rumah mgu depan sbb Bapa dikehendaki berjumpa dgn Pengarah Pusat Asasi sbb Bg Chik tak masuk exam langsung. Allah… bengang… bengang lagi. Aku dah usahakan utk Bg Chik masuk ke PAS tu tpi dia buat hal pulak…

Balik ke rumah, dpt tau suamiku masih belum dpt kerja. Tempat yg aku cdgkn suruh pergi pun dia tak pergi. Memang aku angin satu badan dan akhirnya: Ok. Tak per… Ana bg peluang kat Abang seminggu, tak der gak kerja, Mak dan Bapa balik nanti, Abang boleh keluar dr rumah ni…
Mak ngan Bapa nak mai ka?
Haa… 27hb ni…

23hb November: Tak seperti selalu, hari ini aku pulak yg menunggu suamiku. Dia lewat 15 minit dr biasa. Aku tak bertanya. Dlm perjalanan, dia suarakan nak bawak bekal esok? Aku tanya ler, nak buat apa? Bekalan utk kerja… dia dah mula kerja kat bandar B kat car wash tu… hmmmm, apa lagi aku nak ckp.. aku cuma kata: Ok… cukup bulan Ana nak Abg tunjuk kat Ana gaji RM750 tuh… dia cuma jwb: Boleh, tpi kena kerja tiap2 hari laaaa

*ada kesempatan, akan kusambung catatan ini….

8 Comments:

Blogger Syikin said...

salam,

tak sabar nak tunggu seterusnya

kalau pompuan lain, mmg dah kena tinggal suami tu..tp itulah, Allah lebih mengetahui dan ada perancanganNya tersendiri

1:13 PM  
Anonymous ummuhajar said...

salam...

Andai mengharap pada manusia, pasti kita banyak terluka. Tapi, jika segalanya kerana Dia.... pasti kita bahagia akhirnya. Moga Allah mempermudahkan perjalanan hidupmu menuju kebahagian hakiki. Salam sahabat. ikhlas tapi jauh

2:02 PM  
Blogger PuteriSatu said...

Hebatnya dugaan akak ya... Saya mampu doakan semoga suami akak berubah....besarnya pengorbanan akak...rasa menitik air mata bila kenangkan apa yang akak rasa.... saya doakan kebahagiaan akan bertamu dalam hidup akak satu hari nanti..insyaallah...

3:14 PM  
Blogger lempoyak said...

setiap hr saya tunggu update terbaru ana.. nk tahu sgt perjlnan hidup ana seterusnya. saya pun tumpang sedih dgn dugaan hidup ana ni. tp ingat lg allah tu maha mengetahui.. mungkin ade hikmah diseblknya. Byk kan bersabar..

4:28 PM  
Blogger ibuVouge said...

salam ana
iv tak la setiap hari masuk blog ana, dua tig ahari iv akan dtg la
terkesan dgn ayat boss ana.Ana saya hanya boleh bagi hug dan kiss untuk ana
Ana buatlah yg terbaik..

4:40 PM  
Anonymous oren said...

berat betul dugaan hidup ana..kami yang cuma membaca nih hanya mampu mendengar dan berdoa, semoga Ana diberi kekuatan untuk menempuh segala dugaan..

*hugs*

4:40 PM  
Blogger hanisumayyah said...

Berat mata 'membaca' berat lagi bahu yg memikul...jauh hebat dari masalah saya...syukur ana masih bertahan. mari kita fikir yang positif sahaja...mesti allah bagi kita jalan keluar nanti...

12:00 PM  
Blogger ayu_mkay said...

mungkin kita dah rasa yg terbaik tapi DIA lebih mengetahui mana yg terbaik utk kita.

harap anan sihat ye :). lama dah tak jenguk blog ana nih.

4:50 PM  

Post a Comment

<< Home