Diari Seorang Aku

Bukan niatku untuk memburukkan sesiapa, bukan juga memohon simpati atau belas kasihan... sekadar meluahkan segala isi hati yang terpendam sekian lama... moga kisah hidupku ini akan menjadi panduan dan teladan untuk semua...

Friday, December 29, 2006

Andai ini takdir-Nya…(2)

Alhamdulillah… ptg ini aku ada kesempatan utk membelek diariku ini… kerja tak la kalut sgt, kebetulan dah ramai gak yg cuti, menghabiskan cuti tahun dan utk pulang beraya.. Aku tak balik ke mana2 sbbnya ari raya ke2 nanti, Mak, Bapa dan dua adik aku akan dtg ke rumah, sbbnya 2hb tu nak antar adik bongsu aku ke selatan tanahair…

Kejap jer kan dah nak masuk thn baru… aku berdoa dan berharap sgt2, segala kekalutan dan kekusutan sepanjang thn ini tak kan berulang. Skrg ni hidupku lebih bahagia. Suamiku dah tak kerja. Dia hanya sempat kerja hampir 2 mgu, aku yg mtk dia benti kerja. Sbbnya, gaji RM750 yg dijanjikan sebulan atau RM25 sehari tuh, hanya tinggal janji. Suamiku hanya dibayar RM15 sehari… dikira2 kalau sebulan penuh 30 hari pun, suami hanya dpt RM450… memang tak berbaloi sbbnya aku byr utk taska anak2 pun RM450… kira semula campur tolak bahagi, lebih baik suamiku duk rumah menjaga anak2ku shj… dah jimat RM450, anak2 pun terurus dan terjaga dan sihat… Putera plak, slps saja Mak aku balik kg ari tu, diserang selsema dan batuk2 semula, rasa aku terjangkit dgn sorang bdk taska sbb sblm tu, semasa aku nak pi amik Putera kat taska, aku perasan ada sorang bdk batuk terus sgt2… atas nasihat doktor, Putera tak blh didedahkan kpd situasi kanak2 yg ramai, bimbang ada yg tak sihat, dia akan mdh berjangkit…

Atas alasan itu lah, aku mintak suamiku benti kerja dan menjadi sura rumah sepenuh masa. Aku dah pesan, jgn ulangi kes lama… jaga anak2 baik2… jgn nak buat perangai yg bukan2 lagi… ari jumaat lak, aku sanggup balik tghri semata2 utk pastikan dia pergi solat jumaat. Peringatan penting, ini adalah peluang terakhir utk suamiku….dan Alhamdulillah… hampir sebulan, sglnya makin baik dan elok. Suamiku menguruskan sgl hal rumahtangga, hanya pd ujg mgu aku akan mengambil alih tugasnya dan tika ujg mgu jg, dia akan pergi kerja kat car wash tuh as part timer… dpt gak la duit poket kalau2 suamiku terasa nak berbelanja. Aku pun bukannya zalim sgt, kalau kena dgn brgnya, aku bg jgk la sedikit duit… kira upah sbb menjaga anak2 dgn elok, menjaga makan minumku tika aku bekerja… paling aku bersyukur, solatnya lebih terjaga…

Mak juga dah byk berubah… sejak kes Bg Chik buat perangai… aku nampak sgt perubahan pd diri Mak. Mak cam dah sedar kewujudan aku di dalam keluarga… aku masih ingat lagi, slps pulang dr PAS, Mak meluahkan rasa kecewanya dgn sikap adik2ku, jelas lagi kata2 Mak: Awat la hampa ni sorang pun tak ikut perangai Along. Along dulu kalau dia belajaq, memang dia belajaq ja, tak amik tau langsung hal2 jantan ka apa ka, dia berkawan dgn jantan pun tak sampai kacau pelajaran dia, dia nak buat apa2 pun, dia buat betoi2 sampai dpt apa yg dia nak buat tuh tpi Mak tgk hampa adik2 dia ni, sorang pun tak ikut perangai dia… dan slps tu Mak menangis… aku memang terkejut dgn kata2 Mak, tak pernah Mak meluahkan betapa Mak mengagumi sikap yg ada pd aku, tak sangka jgk rupanya dlm diam Mak menyedari sikap aku… aku tau Mak kecewa dgn adik2 ku, bkn tak pandai, Alhamdulillah aku dan adik2 berpotensi dlm pelajaran tapi Dik Mi kandas tgh jln sbb gilakan sepupu aku hg sanggup kawin lari dan akulah orangnya yg memainkan peranan memujuk Dik Mi kembali ke pangkuan keluarga, memujuk Mak menerima Dik Mi dan isteri serta anaknya….Angah pula, asyik dgn cintanya sejak tgktn 3, kawin dgn org lain jgk… Aiza pun kantoi thn pertama kat IPTA gara2 asyik dgn lelaki….

Terkini Bg Chik plak… terlalu cepat ikut hati… ntah la, nak paksa pun tak guna sbb Bg Chik memang tak nak dah smbg belajar, dia prefer nak smbg diploma lak….konon rasa lbh mudah. Bapa tak puas hati dgn keputusan Bg Chik tpi nak buat camana lagi. Sian Bapa, nampak murung sgt2, ye lah lelaki, takkan nak menangis cam Mak aku lak kan… tpi sungguh… Bapa memang nampak murung…. Aku cuma mampu sabarkan Bapa, mtk Bapa doa jer ada hikmah semua yg dah berlaku ni…cam tu jgk aku pesan kat Mak masa dah bertolak balik ke Kedah. Aiza ngan Ina pun ikut balik sama, nak mencari nasib di tanah kelahiran sendiri plak…

Sejak kes Bg Chik laa… aku perasan Mak berubah sikap dgn aku… sukar nak aku ceritakan tpi memang nampak beza sgt2 sampaikan 2 ari lepas, Angah antar sms luahkan kecewa dgn sikap Mak yg kononnya asyik mengutuk dia skrg… kata Angah, tak per lah, dulu Mak selalu kutuk aku ngan asben, skrg ni Mak duk kutuk dia plak sbb skrg ni aku la anak emas… hmmmmm. Aku cuma mampu bls, aku tak tau apa2 pun…

Sungguh… memang pernah Mak luahkan psl Angah kat depan aku tpi aku amik pendirian dengar jer… aku memang faham sgt sikap Angah sejak dulu dan aku tau Mak memang tak suka dgn sikap Angah, bezanya Mak tak boleh nak menegur Angah, agaknya skrg, Mak mula menegur sbb tu lah Angah terasa…. Ntah laaaa…. Malas aku nak layan…

Dik Mi pun dah cam sedar diri… siap pesan kat Aiza, dia mtk maaf dr aku… baru2 ni Dik Mi call tpi aku tak jwb, hati aku masih luka…nanti2lah aku pertimbangkan semula, aku tau air dicincang takkan putus tpi biarlah aku bina idup aku sekeluarga dulu…

Yang aku tau… ketibaan thn baru tak lama lagi, aku betul2 nak mencatat diari baru dgn kisah2 yg membahagiakan shj… moga2 hasrat dan doaku dimakbulkan…aminnnn.

10 Comments:

Anonymous ummuhajar said...

Moga 2007 memberi sinar baru untukmu sekeluarga...

Alhamdulillah, buah kesabaran dah menampakkan hasil. Moga terus subur....

5:57 PM  
Blogger ibuVouge said...

salam ana
ad sinar entry kali
berkat sabar dan doaserta air mata ana, bahagia itu insyaALLAH jadi milik ana

10:19 AM  
Blogger Ayu said...

Alhamdulillah.....
akhirnya..kebenaran dan kebahagiaan itu terserlah jua.. walaupun ia dtg secara perlahan-lahan.. tapi janji Allah itu semuanya benar belaka...

9:38 AM  
Blogger Kaklong said...

salam,

lama tak jenguk sini.

amin..moga semuanya membahagiakan kelak.

1:41 PM  
Blogger ibuVouge said...

salam aku
sihat, salam maal hijrah, moga hijrah 1428 ni amat bermakna bagi aku

4:17 PM  
Blogger ayu_mkay said...

amiinnn.. mudah2an kebahagiaan yg ana impikan akan menjadi milik ana juga milik kita semua :).

4:53 PM  
Blogger Monster Mom said...

Hijrah akal, hijrah pendirian, hijrah kehidupan.... semuanya ada hikmah. Salam ceria buat AKU.... have a nice day...

8:01 AM  
Blogger ibuVouge said...

salam aku
apa khabar
lama iv tak singgah
moga aku bahagia dan kalau ada duhaan sentiasa sabar

10:01 AM  
Blogger ibuVouge said...

salam aku
sihat...

12:24 PM  
Blogger jinggo said...

saja nak menyemak kat sini....
cuma nak membuat jemputan saja....
datang la beramai-ramai...
bawak keluarga dan kengkawan sekali......
tempat, masa dan tarikh ada kat blog aku......
kehadiran anda akan memeriah kan lagi acara itu dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita.... insyallah.....

2:01 PM  

Post a Comment

<< Home